Corazon Aquino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Corazon C. Aquino
Corazon Aquino

Presiden Filipina ke-11
Presiden Pertama bagi Republik ke-5
Tempoh berjawat
25 Februari 1986 – 30 Jun 1992
Naib Presiden Salvador Laurel
Didahului oleh Ferdinand Marcos
Digantikan oleh Fidel V. Ramos

Tarikh lahir 25 Januari 1933
Tempat lahir Manila, Filipina
Meninggal 1 Ogos 2009
Bandar Raya Makati, Filipina
Parti politik Pertubuhan Demokratik Nasionalis Bersatu (UNIDO)
Pasangan Benigno Aquino Jr.
Agama Roman Katolik
Tandatangan Tandatangan Corazon Aquino

María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino (25 Januari 1933 - 1 Ogos 2009), lebih dikenali sebagai Cory Aquino, ialah Presiden Filipina dari 1986 hingga 1992, serta Presiden wanita yang pertama di Asia. Beliau adalah isteri kepada Benigno Aquino Jr., seorang senator pembangkang yang popular. Cory Aquino menjadi tumpuan penentangan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Ferdinand Marcos ketika suaminya dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada 21 Ogos 1983 semasa pulang daripada buangan. Beliau juga adalah ibu kepada Presiden Republik Filipina sekarang, Benigno Aquino III

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Corazon dilahirkan di Manila kepada keluarga Cojuangco dari provinsi Tarlac yang merupakan salah sebuah keluarga Mestizo-Cina yang terkaya di Filipina. Keluarga ibunya, iaitu keluarga Sumulong, juga merupakan sebahagian keluarga Filipina Cina politik di Rizal.

Corazon dibesarkan dalam keadaan keistimewaan, dan dihantar ke luar negeri untuk belajar di Akademi Ravenhill di Philadelphia, dan Sekolah Convent Notre Dame serta Kolej Mount Saint Vincent di New York. Beliau belajar matematik dan memperoleh ijazah dalam bahasa Perancis pada tahun 1953.

Corazon kembali ke Filipina untuk menyertai kursus undang-undang di Universiti Far Eastern tetapi pada tahun 1955 ketika hanya berumur 22 tahun, beliau berkahwin dengan Benigno Aquino Jr. yang ketika itu telah dipilih sebagai Datuk Bandar Concepción di provinsi Tarlac. Mereka dikurniakan dengan lima orang anak: seorang anak lelaki, Benigno III, dan empat orang perempuan, Maria Elena, Aurora Corazon, Victoria Eliza, dan Kristina Bernadette Yap. Benigno kemudian menjadi gabenor dan senator tetapi di bawah rejim Ferdinand Marcos, beliau ditangkap, dihukum mati, dan dibuang negeri.

Corazon mengiringi suaminya dalam buangan pada tahun 1980. Selepas menjalani hampir tiga tahun hukuman buangannya di Amerika Syarikat, Benigno kembali ke Filipina pada 21 Ogos 1983 dan dibunuh di tarmak Lapangan Terbang Antarabangsa Manila yang kemudian dinamai sempena namanya. Selepas kematian suaminya, Corazon diyakinkan oleh kawan-kawan dan penyokong-penyokong Benigno untuk menyertai politik sebagai ketua parti campuran Laban.

Corazon merupakan rakyat Filipina pertama yang dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel selepas mengetuai Revolusi EDSA tanpa menumpahkan sebarang darah pada masa Marcos.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Ogos 2009, Aquino mati akibat masalah kardiopulmonari berkaitan kanser kolon pada usia 76 di Makati Medical Center. Aquino pernah didiagnoskan pada Mac 2008 jelas anak lelakinya, Senator Benigno Aquino III .

Benigno Aquino III[sunting | sunting sumber]

Corazon Aquino mendapat penghormatan apabila anak sulungnya, Senator Benigno Aquino III dipilih menjadi Presiden Republik Filipina yang baru pada 30 Jun 2010.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Ferdinand E. Marcos
Presiden Filipina
1986–1992
Diikuti oleh:
Fidel V. Ramos
Senarai Presiden Filipina
Cap Presiden Filipina
Aguinaldo | Quezon | Osmeña | Laurel | Roxas | Quirino | Magsaysay | Garcia | Macapagal | Marcos | Aquino | Ramos | Estrada | Arroyo | Aquino