Kim Se-jeong: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2: Baris 2:
{{Infobox person
{{Infobox person
| name = Kim Se-jeong
| name = Kim Se-jeong
| image = 171231 구구단 세정 KBS 연기대상 레드카펫 4 (cropped).jpg
| image = 190923 김세정.jpg
| caption =
| caption =
| image_size =
| image_size =

Semakan pada 05:13, 28 Januari 2020

Kim Se-jeong
김세정
Kelahiran
Kim Se-jeong

(1996-08-28) 28 Ogos 1996 (umur 27)
PendidikanUniversiti Wanita Hanyang
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–sekarang
Syarikat rakaman
  • Jellyfish Entertainment
  • YMC Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanGim Se-jeong
McCune–ReischauerKim Se-chŏng

Kim Se-jeong (lahir 28 Ogos 1996) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Korea Selatan dibawah label rakaman Jellyfish Entertainment. Beliau merupakan ahli semasa kumpulan wanita Gugudan dan kumpulan sub, Gugudan Semina. Beliau menduduki tempat ke–2 di dalam rancangan Mnet, Produce 101 dan merupakan bekas ahli kumpulan wanita I.O.I. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama KBS2, School 2017.

Kerjaya

Pada tahun 2012, Kim mengambil bahagian dalam K-pop Star 2 ketika berumur 16 tahun.[1][2] Beliau gagal melepasi ujian pemilihan ranking pusingan kedua tetapi Yang Hyun-suk membawanya masuk semula menerusi wildcard untuk pusingan pemilihan dimana beliau menyanyikan lagu Taeyang, "I Need A Girl" bersama Jo Yoo-min.[3] YG memilih kedua-dua mereka dan meletakkan Kim sekumpulan dengan Nicole Curry dan Lee Soo Kyung untuk pusingan pemilihan terakhir. Semasa akhir pusingan, beliau tidak dipilih oleh YG Entertainment, JYP Entertainment atau SM Entertainment dan tersingkir daripada pertandingan.[4]

Produce 101 dan I.O.I

Pada bulan Januari 2016, beliau bersama-sama Kim Na-young dan Kang Mi-na mewakili Jellyfish Entertainment di dalam rancangan realiti Produce 101 untuk peluang membuat kemunculan pertama di dalam sebuah kumpulan wanita Mnet.[5] Ketiga-tiga mereka diletakkan dalam "Kumpulan A" dalam episod pertama program tersebut dan beliau menunjukkan tahap yang tinggi sokongan pungutan suara mingguan dan mengekalkan ranking populariti yang tinggi sepanjang program. Beliau menduduki tempat pertama dalam beberapa episod. Program ini berakhir pada 1 April 2016 dan barisan terakhir ahli kumpulan I.O.I diumumkan. Beliau menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 525,352 undi, menjadikannya beliau ahli kumpulan wanita tersebut.

Gugudan dan aktiviti solo

Perancangan untuk Kim mengacarakan program baru KBS, Talents for Sale bersama-sama Kim Jong-kook, Lee Seo-jin dan Noh Hong-chul diumumkan pada bulan April 2016.[6] Pada 10 Jun 2016, YMC Entertainment mendedahkan bahawa Kim tidak akan mengambil bahagian dalam promosi sub-unit I.O.I sebaliknya akan kembali ke agensi beliau untuk membuat kemunculan pertama dan mempromosi bersama kumpulan wanita agensi tersebut.[7] Pada 28 Jun 2016, Kim secara rasminya membuat kemunculan pertama sebagai ahli kumpulan Gugudan. Pada 23 November 2016, Kim mengambil bahagian dalam projek saluran muzik Jellyfish Entertainment, Jelly Box dan mengeluarkan lagu "Flower Way" yang diterbitkan oleh Zico dari Block B bersama-sama sebuah video muzik.[8] Kim memenangi trofi program muzik pertamanya sebagai penyanyi solo menerusi lagu "Flower Way" di dalam siaran 30 November Show Champion.[9]

Pada 12 Januari 2017, Kim mengeluarkan lagu "If Only" untuk runut bunyi drama The Legend of the Blue Sea.[10] Pada bulan yang sama, beliau menjadi pengacara tetap Get It Beauty.[11] Pada bulan Julai 2017, beliau membuat penampilan lakonan pertamanya sebagai watak utama di dalam drama KBS2, School 2017.[12] Beliau kemudiannya menyanyikan lagu "Star Blossom" untuk SM Station bersama Doyoung dari NCT. Pada bulan September 2017, Kim telah disahkan akan menjadi ahli rancangan aneka ragam Netflix, Busted!.[13]

Pada bulan Jun 2018, sebuah kumpulan sub Gugudan, Gugudan Semina dibentuk dengan ahli terdiri daripada Sejeong, Mina dan Nayoung. Mereka membuat debut pada 10 Julai 2018. Pada bulan September 2018, Sejeong mengeluarkan lagu "Lover" untuk runut bunyi asal drama Mr. Sunshine.[14]

