Fauzi Nawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fauzi Nawawi
KelahiranMohd Fauzi bin Mohd Nawawi
(1973-03-07) 7 Mac 1973 (umur 46)
Pantai Remis, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah
Tahun aktif1998–kini
PasanganLisdawati (k. 2007)
Anak8

Mohd Fauzi bin Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) atau lebih dikenali sebgaai Fauzi Nawawi merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas.[2] Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi memulakan kerjaya pengarahan menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.[4]

Pada tahun 2001, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak. Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak. Beliau pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.

Beliau mendapat tawaran menjayakan teater Tsunami pada 2007. Beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk pementasan teater saduran daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan menggunakan tajuk yang sama, iaitu Semerah Padi. Dalam teater arahan Rosdeen Suboh ini, beliau memegang peranan Teruna, yang pernah dibawa oleh Allahyarham Nordin Ahmad.[1]

Beliau mengorak langkah sebagai pengarah filem apabila mengarah filem garapanya sendriri, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[5] Fauzi membuka perniagaan hotel bajet pada Julai 2018.[6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Munafik 2 di mana memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar lakonan Nasir Bilal Khan.[7] Untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fauzi dilahirkan dan dibesarkan Pantai Remis, Perak. Beliau berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada 9 September 2007.[9] Pasangan ini dikurniakan 8 anak, Fauzi mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[10][11]

Anak beliau, Muhammad Fareez Hazwan merupakan peserta Mentor Milenia[12] dan menjadi protege Hazama.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2007 Orang Minyak Malik Kumbo Jamal Maarif & C.K. Karan
Anak Halal Jeffri Osman Ali
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Zul Sharad Sharan
2011 Songlap Chipun Effendee & Fariza Azlina
Mayhem Fauzi Syed Zulkifli Filem pendek
2014 Kelibat Kamal Hashim Rejab
2015 Chowrasta Jali Dato' Prof Madya A. Razak Mohaideen
2016 Pelepas Saka Ustaz Hashim Rejab Kemunculan khas
Bo-Peng Inspektor Anwar Helmi Yusof
2017 Pak Pong Kadir Handsome Dirinya sendiri Juga sebagai penulis skrip
2018 Badang Taiko Dato' Prof Madya A. Razak Mohaideen
Munafik 2 Umar Syamsul Yusof

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Aku, Dia & Cape Town TV3
2006 Gerak Khas TV2 Episod: "Gangsters", Pelakon undangan
2007 Dewi Cinta TV1
2008 Sari Maya Dali TV9
Puaka Niyang Rapik Ahmad Fathil TV3
2009 Dua Marhalah Amran Astro Oasis
Cinta Untuk Ain Kamal TV3
Matahari
E.Toyol. com Hamidi
2010 Na O Mei Ayie
Jidin Antar
2011 Ustaz Amirul Salleh
You Saka Pergi Jauh-Jauh Bapa Andrus
Jiwa & Lara Jiwa
2012 Saiful Nita Fendi
2014 Miranda
2015-16 Ya Solihin TV2
2016 Kerambit
Gerak Khas Episod: "Ops Cantas", Pelakon undangan
2017 Episod: "Abang Bob", Pelakon undangan
2018 Teratai Kemboja Saufi TV3
Gerak Khas TV2 Episod: "Ekstremis", Pelakon undangan
Bahagia Bukan Bidaan Paksu TV3
Aku Cinta Dia Dr Azhar
2019 Iktibar Rosli Episod: "Taubat Seorang Samseng"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2002 Igau: Aspirasi Mimpi Terus ke VCD
2008 Taubat Nasuha Syamizi TV3
2010 Sebelum Akhirat Mubarak
Bagaikan Sumayyah
Terbuang Di Malam Raya Shidi TV1
2011 Sudu & Garpu Andy TV3
Yang Terpuji
2012 Ruqyah Rocker Astro Oasis
2013 Takbur Mama Azman TV3
2014 PI (Private Investigator) Razman
Cikgu Bidan Cikgu Roslan
Kemelut Dosa
2015 Kasyaf Inspektor TV1
Adik Tak Tipu TV3
Kaabah Depan Rumah Astro Oasis
2016 Lari Lagi TV2
Ayah Tak Pernah Kalah Badrul TV9
2017 Mahram Zamarul
Ketupat Buat Nenek
Anak Kerak Astro Citra
2018 Uniknya Cinta Kamil TV3
Qalbu Toyu
Sayang Suria
Cucu Atuk Zamani Kemunculan khas
Khalifahkah Aku Datuk Amran

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 Masak Apa Tu? Dirinya sendiri bersama isteri TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Ruj.
2011 Semerah Padi Taruna

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Anugerah Skrin 2010 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
Anugerah Seri Angkasa 2010 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Impi watak Dara Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2014.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (1 Jun 2015). "Fauzi Nawawi tak kisah dianggap jahat". Berita Harian. Dicapai 16 September 2018. 
  3. ^ Aqmar Mustaza (11 Februari 2017). "'Pak Pong' mash relevan". Sinar Harian. Dicapai 1 September 2017. 
  4. ^ Bintang Fauzi Nawawi makin cerah Info Gallery. Diperoleh pada 1 Februari 2011.
  5. ^ Pressreader (20 Februari 2017). "Akhirnya 'Pak Pong' masuk panggung". Berita Harian. Dicapai 1 September 2017. 
  6. ^ "Fauzi Nawawi buka bisnes hotel bajet". Astro Awani. 17 Julai 2018. Dicapai 16 September 2018. 
  7. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai 16 Ogos 2018. 
  8. ^ Farhana Ab. Rahman (29 Ogos 2018). "Fauzi minta nasihat ibu berlakon Munafik 2". Berita Harian. Dicapai 31 Ogos 2018. 
  9. ^ Budiey (27 Oktober 2007). "Gambar Lisdawati Fauzi Nawawi Bersanding Perkahwinan RM1 juta". Sensasi Selebriti. Dicapai 16 September 2018. 
  10. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Julai 2018). "Fauzi Nawawi timang anak kelapan". Utusan Malaysia. Dicapai 16 September 2018. 
  11. ^ Hanisah Selamat (25 Julai 2018). "Fauzi Nawawi dapat anak kelapan". Berita Harian. Dicapai 16 September 2018. 
  12. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Mac 2016). "Fareez tidak bertingkah dengan bapa". Berita Harian. Dicapai 16 September 2018. 
  13. ^ Farhana Ab. Rahman (18 Januari 2016). "Anak Fauzi Nawawi terpilih sebagai protege Hazama". Berita Harian. Dicapai 16 September 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]