Pergi ke kandungan

Radio Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radio Klasik
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaranASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
SloganMenggamit Kenangan
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama1 April 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04-01) sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan Perkhidmatan Bahasa Melayu (Rangkaian Biru)
FormatBerita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluRadio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya)
Perkhidmatan Bahasa Melayu
Rangkaian Biru
Radio Malaysia
Rangkaian Nasional
SekutuMuzik FM
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Radio Bisnes
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarMuzik FM
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Radio Bisnes
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/radio-klasik
Tapak webradioklasik.rtm.gov.my

Radio Klasik (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, Radio 1, Radio Irama Melayu Asli, Klasik FM, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1), Nasional FM dan Klasik Nasional) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Melayu dan Rangkaian Biru) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.

Radio Klasik dan Nasional FM merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.

Radio Klasik utamanya ialah di Tingkat 2 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.

Nasional FM (Sebelum Radio Klasik)

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 1946, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya). Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).

Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama.

Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam sehari sehingga beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari. Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dan Nasional FM).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Pada 19 Januari 1971, Perkhidmatan Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam sehari. Beberapa rombakan telah dilaksanakan: stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari.

Pada 6 September 1989, Rangkaian Nasional yang dikenali sebagai Radio 1.[1]

Pada 1hb September 1998, Radio 1 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1).

Pada 1hb April 2005, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) yang dikenali sebagai Nasional FM.

Sebelum Klasik Nasional

[sunting | sunting sumber]

Pada 1hb April 1998, sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-52 lahirlah satu lagi stesen baru Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang rasmi majlis dilancarkan oleh Menteri Penerangan Malaysia Y.B. Dato' Seri Mohamed Rahmat. Sebagai permulaan stesen RIMA 93.9 disiarkan di sekitar Lembah Klang dalam lingkungan 40 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) beroperasi 9 jam sehari bermula jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah malam melalui gelombang FM 93.9 MHz. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) menyiarkan lagu-lagu Irama Melayu Asli baru dan lama seperti Joget, Masri, Inang, Zapin, Asli, Keroncong, Ghazal, Dondang Sayang dan lagu-lagu dari filem Melayu Klasik.

Pada 1hb September 1998, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) mula beroperasi dari studio digitalnya di Pusat Siaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Pada 1 Mei 1999, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) telah menambahkan siarannya selama 3 jam lagi bermula jam 12:00 tengah hari.

Pada 1hb April 2005, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang dikenali sebagai Klasik FM.

Klasik Nasional (Sebelum Radio Klasik)

[sunting | sunting sumber]

Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM telah bergabung secara rasmi ke dalamnya Klasik Nasional menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.

Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.

Pada tahun 2007, frekuensi Klasik Nasional di Lembah Klang yang dipancar dari Gunung Ulu Kali telah ditukar frekuensi daripada 93.9 MHz kepada 98.3 MHz.

Radio Klasik

[sunting | sunting sumber]

Pada strok tengah malam tepat sejak sekitar jam 12.00 tengah malam Waktu Piawai Malaysia, Hari Tahun Baharu (hari pertama bulan pertama 1 Januari) 2012, Pada frekuensi Klasik Nasional FM (kini digantikan sebagai Radio Klasik) dan Muzik FM (kini telah digantikan secara rasmi oleh Nasional FM) majlis menanda berpecah berasingan berkongsian dipecah-belah kepada dua stesen radio tertua asal disingkirkan bolak-balik rancangan terkikir secara rasmi yang disiarkan dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu:

  1. Nasional FM (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional dan FM Stereo) menyiarkan berita/informasi dan muzik/hiburan secara rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen radio kerajaan bersiaran nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang telah rasmi menanda mula dipancarkan ke seluruh negara secara nasional telah dilaksanakan stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari yang beroperasi 24 jam dengan melaksanakan penyampaian dalam Bahasa Melayu sepenuhnya lagu-lagunya adalah 50% lagu-lagu Bahasa Melayu dan 50% lagu-lagu Bahasa Inggeris dan Antarabangsa memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Nasional 12-6 dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru. Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, FM Stereo. Moto utamanya ialah Sentiasa Di Hati.
  2. Radio Klasik (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia dan Rangkaian Nasional) menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru. Radio Malaysia dan Rangkaian Nasional. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.

Pada 6 Januari 2024, Penyiar itu menggabungkan 34 rangkaian radionya dalam rancangan radio khas, bertajuk 34 Je - Kita Suka, yang mula bersiaran langsung buat pertama kali di Radio Klasik. Tajuk rancangan radio itu diperoleh daripada slogan perkhidmatan radio RTM, "34 Stesen Radio, Satu Suara".

Pada 5 Jun 2024, Radio Klasik kini bersiaran 24 jam sepenuhnya dengan barisan penyampai.

Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.

