Abdul Latip bin Talib: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Helmi (bincang | sumb.)
Baris 51: Baris 51:


==Hasil penulisan==
==Hasil penulisan==
Walaupun telah menulis dan menerima beberapa anugerah sebelumnya, namun nama Abdul Latip Talib mula dikenali secara meluas oleh pembaca Malaysia melalui penulisan siri ''Novel Sejarah Islam''. Siri ini juga telah meletakkan nama beliau di tempat teratas dalam senarai pemerima royalti tertinggi pada tahun 2011. Siri ini pula boleh dibahagikan kepada zaman-zaman tertentu dalam sejarah tamadun Islam.
Walaupun telah menulis dan menerima beberapa anugerah sebelumnya, namun nama Abdul Latip Talib mula dikenali secara meluas oleh pembaca Malaysia melalui penulisan siri ''Novel Sejarah Islam''. Siri ini juga telah meletakkan nama beliau di tempat teratas dalam senarai pemerima royalti tertinggi pada tahun 2011{{Citation needed|{{subst:DATE}}}}. Siri ini pula boleh dibahagikan kepada zaman-zaman tertentu dalam sejarah tamadun Islam.


[[File:Buku Khalid-Memburu Syahid.gif|thumb|200px|[[Khalid-Memburu Syahid]]]]
[[File:Buku Khalid-Memburu Syahid.gif|thumb|200px|[[Khalid-Memburu Syahid]]]]
Baris 61: Baris 61:
# [[Khalid-Memburu Syahid]]
# [[Khalid-Memburu Syahid]]
# [[Saad Abu Waqas - Kesateria Islam]]
# [[Saad Abu Waqas - Kesateria Islam]]
# [[Hijrah - Permulaan Sebuah Kegemilangan]]
# [[Hijrah - Permulaan Sebuah Kegemilangan]]- Telah ditarik balik <ref>http://pts.com.my/berita/kenyataan-media-penarikan-semula-novel-hijrah-dari-pasaran/</ref>
# [[Perang Badar - Perang Penentuan]]
# [[Perang Badar - Perang Penentuan]]
# [[Perang Khaibar - Penaklukan Kota Khaibar]]
# [[Perang Khaibar - Penaklukan Kota Khaibar]]

Semakan pada 07:44, 4 September 2013

Abdul Latip bin Talib
Lahir (1954-06-02) 2 Jun 1954 (umur 69)
Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Nama penaAbdul Latip Talib
PekerjaanPenulis
BahasaBahasa Melayu
WarganegaraMalaysia Malaysia
GenreCereka sejarah
SubjekSejarah Islam
Laman web
http://abdullatip.blogspot.com/

Abdul Latip bin Talib adalah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.

Biografi

Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954.

Anugerah dan pencapaian

Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah Islam.[1]

Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005.Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2006.[2]

Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, novel beliau 'Perang Jementah' dan 'Datuk Moyang Saleh telh merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2007.

Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top 10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.[3]

Novel Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam sedang dalam proses diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

Pada Mac 2013, buku-buku beliau sudah diluluskan oleh Jabatan Mufti Brunei untuk dipasarkan di negara tersebut. Brunei merupakan sebuah negara yang menggariskan syarat yang ketat tentang bahan bacaan yang boleh dibawa masuk terutamanya yang berunsurkan agama. Di Pesta Buku Brunei yang diadakan antara 28 Februari sehingga 10 Mac, buku-buku beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terdapat beberapa judul yang kehabisan stok, antaranya buku Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin.

Aktiviti dan kebajikan

Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif. Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat dan peminat beliau untuk menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja. Antara bantuan yang dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah bantuan persekolahan, elaun kepada guru-guru, menderma naskhah-naskhah Al-Quran serta membina perigi di kampung Trapiang Bralit dan Ratanatkiri.

Kampung Trapiang Bralit yang terletak jauh dari sungai dan tiada kemudahan paip air menyukarkan 150 buah keluarga yang tinggal di situ. Melalui program 'Wakaf Perigi Kemboja' di mana Pak Latip terlibat secara aktif, 10 buah perigi pam dicadang untuk dibina dan diwakafkan kepada penduduk kampung.

Menerusi laman sosial juga, melalui pertandingan 'Umrah Percuma Bersama Pak Latip', para peminat Pak Latip digalakkan untuk menghantar entri dalam bentuk karangan bertema 'Kesan ke atas diri saya setelah membaca novel sejarah Islam' berserta gambar bersama karya-karya beliau. Entri terbaik yang dipilih akan berpeluang untuk ke umrah secara percuma bersama-sama beliau.


