Aida Agil: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 41: Baris 41:


===Single===
===Single===
* "Segalanya Pasti"
* "Kisah Malam Minggu" (1993)
* "Kisah Malam Minggu"
* "Segalanya Pasti" (1993)
* "Sepanjang Jalan Kenangan" (1993)
* "Sepanjang Jalan Kenangan"
* "Bathin Terluka"
* "Penyakit Jiwa"


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 14:19, 23 Ogos 2021

Aida Agil
Nama lahirAidah binti Agil
Kelahiran1959 (umur 64–65)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980–2002
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Roy

Aidah Agil ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu-lagu popularnya, termasuk "Segalanya Pasti", "Kisah Malam Minggu" dan "Sepanjang Jalan Kenangan".[1][2]

Kerjaya

Aida pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab malam seluruh negara bersama Heavy Machine, Explorers II dan Freedom selama 13 tahun. Beliau pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab sekitar Singapura, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah Aida bernasib baik kerana mendapat bimbingan empat komposer terkenal iaitu Awang BPR, Wan Zul, M. Nasir dan JS Kevin.[3] Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi di kelab malam sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masa.[4] Aida menandatangani kontrak bersama EMI Music Malaysia, seterusnya muncul bersama album studio senamanya dengan lagu "Segalanya Pasti" ciptaan Awang BPR dikeluarkan sebagai single pertama. Beliau terus aktif menyanyi sehingga disahkan menghidap penyakit Bell's Palsy pada 2002.[5]

Kehidupan peribadi

Aida ialah anak kedua daripada 11 adik-beradik. Beliau menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Stulang, Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.[6]

Anugerah dan pencalonan

Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik)
Tahun Tajuk Kedudukan
(25 Oktober - 7 November) 1993 "Segalanya Pasti" 1

Diskografi

Album studio

Single

  • "Segalanya Pasti"
  • "Kisah Malam Minggu"
  • "Sepanjang Jalan Kenangan"
  • "Bathin Terluka"
  • "Penyakit Jiwa"

Rujukan

  1. ^ Mohd Sharkawi Londing (29 Oktober 2020). "Gelora hidup penyanyi Aida Agil". Kosmo!. Dicapai pada 4 April 2021. Penyanyi bersuara emas itu juga pernah menghiasi industri hiburan tanah air sekitar tahun 1993 menerusi beberapa lagu antaranya ialah Kisah Malam Minggu, Penyakit Jiwa dan Sepanjang Jalan Kenangan.
  2. ^ Phic Arman (30 April 2018). ""Saya dipinggirkan" - Aida Agil luahkan rasa kesal". Murai.my. Dicapai pada 4 April 2020. Lagu Segalanya Pasti sering menjadi pilihan dalam pertandingan nyanyian, namun ramai generasi sekarang tidak mengenali penyanyi asalnya. Aida Agil pernah popular sezaman dengan penyanyi Ziana Zain dan Ning Baizura.
  3. ^ Azman Samsudin (27 Jun 1993). "Bermula di kelab malam". Berita Minggu. Dicapai pada 4 April 2020.
  4. ^ Azman Samsudin (22 Oktober 1993). "Aida berhenti menyanyi di kelab malam". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2020.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (29 Ogos 2018). "Selagi boleh, tak nak meminta-minta". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2019.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (17 Mei 2020). "Mahu berjimat, Aida Agil hanya makan roti". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2020.

Pautan luar