Fate/hollow ataraxia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fate/hollow ataraxia
Imej promo Fate/hollow ataraxia.
GenreAksi, Drama, Fantasi
Permainan
PembangunType-Moon
PengeluarType-Moon
GenreNovel visual, Eroge
PelantarPC - Enjin KiriKiri
Portal Anime dan Manga

Fate/hollow ataraxia (Jepun: フェイト/ホロウアタラクシア, Hepburn: Feito /horō atarakushia) merupakan permainan komputer novel visual eroge Jepun ciptaan Type-Moon dalam tahun 2005. Fate/hollow ataraxia menyambung kisah Fate/stay night yang juga merupakan sebuah judul novel visual. Perkataan "ataraxia" dalam judul ini merupakan bahasa Greek untuk perkataan "ketenangan", justeru judul ini memberi maksud "ketenangan yang kosong (atau tidak wujud)" (hollow ataraxia).

Ringkasan Plot[sunting | sunting sumber]

Plot Fate/hollow ataraxia berlaku setengah tahun selepas senario Fate/stay night. Seperti judul yang sebelumnya, kisah Fate/hollow ataraxia berlaku di Fuyuki City.

Bazett Fraga McRemitz yang merupakan seorang Master dalam peperangan Holy Grail yang kelima terjaga pada hari keempat peperangan kelima tersebut bersama-sama Servant barunya iaitu Avenger dan telah kehilangan sebahagian daripada memorinya tentang apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia bersama-sama Avenger bertekad untuk memenangi perang itu.

Pada masa itu, Shirō Emiya hidup dengan tenang bersama-sama rakan-rakannya. Selepas eksperimen Bazett menukar kejadian dan masa, Rin Tōsaka lekas meninggalkan tempat tinggalnya dan menuju ke Persatuan Ahli Sihir di England untuk membetulkan kembali keadaan. Para Servant kemudiannya mengesan sesuatu apabila lembaga dan makhluk hitam mula muncul. Untuk mengambil langkah-langkah keselamatan, Shirō telah meninggalkan yang lain-lain seorang diri dan kemudian kian berjumpa dengan seorang perempuan penuh misteri bernama Caren Ortensia.

Bazett dan Shirō terperangkap dalam sebuah gelung masa yang berterusan selama empat hari, bermula daripada hari keempat perang Holy Grail yang kelima. Setiap kali mereka terbunuh atau terselamat selama empat hari, mereka akan selalu bangkit semula pada hari pertama gelung masa itu berlaku, dan masih menyedari akan perkara-perkara yang menimpa mereka sebelum mereka terjaga. Dengan hasrat kuat untuk menghentikan gegelung masa yang memaksa mereka mengulangi hari-hari peperangan itu, Bazett, Avenger dan Shirō bertekad untuk bertarung demi mencari kebenaran disebalik misteri yang menimpa mereka itu.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak-watak utama[sunting | sunting sumber]

Bazett Fraga McRemitz (Jepun: バゼット・フラガ・マクレミッツ, Hepburn: Bazetto Furaga Makuremittsu)
Seorang ahli sihir yang dihantar daripada Persatuan Ahli Sihir untuk bertarung dalam perang Holy Grail yang kelima ini. Dilahirkan di Ireland dalam keturunan ahli sihir yang mempunyai pertalian darah yang aneh, dia jarang disebut dalam Fate/stay night namun memainkan watak yang besar dalam judul ini. Bazett sebenarnya merupakan Tuan sebenar Lancer, namun dikhianati Kirei Kotomine dalam perang tersebut dan akhirnya menjadi Tuan kepada Servant bernama Avenger.
Caren Ortensia (Jepun: カレン・オルテンシア, Hepburn: Karen Orutenshia)
Seorang pengusir roh dan ahli kepada Gereja, dia dihantar ke Fuyuki City untuk menggantikan tempat Kirei Kotomine selepas kematiannya. Tugasnya adalah sebagai perantara untuk perang Holy Grail yang palsu itu (berlaku selama beberapa kali dalam empat hari). Disebabkan peranannya, dia mampu melihat kejadian-kejadian aneh yang berlaku secara objektif. Dia dikatakan mempunyai personaliti yang lain daripada yang lain.
Avenger (Jepun: アヴェンジャー, Hepburn: Avenjā)
Servant kelapan yang secara tidak sengajanya diseru dalam perang Holy Grail ketiga, dan muncul secara tiba-tiba sebagai Servant Bazett yang baru. Dipercayai bahawa nama sebenarnya adalah Angra Mainyu, iaitu roh jahat Zoroastrianisme.
Shirō Emiya (Jepun: 衛宮 士郎, Hepburn: Emiya Shirō)
Dalam judul ini, Shirō melalui sebuah pengalaman yang mengubah personaliti dan memorinya, seringkali berkaitrapat dengan kebolehannya sendiri. Sebenarnya, Avenger, iaitu Servant yang kelapan, telah mengambil alih tubuh badan Shirō di siang hari. Sama ada Shirō yang muncul dan diambil alih oleh Avenger dalam kisah Fate/hollow ataraxia ini adalah jasad sebenar ataupun hanya Shirō "palsu" tidak diketahui.
Rin sebagai magical girl (perempuan ajaib/sihir) Kaleido-Ruby.
Rin Tōsaka (Jepun: 遠坂 凛, Hepburn: Tōsaka Rin)
Rin berada di London sehingga pertengahan kisah judul ini. Dia kembali semula selepas itu dengan perubahan personaliti yang dramatik (kegemarannya untuk cosplay sebagai magical girl). Namun begitu, dia juga telah menjadi seorang ahli sihir yang berpengalaman, membuktikan kebenaran ini dengan menyelesaikan misteri dan persoalan yang berkaitan dengan gegelung masa yang berlaku selama empat hari, juga sewaktu dia memberi Shirō beberapa nasihat. Dalam Fate/hollow ataraxia, dia menggunakan sejenis tongkat sakti ciptaan Zeltretch yang digelar Kaleidostick. Apabila diaktifkan, tongkat itu akan memindahkan apa-apa jenis pengetahuan daripada versi alternatif penggunanya kepada pengguna semasanya, dalam waktu yang sama berperanan sebagai sumber Mana yang terbuka. Walau bagaimanapun, tongkat Kaleidostick itu tidak menyukai penciptanya, dan sering memanipulasikan penggunanya untuk berakhir dalam situasi-situasi yang memalukan. Dalam Fate/hollow ataraxia, Kaleidostick itu bertanggungjawab menukar Rin kepada magical girl Kaleido-Ruby.
Watak-watak lain
Setiap Master dan Servant mereka dari judul sebelumnya, iaitu Fate/stay night dalam perang Holy Grail yang kelima muncul kembali, meskipun memainkan watak yang lebih kecil. Namun begitu, Kirei Kotomine dan True Assassin tidak mempunyai sebarang peranan penting atau kecil dalam judul ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]