Lancer (Fate/stay night)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lancer

Lancer ialah seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.

Lancer merupakan Servant pertama yang menunjukkan tanda-tanda merbahaya dalam siri ini. Sebagai seorang pahlawan yang ganas namun seimbang, dia gemar bertarung dengan lawan yang handal. Dia mempunyai perangai yang suka bermain-main dan melayan hidupnya dengan bebas dan tanpa kerisauan, namun segera berubah menjadi liar jika dirinya dipaksa menentang lawan yang hebat. Seperti yang didedahkan dalam senario Unlimited Blade Works, dia mempunyai sikap yang gemar mengusik orang lain dan dilihat menyukai Rin Tohsaka. Servant yang diseru dalam kelas Lancer dikatakan perwira yang "Paling Pantas".

Seiyū watak Lancer ialah Nobutoshi Canna dan alihan suara versi Inggeris dilakukan oleh Tony Oliver.[1]

Status Servant[sunting | sunting sumber]


Master: Kotomine Kirei Jantina: Lelaki Warna: Biru
Penjajaran: Neutral Berundang-undang Ketinggian: 185 cm Kebolehan: Menyelam, memancing, rock climbing
Noble Phantasm: B Berat: 70 kg Kegemaran: Wanita yang suka mendesak, janji-janji mengarut
Kekuatan: B Rintangan Sihir: B Tidak suka: Licik, Pengkhianatan
Ketahanan: C Penerusan Pertempuran: A Musuh: Gilgamesh, Archer
Ketangkasan: A Mengundur diri: C Perlindungan daripada Anak Panah: B
Mana: C Ketuhanan: B
Tuah: E Mantera Sihir: B


Kebolehan[sunting | sunting sumber]

  • Rintangan Sihir
Tahap: B
Membatalkan sebarang sihir yang memerlukan lebih daripada tiga rangkap. Tidak boleh menghalang diri daripada sihir dalam skala besar seperti sihir unggul atau sihir upacara.
  • Penerusan Pertempuran
Tahap: A
Tidak mudah mengaku kalah Ia membenarkan individu untuk bertarung meskipun di ambang kematian, dan membenarkannya untuk terus hidup sehingga mereka benar-benar menerima serangan maut.
  • Mengundur diri
Tahap: C
Kebolehan untuk melarikan diri dari medan pertempuran. Ia mampu juga untuk memutarkan aspek pertempuran (putaran 1), dan mengembalikan keadaan setiap teknik kepada keadaan mereka yang asal.
  • Ketuhanan
Tahap: B
Kekuatan seorang dewa. Lebih pekat darah kedewaannya, tahap statistik ini juga menjadi lebih tinggi..
  • Mantera Sihir
Tahap: B
Pengetahuan dalam sihir zaman Eropah purba, tahap B membenarkan individu menggunakan lebih 18 buah sihir. Sihir Lancer yang paling terkenal ialah Ath nGabla: sihir pertempuran maut milik Chu Chulainn. Dicipta daripada Algiz, Nauthiz, Ansuz dan Inguz, pengunduran diri adalah diharamkan untuk mereka yang menulisnya, dan mereka yang melihatnya tidak boleh melarikan diri daripada pertempuran.
  • Perlindungan daripada Anak Panah
Tahap: B
Pertahanan ditingkatkan daripada serangan jarak jauh dengan anggaran tepat terhadap trajektorinya di atas sebab-sebab yang ajaib seperti mendengar bunyi senjata yang dilontar memotong setiap sudut angin ataupun naluri akan perasaan ingin membunuh para musuh. Pada tahap ini, selagi musuh yang menembak dari jarak jauh berada dalam lingkaran penglihatannya, Lancer boleh mengenalpasti serangan yang dilakukan menggunakan matanya justeru mampu mempertahankan dirinya. Ini tidak termasuk serangan daripada jarak yang teramat jauh atau serangan yang mempunyai kesan kawasan yang besar.

Noble Phantasm[sunting | sunting sumber]

Gáe Bolg
  • Gáe Bolg (Jepun: ゲイ・ボルク, Hepburn: Gei Boruku): Lembing Menikam dan Mencangkuk Maut (Jepun: 刺し穿つ死棘の槍, Hepburn: Sashi ugatsu shikyoku no yari)
Tahap: B
Jenis: Anti-Unit
Kebolehan yang membalikkan konsep "penyebab sesuatu takdir," mencipta sebuah fenomena di mana lembing yang digunakan dilontar ke hadapan hanya setelah ia berhadapan terus dengan sasaran. Apabila nama sebenar Gáe Bolg diseru, musuh sebenarnya telahpun ditikam sebelum serangan itu diselesaikan, tidak mengira arah yang perlu dipatuhi oleh tikaman tersebut kepada sasaran. Ketangkasan mangsa tidak bermakna dalam mengelak serangan ini; hanya pertahanan dari segi tuah yang cukup tinggi sahaja yang mampu mengubah takdir sebelum berlalunya sedetik waktu. Meskipun serangan ini memiliki sifat-sifat yang mengganggu takdir serta ketepatannya yang tinggi, penggunaan Gáe Bolg adalah menjimatkan, kerana ia memerlukan Mana yang sedikit sehingga boleh digunakan sebanyak tujuh kali tanpa perlu berhenti seketika untuk mengecas semula. Nama senjata ini merujuk kepada Gáe Bolg, iaitu lembing maut milik Cú Chulainn.
Lancer, melontar Gáe Bolg ke hadapan dengan sepenuh tenaga
  • Gáe Bolg (Jepun: ゲイ・ボルク, Hepburn: Gei Boruku): Lembing Lontaran Angin Maut (Jepun: 突き穿つ死翔の槍, Hepburn: Tsuki ugatsu shishō no yari)
Tahap: B+
Jenis: Anti-Kubu.
Teknik ini menggunakan potensi penuh sumpahan Gáe Bolg, mengalirkan Mana menjadi tenaga dan melepaskan kuasa yang terkumpul sebaik sahaja lembing ini menyentuh sasaran setelah ia dilontar ke hadapan. Berbeza dengan sifat Menikam dan Mencangkuk Maut, Lontaran Angin Maut adalah kurang tepat, dan mengutamakan tenaga mentah serta mempunyai kawasan serangan yang lebih luas, serupa kepada konsep meletupkan sebiji bom. Kedua-dua fungsi lembing Gáe Bolg dikatakan merujuk kepada lembing lagenda milik Odin, iaitu Gungnir.