Hasil penulisan

Walaupun telah menulis dan menerima beberapa anugerah sebelumnya, namun nama Abdul Latip Talib mula dikenali secara meluas oleh pembaca Malaysia melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam. Siri ini juga telah meletakkan nama beliau di tempat teratas dalam senarai pemerima royalti tertinggi pada tahun 2011[perlu rujukan]. Siri ini pula boleh dibahagikan kepada zaman-zaman tertentu dalam sejarah tamadun Islam.

Khalid-Memburu Syahid

Zaman Nabi Muhammad S.A.W

  1. Bilal bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit
  2. Abu Ubaidah - Penakluk Parsi
  3. Ikramah-Penentang Jadi Pembela
  4. Khalid-Memburu Syahid
  5. Saad Abu Waqas - Kesateria Islam
  6. Hijrah - Permulaan Sebuah Kegemilangan- Telah ditarik balik [4]
  7. Perang Badar - Perang Penentuan
  8. Perang Khaibar - Penaklukan Kota Khaibar
  9. Perang Khandaq - Dendam Tentera Ahzab
  10. Perang Uhud - Sejarah Duka Tentera Islam


Zaman Khulafa Al-Rasyidin

  1. Abu Bakar - Sahabat Sejati
  2. Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam
  3. Khalifah Uthman Affan - Pengumpul al-Quran
  4. Ali bin Abi Talib - Mutiara Ilmu Islam
Hulagu Khan-khabar hitam dari timur

Zaman Bani Umaiyyah

  1. Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin
  2. Tariq-Menang ataupun Syahid
  3. Abu Ayub Al-Ansari - Syahid Kota Konstantinopel


Zaman Bani Abbasiyyah

  1. Imam Hanafi - Pendebat kebenaran
  2. Imam Hanbali - Pejuang kebenaran
  3. Imam Maliki - Pengarang kebenaran
  4. Imam Syafie - Pejuang Kebenaran
  5. Hulagu Khan-khabar hitam dari timur
  6. Salahudin - Penakluk Jerusalem (Salahudin berkuasa dalam kerangka masa yang sama dengan Kerajaan Bani Abbasiyyah, namun merupakan pengasas Dinasti Ayubiyyah)
Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel

Zaman Bani Uthmaniyyah

  1. Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel
  2. Badiuzzaman Said Nursi - Tokoh Pembaharu Islam
  3. Mustafa Kamal Ataturk - Penegak Agenda Yahudi


Beliau juga menulis semula hikayat Amir Hamzah dalam bahasa Melayu moden yang ditulis dalam tiga jilid.

Hikayat Amir Hamzah

  1. Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
  2. Hikayat Amir Hamzah (2) - Asqar Dewa Bermata Tiga
  3. Hikayat Amir Hamzah (3) - Memerangi Dewa Semandun


Seterusnya, terdapat juga karya beliau yang berkisar tokoh-tokoh penting dalam sejarah Tanah Melayu.

Siri Pejuang Tanah Melayu

  1. Leftenan Adnan Wira Bangsa
  2. Lembing Awang Pulang ke Dayang
  3. Mat Kilau - Pahlawan Pahang
  4. Tok Janggut - Pahlawan Kelantan
  5. Kiyai Salleh


Pada tahun 2009, karya beliau yang berjudul Istana Menanti dijadikan teks Komsas bagi pelajar Tingkatan 1 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ulasan dan kritikan

Novel-novel sejarah yang ditulis oleh Abdul Latip sering kali dipuji kerana gaya bahasanya yang mudah dibaca selain berupaya menarik minat remaja mendalami sejarah Islam. Karya beliau juga pernah mendapat ulasan yang baik daripada pengulas dari Singapura.

Namun yang demikian, seperti penulis profesional yang lain beliau tidak lari daripada mendapat kritikan dalam penulisannya. Terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan kesahihan fakta sejarah yang dimasukkan dalam tulisan beliau. Tidak cukup dengan itu, ada pula mempertikai penulisan dialog yang diungkapkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW dengan menyatakan bahawa adalah haram berbuat demikian. Walau bagaimanapun kenyataan-kenyataan tersebut hanya dibuat oleh orang kebanyakan dan bukannya oleh golongan ulama.

Kebiasaannya beliau akan menjawab kritikan yang diberikan dengan tenang seperti menyatakan sumber yang digunakan beliau untuk mendapatkan maklumat seperti buku-buku ternama yang diiktiraf dan diyakini kesahihannya. Pada November 2010 dalam blog rasmi beliau abdullatip.blogspot.com,[5] beliau menyiarkan surat memohon maaf yang diterima daripada seorang pembaca (nama dirahsiakan) yang pernah mengkritik karya beliau. Dalam jawapan beliau terhadap surat itu, Pak Latip mengakui ada kekurangan dalam penulisannya yang boleh diperbaiki dan menyatakan kesediaannya menerima teguran daripada mana-mana pihak.

Rujukan

Pautan luar

[1]