Nafiz Muaz
Nafiz Muaz | |
---|---|
Kelahiran | Muhd Nafiz Muaz bin Mat Nasir 22 Disember 1998 Sungai Petani, Kedah, Malaysia |
Kediaman | Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2016-kini |
Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir (lahir 22 Disember 1998) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016.[1]
Isi kandungan
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Nafiz menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 selepas diminta oleh ibunya untuk menghadiri ujibakat. Hasilnya, beliau berjaya menjadi salah seorang finalis pertandingan tersebut yang juga disertai oleh Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.[2] Sejak itu, beliau telah berlakon dalam beberapa drama televisyen.
Nafiz melakonkan watak sebagai Hakim dalam Budak Boys. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalu dan sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Kehidupannya berubah selepas dia menjadi seorang tentera. Drama ini ditayangkan di saluran TV3.
Peranan terkenal beliau hadir menerusi watak sebagai Reza dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir dan Atikah Suhaime. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[3] Drama ini menjadi drama pertama lakonan Nafiz di saluran Astro.
Beliau turut berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Semua Salahku, memegang watak sebagai Harris yang ditayangkan di saluran TV3. Nafiz meraih kejayaan utamanya menerusi drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan bersama Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Ia merupakan drama pertamanya sebagai pelakon utama.[4]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Di luar kerjayanya sebagai pelakon, Nafiz juga giat membantu keluarganya berniaga roti dengan mengendalikan perniagaan dikenali sebagai Perusahaan Roti SM yang diusahakan oleh datuknya.[5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Amsyar | Hisyam | TV9 | |
Sweetie Nanie | Radhi | TV3 | ||
2017 | Jejak Karmila | Syed Zaidi (remaja) | ||
2018 | Budak Boys | Hakim | ||
Cinta Koko Coklat | Naim | ntv7 | ||
Cinta Tiada Ganti | Reza | Astro Prima | Adaptasi drama Filipina | |
2019 | Encik Iman Ekspres | Izzat Hairi | Astro Ria | |
Semua Salahku | Harris | TV3 | ||
Hilang Yang Kembali | Danial | |||
Cinta Belum Tamat Tempoh | Radin | Astro Ria | Adaptasi novel dengan tajuk sama karya Rehal Nuharis |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Bibah Bebel | TV9 | ||
Pondok Itu Rumahku | TV3 | |||
Ketika Daun Berzikir | ||||
2017 | Tali Kasut | TV9 | ||
2018 | Bawaku Terbang | Am | ntv7 | |
Azam | Azam | TV3 | ||
2019 | Terima Kasih Ibu | Nil Jibril | ||
Takkan Gentar | Ibrahim | |||
Hijrah Itu Indah | Hafiz | TV Okey |
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 | N/A | Finalis |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Lelaki Popular | Dicalonkan |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Najiy Jefri (5 Mac 2018). Ibu cungkil bakat Nafiz Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2018.
- ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai 29 Ogos 2018 – melalui PressReader.
- ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
- ^ Semakin serius dalam lakonan, Nafiz Muaz berharap bakat diterima ramai Astro Awani (16 September 2019). Dicapai pada 5 Oktober 2019.
- ^ Feride Hikmet Atak (8 Februari 2017). Nafiz Muaz berlakon sambil berniaga roti Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2017.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Nafiz Muaz di Facebook
- Nafiz Muaz di Twitter
- Nafiz Muaz di Instagram