Stabschef

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Untuk kegunaan lain istilah "Stabschef" sila rujuk kepada Ketua Staf

Stabschef
Stabschef SA
Reichsadler Deutsches Reich (1935–1945).svg
Stabschef SA Version 2.svg Stabschef SA Version 3.svg
Bendera rasmi awal (kiri) dan kemudian (kanan)
Bundesarchiv Bild 102-15282A, Ernst Röhm.jpg
Penyandang jawatan yang terkenal
Ernst Röhm
5 Januari 1931 – 1 Julai 1934
Sturmabteilung
StatusPegawai memerintah pertubuhan separa tentera
AnggotaOberste SA-Führung
Lapor kepadaOberster SA-Führer
PelantikAdolf Hitler
PembentukanOktober 1929
Pemegang pertamaOtto Wagener
Pemegang terakhirWilhelm Schepmann
Dimansuhkan5 Mei 1945
Timbalan Stabsführer

Stabschef (Ketua Turus) ialah satu jawatan dan pangkat dalam separa tentera Sturmabteilung (SA), pasukan penggempur separa tentera ini berkait dengan pergerakan Nazi. Pangkat ini setaraf dengan pangkat Generaloberst dalam Tentera Darat Jerman dan dengan pangkat Jeneral dalam Tentera Darat AS.

Posisi Stabschef-SA, belum lagi bergelar pangkat, telah diwujudkan pada tahun 1929 bagi membantu Oberster SA-Führer (Pemimpin Agong SA) dalam mentadbir organisasi yang sedang membesar ini. Otto Wagener menyandang jawatan tersebut semasa dibawah Oberste SA-Führer Franz Pfeffer von Salomon dari tahun 1928-1930, dan secara efektif memimpin SA dari masa Hitler mengambil alih jawatan Oberste SA-Führer pada bulan Ogos sehingga Ernst Röhm menggantikan beliau pada Januari 1931.

Pangkat Stabschef-SA yang sebenar telah diwujudkan oleh Röhm untuk dirinya sendiri pada tahun 1933 selepas Hitler menjadi Canselor. Walaupun Hitler merupakan pemerintah tertinggi pasukan penggempur, tugas harian organisasi ini telah diberikan kepada Ketua Turus, dan orang yang menyandang pangkat Stabschef secara tipikalnya merupakan pemimpin sebenar SA.

Pangkat Stabschef telah disandang oleh tiga orang yang berlainan antara tahun 1931 dan 1945 dan telah, setiap kali penggantian, mewarisinya akibat kematian orang-orang yang terdahulu. Berikut ialah pegawai-pegawai Nazi yang memegang pangkat Stabschef:

Insignia awal bagi Stabschef ialah pelapik satu daun oak yang dipakai pada kolar uniform pasukan penggempur. Bukti bergambar menunjukkan Ernst Röhm memakai insignia tersebut pada hari pertama sebagai Ketua Turus SA. Apabila kuasa Rohm semakin bertambah, insignia beliau juga berubah dan menjelang pertengahan tahun 1931 bukti bergambar menunjukkan beliau memakai pelapik dua daun oak dan kemudian tiga daun oak.

Selepas tahun 1933, insignia bagi Stabschef mengandungi satu paten "tombak bersilang", yang dikelilingi oleh separuh bulatan daun oak. Selepas tahun 1934, insignia ini telah berubah kepada paten satu kalungan tiga kerajang daun oak yang serupa dengan insignia pangkat Reichsführer-SS. Dengan kejatuhan Jerman Nazi, Sturmabteilung tidak lagi wujud begitu juga Stabschefnya.

Pangkat Junior
Obergruppenführer
Pangkat SA
Stabschef
Pangkat Senior
Oberster SA-Führer

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Campbell, Bruce (1998). The SA Generals and The Rise of Nazism. The University Press of Kentucky. ISBN 978-0813120478. 
  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1 84447 073 3. 
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.