Sakura Matō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sakura Matō

Sakura Matō (間桐 桜, Matō Sakura) merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual Jepun dan siri anime Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Tarikh lahirnya ialah pada 2 Mac dan dia mempunyai darah jenis O. Semasa kisah Fate/Zero berlangsung, ketinggiannya ialah 120 cm, manakala beratnya pula ialah 25 kg. Sepuluh tahun kemudian, Sakura telah membesar setinggi 156 cm dan mempunyai berat 46 kg, dan ukuran tiga saiznya ialah B85/W56/H87.

Sakura merupakan seorang pelajar tahun pertama di sebuah sekolah menengah, dan merupakan adik kepada Shinji Matō. Selepas ayah Shirō, Kiritsugu Emiya, meninggal dunia, Sakura seringkali menziarahi Shirō untuk membantunya dengan kerja-kerja rumah. Dia bersifat segan, pemalu dan lemah-lembut, tetapi mempunyai ketabahan hati yang cukup kuat. Sakura memendam perasaan cinta yang mendalam terhadap Shirō Emiya.

Seiyu watak Sakura ialah Noriko Shitaya dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Sherry Lynn.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sakura merupakan kakak kandung kepada Rin Tōsaka, dan telah berada di bawah penjagaan keluarga Matō dalam jangka masa beberapa tahun. Seperti kebanyakan ahli sihir lain, ayahnya, Tokiomi Tōsaka, telah memilih seorang anak perempuan sahaja untuk meneruskan tradisi keluarganya, mempercayai bahawa jika dia melakukan demikian untuk anak yang kedua, persaingan akan berlaku. Zōken Matō, seorang sekutu purba kepada Keluarga Tōsaka, telah meminta mengambil Sakura sebagai anak angkat, kerana warisnya, iaitu Shinji Matō, mengamalkan sihir.

Dalam Fate/Zero, telah didedahkan bahawa Kariya Matō, kini bapa saudara Sakura, melakukan perjanjian bersama-sama Zōken Matō untuk memenangi pertandingan Holy Grail sebagai pertukaran kepada kebebasannya daripada Zōken dan supaya gadis itu dapat kembali ke pangkuan keluarga Tōsaka. Kariya merupakan satu-satunya ahl keluarga Matō yang mencintai Sakura; disebabkan Kariya merupakan rakan sejak kecil kepada Aoi Tōsaka (ibu Sakura), dia telah mengenali Sakura dan Rin dengan baik. Kariya mencintai Aoi, namun berputus asa secara aman kerana Aoi kelihatan gembira menerima pertunangannya bersama-sama Takiomi. Di atas alasan dia tidak pernah menerima sebarang latihan sebagai seorang ahli sihir (meskipun dia mempunyai potensi yang lebih berbanding ayah Shinji iaitu Byakuya Matō), dia memiliki ulat-ulat yang ditanam di dalam tubuhnya untuk meningkatkan tahap litar-litar magiknya, dan telah melakukan latihan secara terus-menerus dalam masa yang singkat untuk bersiap-sedia dalam perang seterusnya. Ulat-ulat ini membantutkan umurnya dan tubuhnya yang lemah kerana mereka menggunakan tenaga menerusi litar magiknya. Memperlihatkan keadaan Kariya yang lemah dan seruannya ke atas Servantnya iaitu Berserker yang memerlukan bekalan tenaga Mana yang banyak, kekalahan Kariya dalam Peperangan Holy Grail ke-4 adalah suatu kepastian yang tidak dapat dielakkan, di mana kekalahannya mungkin disebabkan oleh Servant yang diserunya sendiri.

Di bawah penjagaan Matō, Sakura didedahkan kepada seksaan fizikal dan mental setiap hari. Zōken ingin menggunakannya sebagai salah satu daripada tubuh pinjamannya pada masa hadapan, dibekalkan oleh kuasa Angra Mainyu. Mengumpul serpihan-serpihan daripada Holy Grail pada peperangan yang sebelumnya, Zōken mengacukkan cecair hitam dengan beberapa ulat-ulat kawalannya. Dia menanam ulat-ulat parasit ini ke dalam tubuh badan Sakura; akibatnya, Mana Sakura seringkali diserap ulat-ulat tersebut namun tindak balas syahwat Sakura juga diserap, memaksanya berada dalam keadaan tekanan seksual. Untuk mengawal perasaan Sakura ini, Zōken seringkali mengarahkan Shinji untuk memperkosa Sakura. Dengan perasaan iri hati terhadap Sakura yang menggantikan dirinya sebagai waris kepada Keluarga Matō, Shinji terus merogol Sakura menerusi keinginannya sendiri. Rambut Sakura serta warna matanya adalah akibat secara langsung daripada ulat-ulat Zōken yang terus mengalir dalam darahnya..

