Korvet kelas Sigma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sigma613.jpg
Frigat Tarik Ben Ziad (613) milik Tentera Laut Diraja Maghribi
Ringkasan kelas
Pembina: Schelde Naval Shipbuilding
Pengguna:
Sub-kelas:
  • 9113 (kelainan korvet Indonesia)
  • 9813 (kelainan korvet berat Maghribi)
  • 10513 (kelainan frigat ringat Maghribi)
  • 10514 (kelainan frigat Indonesia)
Dibina: 2005-kini
Ditauliahkan: 2007-kini
Dibina: 2
Dirancang: 11
Disiapkan: 7
Aktif: 7
Dibaringkan: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran: 1,692 tan
Panjang: 90.71 m (297 ka 7 in)
Lunas: 13.02 m (42 ka 9 in)
Draft: 3.60 m (11 ka 10 in)
Jana kuasa:
  • 2 × SEMT Pielstick 20PA6B STC berkadar pada 8910 kW setiap satu memacu sebuah penganding Geislinger ringan kombinasi BE 72/20/125N + BF 110/50/2H (kombinasi penganding keluli-komposit)
  • 4 × penjana Caterpillar 3406C TA berkadar 350 kW setiap satu
  • 1 × penjana kecemasan Caterpillar 3304B berkadar pada 105 kW
  • 2 × aci dengan bebaling CP 5 bilah Rolls Royce Kamewa
  • 2 × giar penurun satu tahap Renk ASL94[1] dengan penstabil olengan pasif
Halaju:
  • Maksimum: 28 knot (52 km/h; 32 mph)
  • Kruis: 18 knot (33 km/h; 21 mph)
  • Ekonomi: 14 knot (26 km/h; 16 mph)
Jarak:
  • Pada kelajuan krus 18 kn (33 km/h; 21 mph): 3,600 nmi (6,700 km; 4,100 mi)
  • Pada kelajuan ekonomi 14 kn (26 km/h; 16 mph): 4,800 nmi (8,900 km; 5,500 mi)
Anak kapal: 20, sehingga 80
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Sistem tempur: Thales Group TACTICOS[2] with 4 x Multifunction Operator Console Mk 3 2H
  • Radar pencari: Radar pengawasan multibeam 3D MW08
  • IFF: Thales TSB 2525 Mk XA (integrated with MW08)
  • Radar navigasi: Radar Sperry Marine BridgeMasterE ARPA
  • Radar kawalan tembakan: Radar menjejak LIROD Mk 2
  • Data Link: Sistem pautan data LINK Y Mk 2
  • Sonar: Sonar lekapan badan ASW aktif/pasif frekuensi sederhana Thales UMS 4132 Kingklip
  • Komunikasi dalaman: Thales Communication's Fibre Optical COmmunications Network (FOCON) atau EID' ICCS di mana para pengguna di atas kapal boleh mengakses saluran komunikasi dalaman dan/atau luar dan kawalan jauh bersepadu ke atas peralatan komunikasi
  • Komunikasi satelit: Siri Nera F
  • Sistem navigasi: Navigasi bersepadu Raytheon Anschutz
  • Integrated Platform Management System: Imtech UniMACs 3000 Integrated Bridge System[3]
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • ESM: Thales DR3000
  • ECM: Racal Scorpion 2L
  • Pengumpan: TERMA SKWS, pelancar pengumpan DLT-12T 130mm {sebelah kiri dan kanan kapal)
Persenjataan:
Kemudahan penerbangan: Pad pendaratan, pilihan hangar

Korvet kelas Sigma adalah sebuah kapal laut modular bersaiz korvet yang dibina oleh Belanda.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

