Michael Reiziger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Reiziger
Maklumat peribadi
Nama penuh Michael John Reiziger
Tarikh lahir (1973-05-03) 3 Mei 1973 (umur 50)
Tempat lahir Amstelveen, Belanda
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
Sint Martinus
1985–1990 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1996 Ajax 83 (1)
1992–1993Volendam (pinjaman) 10 (2)
1993–1994Groningen (pinjaman) 34 (6)
1996–1997 Milan 10 (0)
1997–2004 Barcelona 173 (0)
2004–2005 Middlesbrough 22 (1)
2005–2007 PSV 24 (1)
Jumlah 356 (11)
Pasukan kebangsaan
1994–2004 Belanda 72 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Michael John Reiziger (Sebutan Belanda: [ˈmɑi̯kəl ˈd͡ʒɔn ˈrɛi̯zəɣər], lahir 3 Mei 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi pertahanan. Selepas beliau mencipta nama di Ajax apabila menjulang trofi Liga Juara-Juara, beliau mewakili empat kelab di empat negara berbeza dan paling terkenal ialah ketika beliau menyarung jersi Barcelona selama tujuh tahun.

Reiziger menghabiskan karier antarabangsanya selama satu dekad bersama pasukan kebangsaan Belanda. Beliau telah mewakili negaranya ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan satu edisi Piala Dunia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Reiziger dilahirkan di Amstelveen, Belanda. Ibu bapa beliau merupakan orang Suriname. Reiziger memulakan kariernya bersama AFC Ajax dengan membuat debut seawal umur 17 tahun. Di Ajax, beliau telah dipinjam keluar sebanyak dua kali iaitu ke FC Volendam dan FC Groningen.

Sekembalinya Reiziger ke Ajax, beliau menjadi pilihan utama di barisan pertahanan selama dua musim dan antara kejayaan termanis sewaktu di Ajax ialah apabila berjaya merangkul Liga Juara-Juara pada tahun 1995. Pada tahun 1996, beliau melakukan perpindahan ke Milan tetapi malangnya, selepas mengalami kecederaan, beliau pergi meninggalkan Milan untuk berpindah ke FC Barcelona. Reiziger kekal di Barcelona selama tujuh tahun dan pada masa yang sama, Barcelona juga menyambut kedatangan bekas jurulatih Reiziger semasa di Ajax, Louis van Gaal.

Pada tahun 2004, Reiziger berpindah ke Middlesbrough pada perpindahan Bosman. Beliau menjaringkan satu-satunya gol untuk Boro ialah sewaktu menentang Aston Villa pada Disember 2004. Walau bagaimanapun, selepas mengalami beberapa kecederaan, beliau meninggalkan kelab itu dan kembali ke Belanda. Pada dua tahun terakhirnya di PSV, beliau berjaya merangkul dua kejuaraan liga berturut-turut pada musim 2005-06 dan 2006-07. Selain itu, beliau turut bergabung dengan rakan lamanya di Ajax, Barça dan pasukan kebangsaan, iaitu Patrick Kluivert.

Selepas bersara, Reiziger menetap di Barcelona. Beliau kemudian menjadi jurulatih remaja Sparta Rotterdam.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Reiziger membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 12 Oktober 1994 menentang Norway. Beliau mewakili negaranya ke kejohanan UEFA Euro 1996, Piala Dunia 1998, Euro 2000 dan Euro 2004 sebelum bersara dari pasukan kebangsaan.[1]

Sejurus selepas beliau diikat PSV, Reiziger berkata beliau akan bermain untuk pasukan kebangsaan lagi jika diberi peluang tetapi beliau tidak dipanggil-panggil. Secara keseluruhannya, beliau melakukan 72 penampilan selama sepuluh tahun mewakili Belanda di pentas antarabangsa.[2]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1994 1 0
1995 5 0
1996 9 0
1997 7 0
1998 11 1
1999 5 0
2000 8 0
2001 5 0
2002 6 0
2003 8 0
2004 7 0
Jumlah 72 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
18 November 1998 Gelsenkirchen, Jerman  Jerman
0–1
1–1
Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax
Barcelona
PSV

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reiziger retires from Dutch cause; UEFA.com, 2 August 2004
  2. ^ "Michael Reiziger – International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 18 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]