Jejak Karmila: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
k menambah Kategori:Drama Melayu (HotCat) |
||
Baris 65: | Baris 65: | ||
| selepas= [[Nahu Rindu (drama)|Nahu Rindu]] |
| selepas= [[Nahu Rindu (drama)|Nahu Rindu]] |
||
}} |
}} |
||
[[Kategori:Drama Melayu]] |
Semakan pada 16:34, 27 Jun 2017
Jejak Karmila (Drama) | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Dendam |
Ditulis oleh | Marr Mohamad Rizalwan Ramli. |
Pengarah | Murali Abdullah. |
Dibintangi oleh | Fauziah Ahmad Daud Mia Ahmad Ruhainies Farehah Fauziah Nawi Asyraf Aley Amy Mastura Azri Iskandar Wan Sharmila Johan As'ari Ben Ali Afiq Anuar Amanda Misbun |
Lagu pembukaan | "Sekian Terima Kasih" nyanyian Azharina Azhar. |
Lagu penutup | ""Andai"" nyanyian ""Kaer Azami"" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 Episode. |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Rabu - Jumaat, 9 malam. |
Syarikat penerbitan | (Zeel Production Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Zehra) |
Siaran asal | 11 Januari 2017 – 15 Februari 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Surah Buat Maisarah |
Diikuti oleh | Nahu Rindu |
Drama adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli.
Pelakon
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila.
- Mia Ahmad sebagai Suraya.
- Ruhainies Farehah sebagai Nonie.
- Asyraf Aley sebagai Syed Haikal.
- Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza.
- Azri Iskandar sebagai Syed Zaidi.
- Ben Ali sebaagai Jojo.
- Afiq Anuar sebagai Ikmal.
- Fauziah Nawi sebagai Hamidah.
- Amanda Misbun sebagai Kak Inah.
- Wan Sharmila sebagai Karmila (remaja).
- Johan As'ari sebagai Karim.
- Adriana Fareesha sebagai Suraya (kecil).
- Duerra Mitilda sebagai Nonie (kecil).
- Wani De'fam sebagai Aniza (remaja).
- Nafiz Muaz sebagai Syed Zaidi (remaja).
- Rais Hazlin sebagai Amirul.
- Tasha Muhamad sebagai Nurul.
- Wawa Jasni sebagai Ernie.
Sinopsis
Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.
Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.
Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Adriana Fareesha) dan Nonie (Duerra Mitilda) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.
Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.
20 Tahun Kemudian,
Sementara itu, Suraya (Mia Ahmad) yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila (Fauziah Ahmad Daud) tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.
Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal (Asyraf Aley).
Rujukan
: Slot Zehra, Setiap Rabu- Jumaat , 9:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Jejak Karmila | Berikutnya |
Surah Buat Maisarah | Nahu Rindu |