KRI Sultan Iskandar Muda (SIM 367) semasa beraksi dalam Latihan CARAT bersama Pengawal Pantai A.S
  • Indonesia (TNI-AL) memiliki empat buah korvet SIGMA 9113 kelas Diponegoro dalam perkhidmatan aktif sejak tahun 2009. Pada bulan Ogos 2010, Indonesia menandatangani sebuah penjanjian untuk membina frigat kelas Martadinata berdasarkan SIGMA 10514 di Limbungan PT PAL di Surabaya, Indonesia. Satu kontrak kedua ditandatangani pada Februari 2013. Akhirnya, enam buah kapal akan dibina. Kapal pertama, KRI Raden Eddy Martadinata (331), telah ditauliahkan pada 7 April 2017 di Tanjung Priok. Kapal kedua, KRI I Gusti Ngurah Rai (332), telah dilancarkan pada September 2016.[4]
  • Maghribi telah memesan dua buah korvet berat kelas 9813 (dilengkapi dengan VLS) dan sebuah frigat ringan kelas 10513 berdasarkan sebuah rekabentuk yang telah diubahsuai.

Dalam pembinaan[sunting | sunting sumber]

  • Indonesia telah memesan dua buah Sigma kelas 10514. Kapal-kapal ini akan dibina oleh sebuah limbungan kapal Indonesia PT PAL dengan kapal pertama KRI 331 Raden Eddy Martadinata telah dibaringkan pada Januari 2014 dan setakat Januari 2016, kapal pertama hampir siap. Pada 18 Januari 2016, kapal ini dilancarkan dan dijadualkan untuk diserahkan kepada Tentera Laut Indonesia pada Januari 2017. Kapal kedua, KRI 332 I Gusti Ngurah Rai, masih berada dalam pembinaan oleh PT PAL dan modul-modul untuk kapal ini telah tiba di Surabaya pada Januari 2016.
  • Mexico telah memesan sebuah Sigma kelas 10514 LRP[5] berdasarkan rekabentuk kapal milik Indonesia dengan perbezaan sistem persenjataan dan peranan yang berbeza. Tentera Laut Mexico akan menggunakan korvet Sigma bagi tujuan rondaan jarak jauh. Lunas kapal telah dibaringkan pada 17 Ogos 2017, dan kapal ini dijangka akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2020. Pelancarannya dijangka pada tahun 2018. Kapal ini akan dibina dalam enam modul dengan dua modul akan dibina oleh Damen Schelde Naval Shipbuilding di Vlissingen, Belanda manakala selebihnya oleh limbungan kapal Tentera Laut Mexico di bawah seliaan Damen Schelde Naval Shipbuilding.
  • Romania telah memesan empat buah frigat ringan Sigma untuk jumlah 1.6 bilion euro. Kesemua kapal akan dibina oleh Damen Galati. Specifikasi model dan tarikh penghantaran tidak didedahkan.

Pengguna berpotensi[sunting | sunting sumber]

  • Poland Damen Schelde telah menghantar[6] kelas SIGMA PL 10514 dalam 2 kelainan untuk bersaing untuk membekalkan Tentera Laut Poland dengan pilihan untuk program Miecznik & Czapla mereka. Miecznik akan dijadikan sebuah kapal pertahanan pantai manakala Czapla sebagai sebuah kapal rondaan.

Bidaan yang gagal[sunting | sunting sumber]

