Lantanid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Unsur-unsur lantanid
3
6 57
La
58
Ce
59
Pr
60
Nd
61
Pm
62
Sm
63
Eu
64
Gd
65
Tb
66
Dy
67
Ho
68
Er
69
Tm
70
Yb
71
Lu
Unsur dengan nombor berwarna merah ialah unsur beradioaktif.

Lantanid atau lantanoid adalah siri unsur kimia yang terdiri dari 15 unsur, bermula dari lantanum (La) hingga lutetium (Lu) pada jadual berkala, dengan nombor atom 57 hingga 71. Unsur kumpulan lantanid boleh ditulis dengan simbol Ln.

Semua lantanid, kecuali lutetium, adalah unsur blok-f yang menunjukkan bahawa elektronnya diisi hingga ke orbit 4f. Unsur-unsur lantanid juga membentuk ion trivalen, Ln3+. Golongan ini diberi nama berdasarkan lantanum yang memulakan siri ini.

Semua lantanid bersama dengan skandium serta itrium membentuk kumpulan unsur nadir bumi. Semua unsur merupakan unsur purba kecuali prometium yang wujud daripada pereputan radioaktif.

Sifat fizikal[sunting | sunting sumber]

Sifat-sifat umum logam lantanid adalah seperti di jadual di bawah:

Sifat-sifat umum unsur-unsur lantanid[1]
Ciri La Ce Pr Nd Pm Sm Eu Gd Tb Dy Ho Er Tm Yb Lu
Jisim atom, u 138.9 140.1 140.9 144.2 145.0 150.4 152.0 157.2 158.9 162.5 164.9 167.3 168.9 173.0 175.0
Ketumpatan, kg m-3 6174 6711 6799 7000 7220 7536 5248 7870 8276 8531 8797 9044 9325 6966 9842
Takat lebur, K 1194 1072 1204 1294 1441 1350 1095 1586 1629 1685 1747 1802 1818 1097 1936
Takat didih, K 3750 3699 3785 3341 3000 2064 1870 3589 3396 2835 2968 3136 2229 1466 3688

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Atom unsur lantanid memiliki tiga elektron valens, dua di orbital 6s dan satu di orbital 5d. Apabila merentasi siri lantanid, elektron-elektron memenuhi tujuh orbital 4f, dari lantanum (tiada elektron) ke lutetium yang mempunyai 14 elektron yang memenuhi kesemua orbital 4f.[2]

Kewujudan[sunting | sunting sumber]

Mineral-mineral lantanid di bawah merupakan jenis mineral lantanid umum beserta contoh mineral.[2]

  • Fosfat: Monazit, xenotim dan apatit
  • Silikat: Alanit, titanit dan zirkon
  • Niobontantalat: Piroklor, samarskit dan fergusonit.
  • Karbonat: Parisit dan bastnasit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ de Podesta, Michael. Understanding the Properties of Matter (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Taylor and Francis. ISBN 0-415-25788-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 2019-07-21.
  2. ^ a b Bea, Fernando. "Geochemistry of the Lanthanide Elements" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.