Shaharuddin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shaharuddin Abdullah
Maklumat peribadi
Nama penuh Shaharuddin Abdullah
Tarikh lahir (1948-08-28)28 Ogos 1948
Tempat lahir Bagan Dalam, Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Tarikh kematian 28 Disember 2023(2023-12-28) (umur 75)
Tempat kematian Hospital Taiping, Perak
Posisi permainan Pemain tengah,Penyerang
Kerjaya remaja
1964–1967 Penang FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1967–1969 Penang
1970–1973 Penjara FC
1974–1982 Penang
Pasukan kebangsaan
1967-1982 Malaysia 70[1] (39)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gambaran kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shaharuddin Abdullah pernah menjadi salah satu penyerang paling digeruni di Malaysia. Beliau dikenali sebagai "Harimau Malaysia" kerana keupayaannya untuk menjaringkan gol.[2][3] Beliau pernah menjaringkan 15 gol untuk Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang berdiri sebagai rekod untuk masa yang sangat lama.[4]

Kerjaya bermain dalam tahun 1960-an hingga 1980-an melibatkan kecemerlangan selama 3 dekad semasa era pemain hebat seperti Abdul Ghani Minhat, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, N.Thanabalan, Wong Choon Wah dan Mokhtar Dahari.

Shaharuddin mula bermain bola sepak ketika berusia 9 tahun. Beliau menggunakan padang Marin Sg.Gelugor berdekatan rumah untuk belajar kemahiran bola sepak. Bapanya Abdullah Mohammad adalah seorang penjaga gol untuk Pulau Pinang pada tahun 1950-an. Beliau di posisi penjaga gol namun akhirnya bertukar menjadi penyerang, seorang penyerang yang bagus. Beliau membantu sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, untuk memenangi kejohanan antara sekolah dan daerah.

Pada tahun 1964, beliau telah dipilih untuk bermain bagi pasukan Pulau Pinang dalam Piala Burnley bersama adiknya, Namat Abdullah, Ali Bakar, Khalil Hashim, Cha Peng Chiang, Yap Kim Kok, Mohamad Bakar dan N.Baskaran.[5]

Beliau bermain untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich 1972.[6][7][8][9] Secara keseluruhan, Shaharuddin mempunyai 70 kaps penampilan dengan 39 gol antarabangsa untuk Malaysia.[10] Beliau juga pernah menjadi sebahagian (di bangku simpanan) pasukan yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran dan mewakili Malaysia dari 1968 hingga 1981. [11] Pada 28 Disember 2023, beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak akibat Penyakit Asma.

Kepujian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shaharuddin Abdullah – Goals in International Matches - RSSSF.
  2. ^ Striking fear into their opponents- The Star
  3. ^ Penang was once a feared football force. New Straits Times. Archived from the original on 28 May 2012. Retrieved 27 January 2022.
  4. ^ Shaharuddin abdullah-Bornglorius
  5. ^ "Malaysia Famous Players". Malaysiafootball2u. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 3 August 2016.
  6. ^ XX. Olympiad Munich 1972 Football Tournament - RSSSF
  7. ^ Olympic Football Tournament Munich 1972 Germany FR - Malaysia at FIFA.com
  8. ^ Olympic Football Tournament Munich 1972 Malaysia - USA at FIFA.com
  9. ^ Olympic Football Tournament Munich 1972 Morocco - Malaysia at FIFA.com
  10. ^ Malaysia - Record International Players - RSSSF
  11. ^ "Shaharudin 'The Black Cat' jadi hero ketika insiden tebusan" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 10 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]