Meskipun diseksa dan dimalukan setiap hari, Sakura menanggung serangan fizikal dan mental ini dengan penuh ketabahan. Dia jatuh cinta kepada Shirō Emiya beberapa tahun dahulu setelah (secara senyap) melihatnya berlatih lompat tinggi (sebagai latihan sukan). Dedikasi berkekalan Shirō merupakan sumber inspirasi kepada Sakura untuk bersabar dan menanggung kesusahannya, dan ini memberinya keberanian untuk mendekati seterusnya membantu Shirō apabila dia tercedera pada suatu masa tertentu. Hubungan Shirō yang saling berkembang dengan Rin merupakan sumber kebencian dan iri hati untuk Sakura, kerana dia percaya bahawa Rin merupakan sebab utama kepada kesusahan yang ditanggungnya pada waktu itu. Dalam jangka masa sebelas tahun sejak dirinya diambil sebagai anak angkat, Sakura membesar seiring dengan perasaan bencinya terhadap Zōken di atas kekejamannya, kepada ayahnya kerana meninggalkannya, dan juga kepada Rin, yang tidak tahu-menahu sama sekali akan seksaan yang ditanggung kakaknya, kerana tidak pernah datang untuk menyelamatkannya.

Sakura merupakan Master sebenar kepada Servant Rider, yang diserunya beberapa hari sebelum bermulanya peperangan Holy Grail ke-5. Akan tetapi, dibawah tekanan oleh Shinji dan keinginannya untuk tidak menentang Shirō mahupun Rin, Sakura menurunkan hak miliknya sebagai Master kepada Shinji, meskipun Sakura masih memiliki Mantra Perintahnya yang asal.

Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Sakura telah mewarisi sebuah potensi sihir yang besar daripada darah daging keluarga Tōsaka-nya, walaupun dia mempunyai pengetahuan sihir-sihir dan sumber Mana yang terhad (disebabkan oleh ulat-ulat Zōken). Zōken pada satu-satu masa mampu mengubah Sakura menjadi Angra Mainyu dalam bentuk yang belum sempurna, yang dirujuk sebagai "si bayang-bayang". Dalam keadaannya ini, tindakan dan perlakuan Sakura tidak dapat dikawal olehnya dan seringkali diarahkan oleh Zōken sendiri. Namun begitu, sebaik sahaja Sakura menolak kawalan Zōken dan mendapat semula kesedaran dirinya, dia menjadi Dark Sakura, iaitu dirinya dengan personaliti yang gila dan jauh lebih ganas daripada biasa. Dalam keadaan ini, kemampuan Sakura untuk berfikir dengan waras dan mempunyai sebarang emosi telah dihancurkan sama sekali dan dia bertindak secara liar dan secara tidak langsung akan menghancur dan membunuh tanpa berfikir terhadap apa-apa sekalipun.

Dark Sakura mempunyai sumber Mana yang tidak terhad, namun jumlah yang boleh dikeluarkannya pada satu-satu masa adalah diterhadkan oleh jumlah litar magiknya. Sentuhannya sahaja mampu mencairkan jirim organik dan mengubah elemen asasnya menjadi Mana. Apabila sejenis makhluk yang dicipta khas daripada tenaga semata-mata dan bukannya jirim, seperti seorang Servant bersentuhan dengan bayang-bayang Dark Sakura, tahap mentaliti Servant itu akan dihancurkan oleh kejahatan, manakala kekuatan mereka pula semakin lemah. Dark Sakura juga mampu mencipta tentakel-tentakel daripada tubuhnya, selain itu mencipta raksasa-raksasa bebayang yang akur terhadap niatnya namun mampu berfungsi dengan sendirinya. Akhir sekali, Dark Sakura mampu melakukan penyembuhan serta-merta, membenarkannya sembuh daripada kecederaan-kecederaan zahir dalam masa beberapa minit sahaja.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Sakura hanya memainkan peranan sebagai watak sampingan dalam kedua-dua senario iaitu Fate dan Unlimited Blade Works, namun dia merupakan watak wanita utama dalam senario ketiga, Heaven's Feel. Zōken Matō yang berasa malu dan benci di atas perwatakan Shinji sebagai seorang Master telah mula melakukan genosid ke atas setiap Servant lain dengan bantuan daripada True Assassin dan Sakura. Berserker, Lancer, Saber, dan Archer telah terbabit dalam serangannya ini, disamping Sakura yang telah mengambil Dark Saber dan Dark Berserker sebagai pembantunya. Pada waktu malam, Sakura bersiar-siar di Bandar Fuyuki sambil melakukan keganasan, menelan sejumlah besar manusia biasa sebagai sumber Mana. Gilgamesh akhirnya bersemuka dengan gadis tersebut dan menikam tubuhnya dengan beberapa Noble Phantasm menerusi Gate of Babylon miliknya, namun Sakura telah sembuh dalam kadar yang sangat cepat dan akhirnya memakan Gilgamesh sama sekali.

