Roy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roy
Nama lahirMohammad Rauzan bin Alwi
Juga dikenali sebagai
Roy
Kelahiran (1964-10-25) 25 Oktober 1964 (umur 59)
Muar, Johor, Malaysia
GenreR&B, patriotik
PekerjaanPenyanyi, pensyarah
Tahun aktif1989–kini

Mohammad Rauzan "Roy" Alwi (lahir 25 Oktober 1964) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1]

Beliau terkenal sebagai penyanyi lagu berkonsepkan kenegaraan kerana setiap kalinya telah disiarkan di stesen televisyen, terutama pada waktu perdana suatu masa dahulu, membuatkan beliau dilabel sebagai penyanyi lagu patriotik.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Roy telah dilahirkan pada 25 Oktober 1964 di Muar, Johor. Beliau berkahwin dengan Haslinda Abdul Rahman. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka mempunyai tiga orang zuriat iaitu Mohammad Ridhwan, Mohammad Rashidin dan Siti Aisyah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dia telah memulakan kerjaya sebagai seorang bekas vokalis kumpulan rock Lefthanded sebelum dia keluar daripada kumpulan tersebut lalu dia menjadi penyanyi solo pada tahun 1989 dengan album pertamanya Diari Mimpi dikeluarkan pada tahun tersebut. Lantasnya, Roy pernah dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular (kini Anugerah Bintang Popular Berita Harian) telah diadakan pada 13 Januari 1990. Roy kemudiannya meneruskan kerjayanya apabila album Nekad dikeluarkan pada tahun 1990 dengan dan seterusnya album Roy pada 1993 dengan lagunya Ratnaku mula melonjak naik apabila lagunya berjaya melayakkan diri ke Juara Lagu 1993 (kini Anugerah Juara Lagu).

Dia bukan sahaja menyanyikan lagu bergenre R&B dan slow rock tetapi dia diberi penghormatan sebagai penyanyi lagu berunsurkan patriotik kerana setiap kalinya membawakan lagu patriotik pada zaman kegemilangannya di kaca televisyen seperti Radio Televisyen Malaysia dan sering mendapat tawaran persembahan di istana dan majlis-majlis besar kerajaan.

Lagu patriotik[sunting | sunting sumber]

Roy pernah bekerja sebagai penyanyi patriotik di Radio Televisyen Malaysia suatu ketika dahulu. Hasilnya dengan suara yang mantap, dia telah berjaya menyanyikan lagu patriotik bergenre slow march iaitu berbentuk rentak dan diterima oleh rakyat Malaysia yang sesuai pada zaman kegemilanganya.

Antaranya beberapa Roy menyanyikan lagu patriotik dan berkonsepkan kenegaraan untuk lagu tema hari kebangsaan iaitu 1 Malaysia (2009), Perpaduan Teras Kejayaan (2008), Malaysiaku Gemilang (2007), Wawasan 2020 (1991) dan Jayadiri (1999).

Roy telah diberi penghormatan untuk menyanyikan sebuah lagu patriotik untuk kejohanan Sukan Komanwel 1998. Hasilnya, dia diberi kepercayaan oleh mana-mana pihak untuk menghasilkan lagu itu seperti Bersatu Selamanya, Forever As One dan Tunjukkan Kemampuan Kita.

Gegar Vaganza 6[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Roy telah menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 dimana beliau ialah antara 13 bintang yang menyertai rancangan tersebut. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Ratnaku" Dirinya sendiri Ke-6
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Jerat" Harvey Malaiholo Ke-7
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Gila Judi" M. Daud Kilau Ke-7
Minggu 4 Haa... Tepuk "Yang Tersayang" (duet Amelina) Amelina & Iwan Ke-3
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Crazy Little Thing Called Love" Queen Ke-4
Minggu 6 Melets (Meletop) "Sonata Musim Salju" Hazami Ke-5
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Hajat" Hael Husaini Ke-5
Minggu 8 Reset "Seniman Menangis" Ismail Haron Tersingkir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
1993 Anugerah Industri Muzik Pertama Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) Album Roy Tercalon
Lagu Terbaik "Ratnaku" Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-8 Pop Rock Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Biodata Roy' Mustazah GP (27 September 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.