Kota Alam Shah (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Alam Shah
Kawasan pilihan raya  Selangor
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Selangor
Kawasan pilihan raya diwujudkan2003
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2018
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2013

Kota Alam Shah ialah bekas kawasan pilihan raya negeri yang telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 2004 sehingga 2018.

Kawasan pilihan raya ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 2003 dan ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Kota Alam Shah untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Sentosa. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 13 daerah mengundi iaitu Teluk Pulai Utara, Kampung Attap, Jalan Tengku Kelana, Bukit Istana, Simpang Tujuh, Taman Gembira 1, Taman Gembira 2, Taman Selatan 1, Taman Selatan 2, Teluk Gadung Besar, Yaman Chi Liung, Teluk Pulai Selatan dan Taman Bayu Perdana. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian, jadual di bawah ialah senarai nama pusat pengundian.[3]

Daerah Mengundi dan Tempat Mengundi di DUN Kota Alam Shah pada tahun 2016.
Daerah Mengundi Pusat/Tempat Mengundi
Teluk Pulai Utara Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Methodist Jalan Raya Barat
Kampung Attap Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Klang
Bukit Istana Sekolah Kebangsaan Klang Jalan Dato Hamzah
Jalan Tengku Kelana Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Klang
Taman Gembira 1 Sekolah Kebangsaan Taman Gembira
Simpang Tujuh Sekolah Menengah Hin Hua (Cina: 兴华中学)
Taman Selatan 1 Sekolah Kebangsaan (1) Simpang Lima
Sekolah Kebangsaan (2) Simpang Lima
Taman Chi Luing Sekolah Rendah Agama Taman Sri Andalas
Teluk Gadung Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah Persiaran Raja Muda Musa
Teluk Pulai Selatan Sekolah Menengah Kebangsaan (ACS) Jalan Raya Barat
Taman Selatan 2 Sekolah Khas Klang
Taman Bayu Perdana Sekolah Menengah Teknik Klang
Taman Gembira 2 Sekolah Agama Rakyat (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi) Nurul-Ain Jalan Zamrud
Sumber: Jabatan Peguam Negara Malaysia.[3]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Kota Alam Shah
Penggal Kod DUN Semasa Tahun Ahli Parti
Kawasan DUN diciptakan dari Kota Raja
ke-11 N48 2004-2008 Ching Shu Chen Barisan Nasional (BN-Gerakan)
ke-12 N48 2008-2013 Manoharan A/L Malayalam Pakatan Rakyat (PR-DAP)
ke-13 N48 2013-2018 V. Ganabatirau
Kawasan DUN dipinda, dengan nama baharu Sentosa.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Kota Alam Shah setakat 2013

  Melayu (17.1%)
  Cina (58.1%)
  India (23.3%)
  Etnik lain (1.6%)

Menurut pilihan raya negeri Selangor 2013, sebanyak 29,507 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Cina dengan peratusan sebanyak 58.1, kemudian diikuti oleh etnik India (23.3), Melayu (17.1%), dan paling sedikit ialah lain-lain (1.6%).[4]

Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Kota Alam Shah
Pilihan raya negeri Kod DUN semasa Etnik pengundi (dalam peratus) Jumlah pengundi
Melayu Cina India Lain-lain
Pilihan raya negeri Selangor 2013.[5] N48 17.1 58.1 23.3 1.6 29,507
Pilihan raya negeri Selangor 2008.[4] N48 17.1 58.1 23.3 1.6 24,168
Pilihan raya negeri Selangor 2004.[6] N48 N/A 22,996

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2013
Parti Calon Undian % ∆%
DAP Ganabatirau Veraman 18,971 76.37 6.65
BN Maglin Dennis D'Cruz 5,602 22.55 7.73
Bebas Loo Hok Chai 186 0.75 0.75
Bebas Pannerselvam G. Letchumanan 82 0.33 0.33
Jumlah undian sah 24,841 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 386
Kertas undi tidak dikembalikan 39
Keluar mengundi 25,266 85.63
Pemilih berdaftar 29,507
Majoriti 13,369
DAP kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Selangor 2008
Parti Calon Undian % ∆%
DAP Manoharan Malayalam 12,699 69.72 28.36
BN Ching Su Chen 5,515 30.28 28.36
Jumlah undian sah 18,214 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 211
Kertas undi tidak dikembalikan 46
Keluar mengundi 18,471 76.43
Pemilih berdaftar 24,168
Majoriti 7,184
DAP ambil alih dari BN Unjuran ?
Pilihan raya negeri Selangor 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Ching Su Chen 9,309 58.64 -
DAP Thye Kim Kiong 6,566 41.36 -
Jumlah undian sah 15,875 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 248
Kertas undi tidak dikembalikan 50
Keluar mengundi 16,173 70.11
Pemilih berdaftar 23,068
Majoriti 2,743
Ini ialah kawasan pilihan raya yang baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bakar, Adam Abu (2018-03-29). "18 kerusi Parlimen di Selangor berubah selepas persempadanan". Free Malaysia Today (FMT). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-18. Dicapai pada 2021-02-16.
  2. ^ Rohaniza Idris (Mac 28, 2018). "Cadang pinda nama 41 Parlimen, DUN". Berita Harian. New Straits Times Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 2 September 2021.
  3. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. m/s. 155. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ a b c d "Maklumat Calon dan Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13: Selangor". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-27. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  5. ^ "2013年第13届马来西亚大选-地图查询" (dalam bahasa Cina Malaysia). Sin Chew Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-31. Dicapai pada 7 Januari 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya 2004: Selangor". Utusan Malaysia. 23 Mac 2004. m/s. 8.
  7. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Notis Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dewan Negeri bagi Negeri Selangor [P.U. (B) 192/2013]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 26 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2019. Dicapai pada 2016-05-21.
  8. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Selangor [P.U. (B) 233/2013]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 22 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 October 2018. Dicapai pada 2016-05-21.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021.
  10. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  11. ^ a b "Keputusan Penuh Pilihan Raya Selangor". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-29. Dicapai pada 2 September 2021.
  12. ^ "General Election 2008 Results: Selangor". The Star Online. The Star Malaysia. Mac 8, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-15. Dicapai pada 2 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]