Sejarah siaran berita Radio Klasik

[sunting | sunting sumber]

Sejarah nama Radio Klasik

[sunting | sunting sumber]

Sejarah slogan Radio Klasik

[sunting | sunting sumber]
  • Radio 1 Sepanjang Waktu (6 September 1989-31 Disember 2000)
  • Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) (1 September 1998-31 Mac 2005)
  • Radio 1 Di Mana Jua (1 Januari 2001-31 Mac 2005)
  • Nasional FM Segalanya Di Sini (1 April 2005-11 Ogos 2006)
  • Klasik FM Menggamit Memori (1 April 2005-11 Ogos 2006)
  • Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Memori (12 Ogos 2006-31 Disember 2010)
  • Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan (1 Januari 2011-31 Disember 2011)
  • Radio Klasik Menggamit Kenangan (1 Januari 2012-kini) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)

Rancangan-utama

[sunting | sunting sumber]

Rancangan Harian

[sunting | sunting sumber]
Segmen Masa Siaran
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) 00:00
Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) 00:00 - 06:00
Sajian Klasik (lagu 1970an - awal 2000an) 06:00 - 10:00
Melodi Klasik (lagu 1970an - 1980an) 10:00 - 11:00
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) 11:00 - 12:00
Melodi Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) 12:00 - 14:00
Mestika Klasik (lagu Pop Yeh Yeh 1960an - 1980an) 14:00 - 17:00
Mutiara Klasik (lagu 1980an - awal 2000an) 17:00 - 21:00
Ritma Klasik (lagu 1970an - 1980an) 21:00 - 22:00
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) 22:00 - 23:00
Ritma Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) 23:00 - 00:00

Sub-Rancangan

[sunting | sunting sumber]
Sub-Segmen Masa Siaran Hari Siaran Catatan Segmen Rancangan
Nostalgia D'Klasik 11:00 - 12:00 Setiap Hari Lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an menerusi Melodi Klasik dan Ritma Klasik. Melodi Klasik
22:00 - 23:00 Ritma Klasik
Irama Tanpa Henti 03:00 - 04:00 Lagu-lagu sepanjang jalan kenangan tanpa henti selama satu jam Harmoni Klasik
05:00 - 06:00
09:00 - 10:00 Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sajian Klasik
11:00 - 12:00 Melodi Klasik
13:10 - 14:00
16:00 - 17:00 Mestika Klasik
20:00 - 21:00 Mutiara Klasik
23:00 - 00:00 Ritma Klasik

Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM

[sunting | sunting sumber]
Segmen Masa Siaran
Berita Utama 07:00 - 07:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 09:00 - 09:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 12:00 - 12:10 (Jumaat) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 13:00 - 13:10 (Sabtu hingga Khamis) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 17:00 - 17:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)
Berita Utama 21:00 - 21:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM)

Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang dan 9:00 malam dalam masa 10 minit dan juga disambung siar di stesen Nasional FM.

Penyampai

[sunting | sunting sumber]

Penyampai Harian

[sunting | sunting sumber]
  • Ady Suwardy
  • Azura Lisa Aziz (bertukar dari Johor FM & KL FM)
  • El-Adzahar Omar
  • Anisma
  • Azlan Omar / Bani Omar
  • Nadia Ahmad
  • Nura
  • Diany
  • Emilina Zamri
  • Sabrina Ariffin (bertukar dari Negeri FM)

Bekas penyampai

[sunting | sunting sumber]
  • Haji Chuari Selamat, jawatan terakhir sebagai Pengurus Radio Klasik
  • Sheila Baharuddin, kini bertukar ke RTM Selangor
  • Ridzwan Haji Dollah
  • Amelin Idrus
  • Toharudin Kiteh
  • Yusmawati Yunus, kini RTM Selangor
  • Yatt
  • Robie Zain
  • Hj Haris Md Nor

Lagu kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Frekuensi

[sunting | sunting sumber]

Radio Klasik adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.

Frekuensi Kawasan Pemancar Kuasa Pemancar Catatan
87.6 MHz Labuan Bukit Timbalai 1000 kW Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
87.7 MHz Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Menara Kuala Lumpur Frekuensi dahulu digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional dan frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
87.9 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
88.1 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Lawa Mandau
88.3 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
91.1 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig
91.9 MHz Miri, Sarawak dan Kuala Belait, Brunei Bukit Lambir
92.5 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
92.9 MHz Kuching, Sarawak Gunung Serapi Frekuensi dahulu 87.6 MHz dan frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
93.6 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
94.9 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah, Thailand Selatan (Songkhla, Yala dan Satun) dan Pulau Pinang (Georgetown hingga ke Bayan Lepas) Gunung Jerai
98.1 MHz Limbang, Sarawak dan Bandar Seri Begawan, Brunei Bukit Mas
98.3 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali Frekuensi dahulu 93.9 MHz dan digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional dan frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
101.1 MHz Kota Bharu, Kelantan dan Thailand Selatan (Narathiwat) Telipot Frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Nasional FM
103.3 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
106.7 MHz Johor Bahru/Daerah Johor Bahru, Singapura, dan Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia Gunung Pulai
107.1 MHz Miri, Sarawak RTM Miri
107.9 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Platform TV Saluran
MYTV 705

Perkhidmatan Islam

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.

Pengaturcaraan siaran Azan

[sunting | sunting sumber]

Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Radio Klasik memutarkan Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Maghrib dan Azan Isyak azan semua waktu solat disambung siar dari stesen radio Nasional FM, Radio Klasik yang dipersembahkan oleh Menara Kuala Lumpur.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]