Kiritsugu Emiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kiritsugu Emiya

Kiritsugu Emiya (衛宮切嗣, Emiya Kiritsugu) merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual Jepun dan siri anime Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Bapa angkat kepada Shirō, dan juga seorang wira kepadanya selepas dia diselamatkan daripada kebakaran besar yang melanda Fuyuki City. Dalam kehidupan Kiritsugu, dia bertekad untuk menjadi Wira Keadilan, seorang pelindung manusia bagi mereka yang lemah. Meskipun dia menganggap dia gagal berbuat demikian, usahanya yang teguh dan cekal telah menjadi sumber inspirasi bagi Shirō. Kiritsugu juga pernah menjadi seorang ahli sihir, walaupun dia tidak pernah mengajar Shirō dengan serius, juga kerana Shirō tidak mempunyai sebarang kebolehan dalam seni tersebut. Kiritsugu meninggal dunia beberapa tahun sebelum kisah Fate/stay night bermula di atas sebab yang tidak diketahui.

Seiyu watak Kiritsugu ialah Rikiya Koyama dan alihan suara bahasa Inggeris pula dilakukan oleh Kirk Thornton.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kiritsugu diupah oleh keluarga Einzbern sebagai wakil mereka dalam peperangan Holy Hrail keempat, dan dia juga merupakan ayah kandung Illyasviel von Einzbern, yang dicipta secara tiruan melalui sampel spermanya. Servant Kiritsugu dalam perang tersebut ialah Saber, yang telah diseru menerusi Avalon, sebuah Noble Phantasm yang digali oleh keluarga Einzbern di Cornwall, England. Walau bagaimanapun, mereka telah bertarung secara individu, dan bercakap sepatah dua kata dalam beberapa perjumpaan sahaja. Telah diedahkan dalam Fate/Zero tentang strateginya terhadap Master yang lain; dia menerapkan penggunaan teknologi moden termasuklah pistol Thompson Contender, mesin-gan Calico 960 dan selaras senapang penembak curi Walther WA 2000 bersambung dengan sebuah skop malam dengan IR wawasan haba untuk menjejaki Tuan-tuan yang lain menerusi haba mereka (yang berbeza jika dibandingkan dengan manusia biasa kerana kewujudan litar magik mereka). Dia dibantu terutamanya oleh seorang pembantu bernama Maiya Hisau.

Kiritsugu didorong oleh kepercayaannya, kerana dia ingin muncul sebagai seorang pengawal yang boleh melindungi manusia daripada bahaya, sebagai seorang "Wira Keadilan". Akan tetapi, dia mula menyedari bahawa idealnya itu agak suka dan hampir mustahil untuk dicapai, kerana setiap nyawa yang diselamatkan akan mengorbankan yang lain. Dengan kefahamannya tentang ini dan kemusnahan yang dibawa oleh peperangan Holy Grail tersebut, Kiritsugu membuat keputusan untuk meminimumkan mangsa-mangsa tidak bersalah dengan membunuh golongan Master yang lain dengan kejamnya, menerusi penggunaan senjata-senjata, bom-bom, dan mengambil tebusan. Dengan menepikan nilai-nilai moralnya dan mencerna sebuah pemikiran mekanikal, Kiritsugu berharap agar dia mampu mengurangkan pertumpahan darah yang sia-sia dan mengembalikan keamanan kepada Fuyuki City.

Dalam kemuncak perang itu, Kiritsugu telahpun mengalahkan Master yang terakhir, Kirei Kotomine, dan memenangi Holy Grail, yang didapatinya telah dicemari oleh suatu kehadiran hitam. Dengan merasakan bahana yang akan menenggelamkannya jika dia membuat hajatnya terhadap sesuatu seperti itu, Kiritsugu mengkhianati keluarga Einzbern dengan memaksa Saber untuk menghancurkan Holy Grail itu menggunakan pedang Excalibur. Tanpa saluran yang ketara, ikor kejahatan yang bersemadi dalam Holy Grail tersebut terlimpah ke atas Kiritsugu, menyebabkannya kelihatan uzur dan pucat secara kekal. Disebabkan kejadian inilah yang telah meragut nyawanya empat tahun kemudian.

Di penghujung perang ini, Kiritsugu telah membuang rupa dan perbuatan kejamnya dan bertekad untuk menebus kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya. Apabila dia berjumpa dengan Shirō, dia berasa teramat gembira kerana berjaya menyelamatkan satu nyawa, kerana sebelum ini dia dipaksa membunuh ramai manusia sewaktu peperangan Holy Grail itu. Untuk menyelamatkan Shirō, Kiritsugu telah menanam Avalon, yang mempunyai kuasa penyembuhan, ke dalam tubuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]