Noraini Jane: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 33: Baris 33:


==Pendidikan==
==Pendidikan==
Beliau pernah belajar di [[Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara]] dan Garden International School, Bukit Kiara.
Beliau mendapat pendidikan di [[Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara]] dan Garden International School, Bukit Kiara.


==Perkahwinan==
==Perkahwinan==

Semakan pada 15:53, 20 Oktober 2020

Noraini Jane Kamarul Ariffin
Yang Amat Berbahagia
PasanganRaja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (kahwin.1991- mangkat.2012)
AnakandaRaja Eminah Alliyah
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kechil Sulung Perak)
Raja Bainunisa Safia
Nama penuh
Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
KerabatBukit Damansara, Selangor
AyahandaTan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin
Bonda-
PekerjaanPelakon

Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin ialah anak kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin dan isteri kepada bekas Raja Kechil Sulung Perak Yang Teramat Mulia Raja Ashman Shah yang merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Wajahnya menyamai orang pan-asian kerana ibunya keturunan British. Raja Ashman Shah dilantik sebagai Raja Kecil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School, Bukit Kiara.

Perkahwinan

Dato' Seri Noraini Jane telah berkahwin dengan Raja Ashman Shah pada 26 September 1991. Suaminya mangkat pada 30 Mac 2012 di rumah mereka di Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.[1]

Kerjaya

Noraini Jane pernah berlakon filem Jasmin 1984 dan 1986 dan mendapat pengiktirafan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1984 . Beliau berlakon bersama Rosnani Jamil dalam filem arahan bapanya Tan Sri Kamarul Arrifin.

Keluarga

Beliau memiliki tiga orang cahaya mata bersama suami, Yang Teramat Mulia Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah. Antaranya ialah anak lelaki tunggalnya, Yang Teramat Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Almarhum Dato' Seri Raja Ashman Shah (sekarang bergelar Raja Kechil Sulung Perak). Anaknya yang lain ialah Yang Mulia Raja Eminah Aliyah dan Yang Mulia Raja Bainunisa Safia.

Rujukan