Logam peralihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Logam peralihan ditakrifkan secara tradisi sebagai semua unsur kimia pada blok-d pada jadual berkala, termasuk zink (Zn), kadmium (Cd), dan merkuri (Hg). Ini bermaksud logam peralihan merangkumi kumpulan 3 hingga 12 dalam jadual berkala. IUPAC kemudian mentaktrifkan logam peralihan sebagai semua unsur yang mempunyai orbit elektron d yang tidak lengkap atau yang hanya dapat membentuk ion stabil dengan orbit d yang tidak lengkap. Berdasarkan takrifan ini, ketiga-tiga unsur di atas (Zn, Cd, dan Hg) tidak termasuk ke dalam logam transisi.

Berdasarkan takrifan tradisional, terdapat 40 unsur yang termasuk logam peralihan dengan nombor atom 21 hingga 30, 39 hingga 48, 71 hingga 80, dan 103 hingga 112. Nama "peralihan" diperoleh berdasarkan kedudukan unsur-unsur tersebut dalam jadual berkala unsur.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.