Tuak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lihing)
Jump to navigation Jump to search
Tuak
COLLECTIE TROPENMUSEUM Een palmwijnverkoper en een inheemse soldaat TMnr 3728-732.jpg
Litografi pedagang keliling tuak nira dan prajurit pribumi di Hindia Belanda (kini Indonesia) karya Auguste van Pers (1854).
JenisMinuman beralkohol
Negara asalNusantara (merangkumi Malaysia dan Indonesia)

Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau "bumiputera" kawasan Nusantara dari Pantai Timur Malaysia sampailah ke Indonesia. Ia pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.

Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.

Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

Jenis tuak[sunting | sunting sumber]

Tuak beras[sunting | sunting sumber]

Tuak beras lazim minuman masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan Kalimantan sejak masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Beras tersebut akan direndam bersama air dalam suatu tempayan. Proses "tajau" ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "nasi tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis.

Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.

Tuak nipah/nira/kelapa[sunting | sunting sumber]

Tuak nipah, tuak nira atau tuak kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang pohon kelapa, enau atau nipah. Mayang ini akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.

Biasanya tuak jenis ini akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti pesta atau majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.