Zarina Zainoordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Zarina Zainuddin.
Zarina Zainoordin
Album Mahkota Jiwaku.jpg
Album Mahkota Jiwaku oleh Zarina Zainoordin
Latar belakang
Kelahiran (1984-10-15) 15 Oktober 1984 (umur 32)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, model
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2004-kini
Laman sesawang https://www.instagram.com/zarinazainoordin/

Zarina Zainoordin (dilahirkan pada 15 Oktober 1984) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model yang berasal dari Johor Bahru, Johor, Malaysia. Beliau mula dikenali ramai setelah menyertai pertandingan televisyen realiti, Akademi Fantasia Musim 2. Selain itu, beliau juga merupakan anak saudara kepada Salwa Abdul Rahman, seorang penyanyi era 1980-an. Sejak Februari 2016, beliau merupakan salah seorang DJ di radio Best FM.[1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah tersingkir pada minggu keenam iaitu pada 17 Julai 2004 dalam pertandingan Akademi Fantasia Musim 2. Zarina berjaya menghasilkan album Mahkota Jiwaku pada tahun 2006.

Pada malam 11 Jun 2011 iaitu bersempena dengan Konsert Kenangan Afnil, para juri yang terdiri daripada Kudsia Kahar, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar telah sebulat suara untuk memilih Zarina sebagai pemenang pertandingan tersebut. Zarina telah membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Pesona Elegance. Beliau telah membawakan lagu Goyang Inul pada konsert tersebut dengan mewakili kumpulan AF2. Antara bekas pelajar Akademi Fantasia yang turut menyertai pertandingan tersebut ialah Rosma (AF1), Kefli (AF3), Diddy (AF4), Syawal (AF5), Ika (AF6), Zizie (AF7), Ain (AF8) dan Raqib (AF9).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Cinta Fotokopi Zurina
2005 Pontianak Menjerit Zarina
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Wati
2011 Dimensi Cinta Lydia
2011 Aku Bukan Tomboy Zarina
2014 Misi Tawan Baby
2016 Munafik Zulaikha di pawagam mulai 25 Februari
Telefilem
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Coklat Tania
2008 Teringin Tapi Takut Milah
2010 Ibu Mee Segera Fifi
2011 Rel Waktu
2011 Tipah Torpedo Maya
2011 Berselindung Di Sebalik Kaabah Rina
2011 Mendongak Ke Langit
2011 Tangisan Langsuir Jamilah
2011 Hantu Susu Jamilah
2011 Ekpress Dania
2011 Perempuan Di Hujung Ramadhan Sarimah
2011 Syurga Bagiku Azizah
2011 Bila Azan Berkumandang Ruby
2012 Waris Walid Ain
2012 Baju Kebaya Terakhir Bapak Rosnah
2012 Mencari Nurfitri Zaharah
2012 Cinta Si Tukang Kasut Loli
2012 Neraka Abah Cikgu Saadah
2012 Ana Bukan Auta Shima
2012 Kasanova Terdesak Nani
2012 Bila Papa Pakai Kebaya
2012 Mutmainnah
2013 Doktor Cinta Cinta
2013 Khilaf
2013 Reda Dan Pasrah
2013 Nyamuk Tak Berdosa Salmah
2013 Satu Hari Di Hari Raya Ramona
2014 Pelangi I Love You Luna
2014 Manjaku Manja Tina TV2 29 April
2015 Meniti Cinta Starimost Qaseh Astro Ria 2 Mei
2015 Gerobok Raya Syifa 25 Julai
2016 Andai Kasturi Hilang Harumnya Safina 19 Januari
2016 Gabuk Huda 13 Februari
2016 Cikgu Timah Sekolah Bandar Cikgu Siti Zahira/Ziha
2016 Mencari Kaamatan Di Gombonan Suraya TV1 31 Mei
2016 Hati-Hati Yang Bercinta Haida 2 Ogos
2016 Gerimis Hati Asyikin Manja
2016 Antara Dua Hari Raya Intan 12 September
2017 Menantu Malam Raya Astro Ria & Astro Ria HD
Drama
Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Gol & Gincu:The Series Dayang
2006 Astana Idaman
2007 Mas Kahwin
2007 Gol & Gincu 2 Dayang
2008 Puaka Niyang Rapik Ika
2009 Zati & Si Mawas Joey
2010 Mayang Mengurai Mayang Merdu
2010 Alang Menanti Malang Aminah
2010 Mat Jaja
2010 Syurgamu Ramadan Puteri Aisyah
2010 Mahabbah De Laila Atilla
2010 Nurul Iman Iman
2010 Geng Surau Ully
2010 Saka Jentayu Jentayu
2011 Dingin Lavenda Murni
2011 Ayu Suraya Ayu/Suraya
2011 Darling Intan
2012 Ameera Zila
2012 Sirrun Laila
2012 Mimpi Cinderella Lorna
2012 Hikayat Nek Tom
2012 Karoot Komedia X Cik Farah Episod 11:London
2013 Janji Shirah Mira
2013 Anak Bertuah Saadiah
2013 Kerana Lelaki Itu Camelia
2013 Tanah Kubur Milah Musim 7-Episod 4:Wajah Rahsia Hati(Tudung Kabur)
2014 Lara Ameena Ameena mulai 27 April setiap hari Sabtu & Ahad pukul 7 malam di TV1
2015 Kalau Hati Ini Rama-Rama Vee
2015 Kasih Malisa Faridah
2015 Kasih Jasmin Jasmin mulai 14 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis(ditukar kepada hari Selasa & Rabu) pukul 3.05 petang di TV1
2015 Sayap Jibril Shuhada episod 7:Aman-ah!
2016 Diaspora Cinta Dayana Slot Widuri
2016 Dilema Wanita Adila musim 11,episod 11:Diburu Resah
2016 Lara Cinta Ameena Ezzaty slot Samarinda mulai 29 November
Teater
Tahun Tajuk Watak
2016 Ombak Rindu...Tiada Penghujung Mila Amelia

