Shinji Matō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shinji Matō dan Zōken

Shinji Matō (間桐 慎二, Matō Shinji) merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Shinji merupakan abang kepada Sakura dan rakan lama Shirō. Meskipun cauvinistik dan narsisistik, Shinji merupakan Timbalan Kapten yang popular di Kelab Memanah sekolahnya. Seperti Rin, dia merupakan darah daging golongan ahli magik yang dihormati, namun darah keluarga Matō telah menipis dan berhenti menghasilkan pengganti yang mengamalkan magik secara semula jadi. Shinji tidak menyenangi perbuatan adiknya menziarahi kediaman Shirō. Shinji menaruh perasaan cinta yang terbuka kepada Rin, tetapi perasaannya tidak dibalas.

Seiyu kepada watak Shinji ialah Hiroshi Kamiya dalam bahasa Jepun dan alihan suara bahasa Inggeris oleh Doug Erholtz.[1]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Shinji merupakan Master sementara kepada Rider. Pada awalnya Shinji ditunjukkan sebagai watak yang jahat yang penuh dengan helah, namun apabila kisah Fate/stay night berlanjutan perwatakannya berubah, mempamerkan sifat-sifat pengecut dan menyedihkan. Shinji, seperti Shirō, tidak terlatih menggunakan magik, namun berbeza dengan watak protagonis itu, Shinji tidak mempunyai sebarang kebolehan yang tertentu.

Disebabkan Shinji bukannya Master sebenar kepada Rider, dia hendaklah menggunakan sejenis bahan yang dicipta daripada sihir perintah Master sebenar Rider yang dikenali sebagai Book of the False Attendant atau "Buku Pendatang Palsu". Buku tersebut, yang berfungsi sebagai sihir perintah sementara, membenarkan Shinji untuk mengawal Rider dan, di atas kegagalan Shinji menghasilkannya, dibantu dua kali oleh Master Rider yang sebenar. Disebabkan ia bukanlah sihir perintah yang asli, ia akan terbakar jika digunakan melampaui hadnya atau jika Rider dimusnahkan.

Di dalam siri anime dan lebih dibuktikan lagi di dalam permainan videonya, Shinji mungkin sekali telah menggunakan sihir perintah ini untuk melakukan hubungan seksual tanpa persetujuan bersama-sama Rider, dan mungkin juga melakukan penyeksaan seksual kepada Sakura.

Shinji dibunuh dalam senario Fate oleh Berserker dan dalam senario Heaven's Feel oleh Dark Sakura apabila dia cuba untuk merogolnya lagi. Dalam senario Unlimited Blade Works pula, Shinji kehilangan Rider selepas menghadapi kekalahan dalam pertarungan, lalu dia berjumpa dengan Kirei Kotomine, yang telah memberinya Gilgamesh sebagai Servant miliknya. Gilgamesh tidak menghiraukan Shinji, di mana dia telah dimasukkan ke hospital setelah terperangkap dalam suatu serangan; dia terselamat dan akhirnya menjadi seorang yang lebih baik.

Rider, dalam Fate/hollow ataraxia, telah menjelaskan bahawa Perseus, iaitu pembunuh Medusa, sebagai seorang "Shinji" yang telah berjaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fate/stay night (TV)". Anime News Network.