Rajah menunjukan perbezaan bagi setiap model
  • Malaysia Damen Schelde menyertai persaingan untuk membekalkan enam buah kapal frigat kepada Tentera Laut Diraja Malaysia di bawah program Kapal Peronda Generasi Baru. Ia tewas kepada kelas Gowind yang ditawarkan oleh firma DCNS dari Perancis. Pesaing lain adalah MEKO A200.
  • Mesir Damen Schelde terlibat dalam persaingan untuk membekalkan empat buah kapal korvet Sigma (pilihan 2 buah kapal tambahan) untuk Tentera Laut Mesir. Korvet kelas Gowind dari Perancis telah memenangi bidaan ini. Pesaing lain adalah TKMS MEKO A200.[7]
  • Filipina Damen Schelde telah membeli dokumen bidaan tetapi tidak membuat sebarang tawaran.[8]
  • Emiriah Arab Bersatu Damen telah menghantar satu tawaran (berkemungkinan besar Sigma 9813 atau Sigma 9814) untuk korvet kelas Abu Dhabi. Ia kalah kepada sebuah korvet buatan Itali iaitu korvet kelas Comandanti.
  • Oman telah menunjukan minat untuk membeli empat buah frigat/korvet SIGMA pada bulan Mac 2011. Ratu Belanda Beatrix merancang lawatan negara ke Oman, salah satu alasan untuk lawatan ini adalah berkenaan penjualan kapal kepada Tentera Laut Diraja Oman. Lawatan rasmi kemudian dibatalkan di sebabkan rusuhan yang berlaku di Oman pada masa itu. Beliau kemudian menghadiri makan malam tidak rasmi bersama dengan Sultan Oman. Lawatan rasmi berlaku kemudian pada bulan Januari 2012. Semasa lawatan pertama ke Oman, Tentera Laut Diraja Belanda telah menghantar sebuah frigat pertahanan udara HNLMS De Ruyter ke Muscat. Pada April 2012, Omam mengumumkan firma ST Engineering dari Singapura telah memenangi tender untuk membekalkan kapal peronda kelas Al-Ofouq. Damen telah menawarkan kapal Sigma 7513.

Kelainan Sigma[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga jenis kapal penempur Sigma

  • Frigat Sigma
  • Korvet Sigma
  • Korvet serang laju Sigma

Perbandingan ringkas antara model-model Sigma seperti di bawah

Spesifikasi Compact Sigma 5910[9] Compact Sigma 7310 [10] Sigma 9113[11] Sigma 9813[12] Sigma 9814[13][14] Sigma 10513[15] Sigma 10514[16] Sigma 10514 LRP
Dipesan oleh - - Bendera tentera laut Indonesia Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut Bendera tentera laut Maghribi Tentera Laut Diraja Maghribi Bendera tentera laut Vietnam Tentera Laut Rakyat Vietnam (dibatalkan[17]) Bendera tentera laut Maghribi Tentera Laut Diraja Maghribi Bendera tentera laut Indonesia Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut Bendera tentera laut Mexico Tentera Laut Mexico
Jenis Korvet Serang Laju Korvet Serang Laju Korvet Frigat Frigat Frigat Frigat Frigat Rondaan
Dibina - - 4 2 0 1 2 1
Panjang 58.6 m 74.2 m 90.01 m 97.91 m 99.91 m 105.11 m 105.11 m 107.14 m
Beam 10.00 m 10.00 m 13.02 m 13.02 m 14.02 m 13.02 m 14.02 m 14.02 m
Draft 3.10 m 3.10 m 3.60 m 3.75 m 3.75 m 3.75 m 3.75 m 3.75 m
Sesaran 750 tan 900 tan 1,692 tan 2,075 tan 2,150 tan 2,335 tan 2,365 tan 2,575 tan
Jentera utama 3 x - 4x 3900  kW 2 x 8910 kW 2 x 8910 kW tbd 2 x 8910 kW 2 x 9240 kW Akan ditentukan
Laju (krus) 18 knot 18 knot 18 knot 18 knot Akan ditentukan 18 knot 18 knot Akan ditentukan
Laju (maks) 32 knot 34 knot 28 knot 28 knot Akan ditentukan 28 knot 28 knot 27 knot
Jangkauan 2,000  nm 2,000  nm 4,000 nm 4,000 nm Akan ditentukan 4,000 nm 5,000 nm Akan ditentukan
Penderia utama Thales Smart-S MK2 Thales NS-100 Thales MW08 Thales SMART-S MK2 Thales SMART-S MK2 Thales SMART-S MK2 Thales SMART-S MK2 Thales SMART-S MK2
Anak kapal 37 50 80 91 103 110 122 Akan ditentukan
Helikopter tiada tiada dek sahaja dek dan hangar (9 tan) dek dan hangar dek dan hangar (9 tan) dek dan hangar (10 tan) Akan ditentukan
Status - - Aktif Aktif Dibatalkan Aktif Aktif Sedang dibina

