Bukit Keledang (Terengganu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Keledang, Terengganu merupakan sebuah bukit kecil dipinggiran bandar Kuala Terengganu. Terdapat beberapa pusara silam di sini yang terletak di puncak bukit, kebanyakannya rosak dan sukar dikenali. Adalah dipercayai bahawa Bukit Keledang telah digunakan sebagai tempat perkuburan pemerintah awal Terengganu.

Bukit Keledang pernah menjadi pengkalan bagi pedagang yang memunggah hasil dari hulu sungai Terengganu pada abad ke-18.

Ia juga pernah menjadi tapak asal istana Sultan Terengganu pertama, iaitu Sultan Zainal Abidin I (1708 - 1733M) yang mendirikan sebuah istana dan sebuah kota yang dikenali sebagai kota lama.

Ia juga menjadi makam janazah Nang Zainab (Cik Puan Besar), permaisuri Sultan Zainal Abidin II dan pembesar dan kaum kerabat diraja yang lain.

Pada zaman Sultan Zainal Abidin I, Bukit Keledang dikenali sebagai Bukit Nangka dan oleh sebab itulah setelah mangkat, baginda digelar "Marhum Bukit Nangka".[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku Sejarah Trengganu - karangan Allahyarham Haji Buyong Adil - Cetakan kedua 1982 - Dewan Bahasa dan Pustaka