Soh Chin Aun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Soh Chin Aun
Maklumat peribadi
Nama penuh Soh Chin Aun
Tarikh lahir 28 Julai 1949
Tempat lahir Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Posisi permainan Pemain pertahanan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1970-1980
1981-1983
Selangor FA
Melaka FA
Pasukan kebangsaan
1970-1985 Malaysia Malaysia 252
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 20 Januari 2007.
† Kemunculan (Gol).

Datuk Soh Chin Aun (juga dikenali sebagai Tauke) merupakan pemain legenda bola sepak Malaysia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin Aun merupakan rakan seangkatan allayraham Mokhtar Dahari dan mendiang R Arumugam.

Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun menjadi ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1974 di Seoul, Korea Selatan. Dia merupkan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972 di Munich dan berperanan sebagai ketua pasukan.

Kekentalannya mengemudi barisan pertahanan bersama Santokh Singh menghadirkan gerun kepada pasukan Asia yang menentang Malaysia pada era 70-an hinggalah 80-an. Dia digelar sebagai Tuhan Peperangan (God of war) kerana kebijaksanaannya mengemudi pasukan.

Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Aun cuba berjinak-jinak dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi kepada Lim Guan Eng. Pada tahun 2007, Chin Aun dilantik sebagai Pengerusi Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Dia kemudian memegang jawatan selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga Februari 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]