Corazon Aquino: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TobeBot (bincang | sumb.)
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lv:Korasona Akino
Baris 86: Baris 86:
[[sw:Corazon Aquino]]
[[sw:Corazon Aquino]]
[[la:Corazon Aquino]]
[[la:Corazon Aquino]]
[[lv:Korasona Akino]]
[[lb:Corazón Aquino]]
[[lb:Corazón Aquino]]
[[lt:Corazon Aquino]]
[[lt:Corazon Aquino]]

Semakan pada 05:23, 23 September 2010

Corazon C. Aquino
Fail:CAquino.jpg
Presiden Filipina ke-11
Presiden Pertama bagi Republik ke-5
Dalam jawatan
25 Februari 1986 – 30 Jun 1992
Naib PresidenSalvador Laurel
Didahului olehFerdinand Marcos
Digantikan olehFidel V. Ramos
Butiran peribadi
Lahir25 Januari 1933
Manila, Filipina
Meninggal dunia1 Ogos 2009
Bandar Makati, Filipina
Parti politikPertubuhan Demokratik Nasionalis Bersatu (UNIDO)
PasanganBenigno Aquino Jr.
Tandatangan

María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino (25 Januari 1933 - 1 Ogos 2009), lebih dikenali sebagai Cory Aquino, ialah Presiden Filipina dari 1986 hingga 1992, serta Presiden wanita yang pertama di Asia. Beliau adalah isteri kepada Benigno Aquino Jr., seorang senator pembangkang yang popular. Cory Aquino menjadi tumpuan penentangan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Ferdinand Marcos ketika suaminya dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada 21 Ogos 1983 semasa pulang daripada buangan.

Kehidupan awal

Corazon dilahirkan di Manila kepada keluarga Cojuangco dari provinsi Tarlac yang merupakan salah sebuah keluarga Mestizo-Cina yang terkaya di Filipina. Keluarga ibunya, iaitu keluarga Sumulong, juga merupakan sebahagian keluarga Filipina Cina politik di Rizal.

Corazon dibesarkan dalam keadaan keistimewaan, dan dihantar ke luar negeri untuk belajar di Akademi Ravenhill di Philadelphia, dan Sekolah Convent Notre Dame serta Kolej Mount Saint Vincent di New York. Beliau belajar matematik dan memperoleh ijazah dalam bahasa Perancis pada tahun 1953.

Corazon kembali ke Filipina untuk menyertai kursus undang-undang di Universiti Far Eastern tetapi pada tahun 1955 ketika hanya berumur 22 tahun, beliau berkahwin dengan Benigno Aquino Jr. yang ketika itu telah dipilih sebagai Datuk Bandar Concepción di provinsi Tarlac. Mereka dikurniakan dengan lima orang anak: seorang anak lelaki, Benigno III, dan empat orang perempuan, Maria Elena, Aurora Corazon, Victoria Eliza, dan Kristina Bernadette. Benigno kemudian menjadi gabenor dan senator tetapi di bawah rejim Ferdinand Marcos, beliau ditangkap, dihukum mati, dan dibuang negeri.

Corazon mengiringi suaminya dalam buangan pada tahun 1980. Selepas menjalani hampir tiga tahun hukuman buangannya di Amerika Syarikat, Benigno kembali ke Filipina pada 21 Ogos 1983 dan dibunuh di tarmak Lapangan Terbang Antarabangsa Manila yang kemudian dinamai sempena namanya. Selepas kematian suaminya, Corazon diyakinkan oleh kawan-kawan dan penyokong-penyokong Benigno untuk menyertai politik sebagai ketua parti campuran Laban.

Corazon merupakan rakyat Filipina pertama yang dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel selepas mengetuai Revolusi EDSA tanpa menumpahkan sebarang darah pada masa Marcos.

Meninggal dunia

Pada 1 Ogos 2009, Aquino mati akibat masalah kardiopulmonari berkaitan kanser kolon pada usia 76 di Makati Medical Center. Aquino pernah didiagnoskan pada Mac 2008 jelas anak lelakinya, Senator Benigno Aquino III .

Pautan luar



Didahului oleh
Ferdinand E. Marcos
Presiden Filipina
1986–1992
Diikuti oleh:
Fidel V. Ramos