Identiti Sebenar[sunting | sunting sumber]

Identiti sebenar Lancer ialah Cú Chulainn, seorang perwira daripada Kitaran Ulster dalam mitologi Ireland. Dia merupakan makhluk separa-dewa, anak lelaki kepada seorang manusia perempuan, Dechtire, dan dewa Lugh. Meskipun dilahirkan dengan nama Sétanta, dia menggelar dirinya Cú Chulainn setelah membunuh anjing-anjing peliharaan seorang tukang besi, iaitu Culann, dan menjanjikan untuk menggantikan anjing itu dengan seekor anjing kanin. Cú merupakan perkataan dalam bahasa Ireland yang bermaksud "buruan." Dalam pengembaraan Cú Chulainn ke Tanah Bayang-Bayang di Scotland, dia telah menjadi seorang pelatih di bawah tunjuk ajar seorang ahli sihir bernama Scáthach dan menerima senjata kesayangannya, lembing sumpahan iaitu Gáe Bolg. Cú Chulainn menerima gelaran sebagai seseorang yang ganas dan liar di dalam pertempuran, meskipun dia merupakan seorang lelaki muda yang tulus dan berani. Namun, sifatnya yang paling terpuji adalah sifat memegang kepada janji-janjinya. Dia pernah sekali memberitahu Shirō bahawa dia boleh juga diseru dalam kelas Berserker di atas sifat ganas dan liarnya.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Asalnya, Lancer diseru oleh wakil berbangsa Ireland daripada Persatuan Ahli Sihir, iaitu Bazett Fraga McRemitz. Walaubagaimanapun, Kirei Kotomine telah membunuh Bazett, dan menggunakan Mantra Perintah pada tangan kiri wanita itu untuk memerintah Lancer dan menjadi calon dalam Peperangan Holy Grail ke-5. Lancer tidak menyenangi dirinya sebagai seorang Servant kepada Master yang pengecut, namun dia tetap memauthi perintah Kirei dengan penuh kesetiaan.

Kirei asalnya mengarahkan Lancer menjalankan tugas-tugas mengintip, dengan meninjau lokasi-lokasi Master yang lain dan mengenalpasti betapa hebatnya Servant mereka. Dalam pertarungannya dengan Archer, Lancer mendapat tahu bahawa Shirō Emiya telah menyaksikan pertarungan mereka. Untuk memastikan peperangan mereka kekal sebagai rahsia, Lancer telah memburu Shirō dan membunuhnya dengan menikam jantungnya.

Kemudian, Lancer mengetahui bahawa Shirō telah sembuh daripada kecederaannya, justeru dia memburunya sekali lagi dan nyaris-nyaris membunuhnya sehinggalah Saber yang baru diseru Shirō menyerang Lancer dan memaksanya mengundurkan diri beberapa ketika sebelum kedatangan Archer dan kemudiannya, Berserker.

Sepanjang berlalunya kisah Fate/stay night, Lancer merupakan Servant yang kurang aktif. Dalam senario Fate, Lancer telah melanggar arahan Kotomine dan cuba menghentikan Gilgamesh daripada membunuh Shirō dan Saber. Lancer yang tetap mempercayai prinsip hidupnya, telah dibunuh oleh Gilgamesh setelah Shirō dan Saber melarikan diri. Dalam senario Unlimited Blade Works, peranan Lancer diluaskan, di mana dia telah membantu Shirō, Rin dan Saber dalam pertarungan mereka menentang Archer. Di dalam Istana Einzbern, Kotomine kemudiannya menggunakan Lancer untuk membunuh Rin. Enggan berbuat demikian, Lancer diarahkan oleh Mantra Perintah Kotomine supaya membunuh dirinya sendiri, namun Lancer berjaya menentang kuasa Mantra Perintah itu dan sempat membunuh Kotomine, dan kemudian menakutkan Shinji, yang pada waktu itu sedang menunggu masa untuk memperkosa Rin. Setelah membebaskan Rin, Lancer telah membakar istana Einzbern bersama-sama dirinya. Akhir sekali, dalam senario Heaven's Feel, Lancer ditewaskan awal dalam peperangan tersebut oleh Zōken dan True Assassin.

Dalam judul Fate/hollow ataraxia, peranan Lancer dikembangkan lebih meluas berbanding peranannya dalam Fate/stay night. Dia selalunya dilihat memancing di kawasan tebing Bandar Fuyuki, namun seringkali dilihat bersiar-siar di kawasan bandar atau berkerja sambilan sebagai seorang pekedai runcit. Sebagai seorang individu Lancer bersifat peramah, seringkali berbicara dengan bekas calon-calon Peperangan Holy Grail, dan diminati ramai. Dia tidak mempunyai sebarang keinginan untuk melawan makhluk bayang-bayang sewaktu berlakunya gerhana Fuyuki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fate/stay night (TV)". Anime News Network.