Surah Buat Maisarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Surah Buat Maisarah
Genre
  • Keagamaan
  • Keluarga
  • Konflik
Ditulis olehRina Khan
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Syatilla Melvin
Lagu pembukaan"Hanya Namamu" oleh Caliph Buskers
Lagu penutup"Hanya Namamu" oleh Caliph Buskers
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Abdul Halim Che Pa
  • Mohd Yusri Mohd Yusoff
PenerbitAbu Hassan Morad
Penyunting
  • Azim Indrawaty
  • Nursyahirah Zainal
  • Selamat Yusof
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Layar Consult
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal20 Julai 2016 – 19 Ogos 2016

Surah Buat Maisarah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Khalid Nadzri, dibintangi oleh Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally dan Shah Iskandar. Siri ini ditayangkan perdana di Slot Zehra TV3 dari 20 Julai 2016 hingga 19 Ogos 2016 menggantikan Ketupat Palas Mr. Handsome.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan mengenai seorang gadis Melayu, Maisarah atau Sara (Syatilla Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Sara terpaksa pulang ke Malaysia, kerana ayahnya Dato’ Mustafa (Azri Iskandar) tidak suka dengan cara hidup Sara di sana yang suka berjoli dan bergaul bebas. Sara juga perlu bekerja di syarikat milik Dato’ Mustafa jika dia mahu mendapatkan wang untuk berbelanja dan membantu Zalikha (Bella Dally), adiknya yang telah bertungkus lumus menguruskan syarikat selama ketiadaan Sara.

Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara. Nazim tidaklah membenci Sara, namun setelah Sara cuba merosakkan kebahagiaan rumah tangga sepupunya Suraya, Nazim perlu bertindak lebih keras hanya untuk menyedarkan Sara. Fikri (Mohd Aszerul bin Nizam (Beego)) merupakan bekas teman lelaki Sara sebelum ke luar negara. Tanpa diketahui Sara, Fikri hanya mahu menggunakan Sara bagi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaaanya.

Meskipun serangan Nazim boleh dianggap kasar, namun dia cuma mahu menyedarkan Sara bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul dan keterlaluan. Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakan dia mengubah Sara?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Syatilla Melvin sebagai Maisarah
Shukri Yahaya sebagai Nazim

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah (slot Zehra TV3) Empayar Ryz (20 Julai 2016). Dicapai pada 21 Julai 2016.
  2. ^ Surah Buat Maisarah (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (1 Jun 2015). Shukri Yahaya tak suka sorok Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2017.