Menyedari kehancuran yang disebabkan oleh dirinya sendiri, Sakura telah mencari datuknya untuk memaksanya mengakhiri nyawanya. Pada waktu yang sama, Shinji telah cuba untuk mengugutnya melakukan seks, sekaligus mengancam untuk mendedahkan tindakannya merogol Sakura sejak dahulu kepada Shirō. Berasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri, Sakura telah membunuh Shinji dan menerima seifat jahat di dalam dirinya. Dia kemudian berubah menjadi Dark Sakura dan menculik Illya, dengan harapan bahawa gadis berambut putih itu dapat menjadi saluran untuk Holy Grail yang baru.

Setelah Shirō dan Kotomine menyelamatkan Illya, Dark Sakura membunuh pula True Assasin dan membuang dirinya daripada ulat-ulat Zōken. Dia berhadapan dengan Rin di dalam sebuah kamar Greater Holy Grail di bawa Gunung Enzō, kuasanya adalah setaraf dengan Pedang Permata Zelretch. Dengan meninggalkan bayang-bayangan Sakura tidak berkesan, Rin telah mendekati Sakura, namun gagal menewaskannya disebabkan kasih sayangnya terhadap adiknya. Rin memluk Sakura meskipun setelah Sakura menikamnya dalam keadaan panik. Menyedari cinta kakaknya itu, Sakura mulai menentang sifat jahatnya sekali lagi sehinggalah Shirō berjaya mengeluarkan Angra Mainyu daripada jiwanya menggunakan Rule Breaker. Shirō kemudiannya telah cuba untuk menyurih pedang Excalibur, namun di dalam Penghujung Sebenar, Illya telah mengganggu proses ini, sekaligus menutup pintunya, dan melakukan Heaven's Feel ke atas diri Shirō untuk membiarkannya hodup (dalam Penghujung Biasa, Shirō berjaya menyurih Excalibur dan menghancurkan Holy Grail, tetapi dia kehilangan nyawanya. Sakura, yang enggan menerima kematian Shirō, telah meneruskan kehidupannya di Kediaman Emiya, selama-lamanya menunggu kehadiran Shirō).

Setelah sifat jahat dalam siri Sakura dihancurkan, tubuhnya mengekalkan jumlah Mana yang banyak. Sakura akhirnya tinggal bersama-sama Rider, di mana kewujudan Servant itu adalah bergantung kepada sumber Mana Sakura yang tinggi.

Dalam Fate/hollow ataraxia, Sakura tinggal dengan aman di Bandar Fuyuki, yang ditinggalkan Rin kepada jagaan Sakura setelah dia meninggalkan bandar mereka untuk menuntut di Persatuan Ahli Sihir, dan Rider menyatakan bahawa Sakura adalah kapten yang popular dalam kelab memanah sekolah mereka. Bahagian jahat Sakura masih wujud, namun digunakan sebagai babak lucu sahaja. Dalam Eclipse, iaitu episod bonus dalam Ataraxia, Rider dan Sakura bekerjasama dalam menggoda Shirō lalu melakukan persetubuhan bertiga-tiga. Sebenarnya, ini merupakan tindakan yang dilakukan Rider sendiri demi memaksa Shirō bertindak lebih agresif terhadap Sakura. Namun, Shirō menyedari disebalik motifnya bahawa Rider menaruh perasaan kepadanya. Kemunculan Sakura dalam episod ini adalah sekadar sihir yang dimanipulasikan oleh Rider sahaja, mewakili niat sebenar Rider dalam tindakannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]