V. Ganabatirau
Yang Berhormat Tuan Ganabatirau Veraman | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Klang, Selangor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Charles Anthony Santiago |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Kota Kemuning | |
Memegang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Kawasan pilihan raya | N50 Kota Kemuning, Selangor |
Butiran peribadi | |
Lahir | Teluk Intan, Perak, Malaysia | 6 Jun 1973
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Socio Ekonomi, dan Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang |
YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman (lahir 6 Jun 1973) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi kerusi N50 Kota Kemuning dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang sejak kemenangan beliau di Pilihan raya umum Malaysia 2018.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau juga bekas tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, di Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia. Beliau menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Begeri Malaysia (ISA) setelah terlibat dalam perhimpunan tanpa permit yang dianjurkan oleh Hindraf di depan kuil Batu Caves dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 November 2007. Beliau merupakan peguam bagi ahli-ahli Hindraf yang ditangkap oleh polis Malaysia. Hindraf memperjuangkan nasib kaum India yang daif dan miskin di ladang-ladang di Malaysia. Beliau dibebaskan pada hari Ahad, 5 April 2009 selepas oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 13 tahanan ISA yang lain turut dibebaskan.[2]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia ke-14
- Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut negeri
- Kota Kemuning
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://dewan.selangor.gov.my/adun/profile/77
- ^ "13 tahanan ISA dibebaskan esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-05. Dicapai pada 2009-04-05.