Terdapat beberapa rekabentuk Sigma baru yang dikeluarkan pada awal tahun 2015 dengan hanya sedikit maklumat yang diketahui. ia adalah :

Sigma 8313 / Sigma 8011 / Sigma 7613 / Sigma 6610

Model-model ini mungkin sebahagian daripada siri-siri Compact SIGMA, sebuah siri baru penempur bersaiz kecil dan jarak operasi yang lebih dekat serta misi selama dua minggu dengan menggunakan sistem tempur yang sama dengan model Sigma yang lebih besar.[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "RENK AG Press Release, September 2006, Diesel Propulsion Drives: When perfection arises from tradition". Renk.de. Dicapai 2016-01-19. 
  2. ^ "Thales to supply key systems for new corvettes Indonesian Navy worth 60m euro". Thales-nederland.nl. Dicapai 2016-01-19. 
  3. ^ "Imtech Naval Projects Reference List" (PDF). Marine.imtech.nl. Dicapai 2016-01-19. 
  4. ^ Rahmat, Ridzwan. "Indonesia commissions first Martadinata-class guided-missile frigate". www.janes.com. IHS Jane's 360. Dicapai 9 May 2017. 
  5. ^ http://www.pzc.nl/zeeuws-nieuws/mexicaanse-order-voor-damen-schelde~a366dfc5/
  6. ^ http://www.navyrecognition.com/index.php?option=com_content&view=article&id=4104
  7. ^ "Egyptian Navy would be about to order 4 to 6 Gowind Combat Corvettes from DCNS". Navyrecognition.com. Dicapai 2016-01-19. 
  8. ^ "Defense Studies". Defense-studies.blogspot.com. Dicapai 2016-01-19. 
  9. ^ [1] Diarkibkan March 18, 2015, di Wayback Machine.
  10. ^ [2] Diarkibkan March 18, 2015, di Wayback Machine.
  11. ^ [3] Diarkibkan September 11, 2014, di Wayback Machine.
  12. ^ "SIGMA 9813 Sultan Moulay Ismail Allal Ben Abdellah Morocco Royal Moroccan Navy البحرية الملكية Frégates Multi-Missions Marocaines FMMM DSNS DAMEN Schelde Naval Shipbuilding datasheet pictures photos video specifications". Navyrecognition.com. Dicapai 2016-01-19. 
  13. ^ "Vietnam Navy selects MBDA Exocet and VL Mica missiles for its Sigma 9814 Corvettes". Navyrecognition.com. November 4, 2013. Dicapai 2016-01-19. 
  14. ^ "Design of future Damen SIGMA 9814 Corvettes for Vietnamese Navy revealed". Navyrecognition.com. March 1, 2014. Dicapai 2016-01-19. 
  15. ^ "SIGMA 10513 Tarik Ben Ziad Frigate طارق بن زياد Morocco Royal Moroccan Navy البحرية الملكية Frégates Multi-Missions Marocaines FMMM DSNS DAMEN Schelde Naval Shipbuilding datasheet pictures photos video specifications". Navyrecognition.com. Dicapai 2016-01-19. 
  16. ^ "SIGMA 10514 PKR Frigate Indonesia Indonesian Navy TNI AL Perusak Kawal Rudal PT PAL DSNS DAMEN Schelde Naval Shipbuilding KRI datasheet pictures photos video specifications". Navyrecognition.com. Dicapai 2016-01-19. 
  17. ^ "Vietnam's Quest for a Greenwater Navy". thediplomat.com. Dicapai 2016-03-18. 
  18. ^ "DAMEN introduced the new "Compact SIGMA" line of corvettes during DSEI 2013". Navyrecognition.com. Dicapai 2016-01-19. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ship classes of the Royal Moroccan Navy