Tok Gajah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Fandi89 telah memindahkan laman Imam Rasu bin Shahrum ke Tok Gajah melalui lencongan: Nama yang lebih dikenali.
HarimauMalayaHM (bincang | sumb.)
Letak template {{Tempat Bersejarah Terengganu}}
Baris 13: Baris 13:
* [http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=115&ttl_id=2 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia]
* [http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=115&ttl_id=2 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia]


{{Tempat Bersejarah Terengganu}}

[[Kategori:Tokoh penentang penjajah Malaysia]]
[[Kategori:Tokoh penentang penjajah Malaysia]]
[[Kategori:Orang dari Pahang]]
[[Kategori:Orang dari Pahang]]

Semakan pada 13:28, 18 Julai 2020

Rasul Abdul Salam bin Shahrom atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Imam Perang Indera Gajah Pahang (setara dengan Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan - bergajah tunggal). Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat dan Orang Besar Berlapan di Pahang.

Beliau juga merupakan antara ketua pasukan "pemberontak" dalam penentangan terhadap penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang. Manakala, isterinya bernama Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Rujukan