Diskografi

Lagu single

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
Gaon
Penyanyi utama
"Flower Way" (꽃길) 2016 2
  • KOR: 976,110+
single bukan-album
Kolaborasi
"I Like You, I Don't" (좋아한다 안 한다)
(bersama Taeil dari Block B)
2017 8
  • KOR: 100,233+
single bukan-album
"Star Blossom"
(bersama Doyoung dari NCT)
-
  • KOR: 20,782+
Penampilan runut bunyi
"If Only" (만에 하나) 2017 35
  • KOR: 56,719+
OST The Legend of the Blue Sea
"Lover" (정인 (情人)) 2018 89 OST Mr. Sunshine

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2016 The Sound of Your Heart Jiran di Apt. 205 Naver TV Cast
KBS2
2017 School 2017 Ra Eun-ho KBS2

Rancangan aneka ragam

Tahun Tajuk Saluran Nota / Peranan
2012–2013 K-pop Star 2 SBS Peserta
2016 Produce 101 Mnet Peserta
Talents for Sale KBS2 Pengacara
Boom Shakalaka Peserta
Immortal Songs 2 Peserta (Episod 282)
2017 1 vs 100 KBS2 Peserta (Episod 466)
King of Mask Singer MBC Peserta (Episod 95)
Law of the Jungle in Sumatra SBS Ahli
Get It Beauty OnStyle Pengacara
2018 Busted! Netflix Ahli
Galileo: Awakened Universe tvN

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2016 Anugerah Hiburan KBS ke–15 Rookie Aneka Ragam Talents for Sale Tercalon
2017 Anugerah Drama Korea ke–10 Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) School 2017 Tercalon
Anugerah Seoul Pertama Pelakon Baru Wanita Terbaik (Drama) Tercalon
Anugerah Populariti, Pelakon Wanita Menang
Anugerah Artis Asia ke–2 Tercalon
Anugerah Muzik Asia Mnet 2017 Persembahan Vokal Terbaik (Solo Wanita) "Flower Way" Tercalon
Lagu Terbaik Tahunan Qoo10 Tercalon
Anugerah Muzik Melon ke–9 10 Terbaik Artis Tercalon
Anugerah Trend Hangat "Flower Way" Tercalon
"I Like You, I Don't" (bersama Taeil dari Block B) Tercalon
Anugerah Hiburan SBS ke–11 Anugerah Cabaran Terbaik Law of the Jungle in Sumatra Menang
Anugerah Drama KBS ke–31 Pelakon Baru Wanita Terbaik School 2017 Menang
2018 Anugerah Seni Baeksang ke–54 Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) Tercalon

Program muzik

Show Champion

Tahun Tarikh Lagu
2016 30 November[9] "Flower Way"

Rujukan

  1. ^ "프로듀스101 순위1위 김세정, 3년전 'K팝스타2' 시절 어땠나". Asiae (dalam bahasa Korea). 13 Februari 2016. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  2. ^ "프로듀스101 순위1위 김세정, 3년전 'K팝스타2' 시절 어땠나". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). 20 Februari 2016. Dicapai pada 28 Februari 2017.
  3. ^ "'K팝스타2' 조윤민·김세정, YG 동반 캐스팅..'깜짝'". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). 6 Januari 2013. Dicapai pada 26 Jun 2016.
  4. ^ "'케이팝 스타2' YG표 걸그룹, 혹평 속 니콜 커리만 YG행". The Fact (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 23 Jun 2016.
  5. ^ "젤리피쉬가 애들잘뽑음(프로듀스101)". Nate (dalam bahasa Korea). 13 Februari 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  6. ^ "김세정, '어서옵쇼' 고정 출연…지상파 예능 신고식텐아시아 | 텐아시아". TenAsia (dalam bahasa Korea). 21 April 2016. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  7. ^ "I.O.I, 유닛 멤버 확정…'전소미-주결경-최유정 등 7인'(공식입장)". Star MBN (dalam bahasa Korea). 10 Jun 2016. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  8. ^ "I.O.I's Kim Se-jeong to finish track with Zico". Kpop Herald. 16 November 2016.
  9. ^ a b "Gugudan′s Kim Se Jeong Wins First Music Program as Solo Artist". enewsWorld. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  10. ^ "구구단 김세정 측 "'푸른바다' OST '만에하나' 참여 확정"(공식)". Newsen (dalam bahasa Korea). 5 Januari 2017. Dicapai pada 28 Februari 2017.
  11. ^ "구구단 세정, '겟잇뷰티' 고정 MC로 발탁". 10Asia (dalam bahasa Korea). 20 Januari 2017. Dicapai pada 21 Januari 2017.
  12. ^ "Kim Se-jung confirms role in 'School 2017'". Kpop Herald. 6 Jun 2017. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  13. ^ "Netflix announces star-studded reality show". Korea JoongAng Daily. 5 April 2018. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  14. ^ "Sejeong to release track for 'Mr. Sunshine'". Kpop Herald. 13 September 2018. Dicapai pada 27 Januari 2019.

Pautan luar