Projek Lain[sunting | sunting sumber]

Pernah terlibat dalam teater muzikal Balada Sang Adi Putera pada tahun 2006 dan teater Impak Maksima The Musical pada tahun 2008 dimana Zarina memegang watak sebagai Ika. Selain itu pernah menjayakan Konsert Keroncong Perdana pada tahun 2004.

Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Zarina:

  • Zarina ft Khai AF1 - Cinta Selamanya & Cinta Fotokopi (OST Cinta Fotokopi)
  • Zarina - Biarku Sendiri (OST Cinta Fotokopi)
  • Zarina ft Adeep (Fabulous Cats) - Kasih Antara Kita (OST Zati & Si Mawas)
  • Zarina ft Cat Farish (Fabulous Cats) - Virus
  • Zarina - Jentayu (OST Saka Jentayu)
  • Zarina,Dina Nazir (Malaysian Idol),Cat Farish & Shaheizy Sam - Senandung Malam (OST Jangan Pandang Belakang Congkak)
  • Zarina ft Mawi - Cinta Di Hujung Rindu

Beliau turut pernah muncul dalam muzik video Noty Boy untuk lagu Kasih.

Antara program-program realiti yang pernah menjemput beliau adalah Kidnap yang ditayangkanTV9 pada tahun 2013, Ketuk-Ketuk Ramadan Episod 9 Siri 4 yang ditayangkan TV1 pada 8 Ogos 2011, Kaki Bola 2 Episod 35 yang ditayangkan TV3 dan Kalau Aku Bukan Artis; sebagai seorang guru tadika yang ditayangkan ASTRO pada tahun 2011.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Anak keempat daripada enam adik-beradik.

Pernah bekerja di Yayasan Warisan Johor.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Wanita (Cinta Fotokopi) Dicalonkan
2016 Anugerah Seri Angkasa 2016 Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik (Gerobok Raya) Dicalonkan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]