Magi: The Labyrinth of Magic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Magi: The Labyrinth of Magic
マギ
(Magi)
Genre
Manga
PengarangShinobu Ohtaka
PenerbitShogakukan
Penerbit Lain
Madman Entertainment
Shogakukan Asia
DemografikShōnen
PencetakanShōnen Sunday Comics
Majalah AsalShōnen Ahad Mingguan
Tarikh Pengeluaran3 Jun 200911 Oktober 2017
Jilid37
Siri televisyen anime
Magi: The Labyrinth of Magic
PengarahKōji Masunari
Penerbit
  • Hiroo Maruyama
  • Tomoyuki Saitō
  • Tomonori Ochikoshi
  • Hiroyuki Shimizu
  • Shunsuke Saitō
Skrip/PenulisHiroyuki Yoshino
Lagu/MuzikShirō Sagisu
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Kazé UK
Penyiaran AsalJNN (MBS)
Penyiaran bahasa Inggeris
Neon Alley
Tarikh tayangan7 Oktober 201231 Mac 2013
Episod25
Siri televisyen anime
Magi: The Kingdom of Magic
PengarahKōji Masunari
Penerbit
  • Hiroo Maruyama
  • Tomoyuki Saitō
  • Tomonori Ochikoshi
  • Hiroyuki Shimizu
  • Shunsuke Saitō
  • Toshihiro Maeda
Skrip/PenulisHiroyuki Yoshino
Lagu/MuzikShirō Sagisu
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Madman Entertainment
Aniplex of America
Kazé UK
Penyiaran AsalJNN (MBS)
Penyiaran bahasa Inggeris
Neon Alley
Tarikh tayangan6 Oktober 201330 Mac 2014
Episod25
Terbitan turunan
  • Magi: Adventure of Sinbad (2013–2018)
Portal Anime dan Manga

Magi: The Labyrinth of Magic (Jepun: マギ, Hepburn: Magi) merupakan siri manga pengembaraan fantasi Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Shinobu Ohtaka. Ia telah diterbitkan secara bersiri oleh Shogakukan di dalam majalah manga shōnen iaitu Shōnen Ahad Mingguan bermula Jun 2009 sehingga Oktober 2017, dengan bab-babnya dikumpul dan diterbitkan kepada 37 jilid tankōbon. Manga ini dilesenkan untuk pasaran bahasa Inggeris di Amerika Utara oleh Viz Media.

Sebuah adaptasi televisyen anime bertajuk Magi: The Labyrinth of Magic oleh A-1 Pictures telah disiarkan di Jepun bermula Oktober 2012 sehingga Mac 2013, diikuti dengan musim kedua yang bertajuk Magi: The Kingdom of Magic, disiarkan bermula pada Oktober 2013 sehingga Mac 2014. Siri anime ini dilesenkan di Amerika Utara oleh Aniplex of America. Ia juga turun dilesenkan oleh Kazé di United Kingdom dan oleh Madman Entertainment di Australia.

Sebuah siri ranting (spin-off), bertajuk Magi: Adventure of Sinbad, ditulis oleh Ohtaka dan diilustrasi oleh Yoshifumi Ohtera, telah diterbitkan secara bersiri di Shōnen Ahad Mingguan bermula Mei hingga Jun 2013, dan kemudiannya di laman web Shogakukan Ura Sunday bermula September 2013 sehingga April 2018.

Pada tahun 2014, Magi: The Labyrinth of Magic menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-59 untuk kategori shōnen. Sehingga April 2018, manga ini mempunyai lebih 25 juta salinan dalam peredaran.

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Magi: The Labyrinth of Magic ditulis dan diilustrasi oleh Shinobu Ohtaka. Ia telah diterbitkan secara bersiri di majalah milik Shogakukan iaitu majalah Shōnen Ahad Mingguan dari 3 Jun 2009 sehingga 11 Oktober 2017.[3][4] Shogakukan telah mengumpulkan bab-babnya dalam tiga puluh tujuh jilid tankōbon, dikeluarkan dari 18 Disember 2009 sehingga 17 November 2017.[5][6]

Di Amerika Utara, Viz Media telah mengumumkan lesen bahasa Inggeris untuk manga tersebut pada Februari 2013.[7] Tiga puluh tujuh jilid tankōbon siri ini telah diterbitkan dari 13 Ogos 2013 sehingga 13 Ogos 2019.[8][9]

Sebuah siri ranting, bertajuk Magi: Adventure of Sinbad, ditulis oleh Ohtaka dan diilustrasi oleh Yoshifumi Ohtera, telah dikeluarkan sebagai bahan tambahan dengan jilid pertama siri anime ini.[10] Ia kemudian telah dikembangkan kepada siri biasa, yang telah diterbitkan secara bersiri di Shōnen Ahad Mingguan dari 18 Mei sehingga 26 Jun 2013,[11][12] dan kemudiannya dipindahkan ke laman webkomik Shogakukan, Ura Sunday (juga tersedia kemudiannya di aplikasi MangaONE),[13] diterbitkan bermula 18 September 2013 sehingga 25 April 2018.[14][15]

Anime[sunting | sunting sumber]

Semasa acara Pameran Hobi Dunia Jisedai '12 Musim Panas oleh Shogakukan, sebuah adaptasi televisyen anime telah diumumkan di laman web rasmi acara tersebut.[16] Siri anime itu, dihasilkan oleh A-1 Pictures, disiarkan di MBS/TBS pada slot masa 5:00 petang dari 7 Oktober 2012 sehingga 31 Mac 2013.[17][18] Untuk 12 episod pertama, lagu tema pembukaan adalah "V.I.P." oleh SID dan lagu tema penutup adalah "Yubi Bōenkyō" oleh Nogizaka46.[19] Bermula episod 13 ke atas, lagu pembukaan adalah "Matataku Hoshi no Shita de" oleh Porno Graffitti dan lagu penutup merupakan "The Bravery" oleh Supercell.[20][21]

Sejurus berakhirnya musim pertama, musim kedua bertajuk Magi: The Kingdom of Magic telah diumumkan.[22][23] Siri ini disiarkan, di slot masa yang sama dengan musim pertama, dari 6 Oktober 2013 hingga 30 Mac 2014.[24][25] Untuk 13 episod pertama, lagu tema pembukaan adalah "Anniversary" oleh SID dan lagu tema penutup adalah "Eden" oleh Aqua Timez,[26] manakala bermula episod 14, lagu tema pembukaan adalah "Hikari" oleh ViViD dan lagu tema penutup adalah "With You/With Me" oleh 9nine.[27]

Siri ini memulakan debutnya di Amerika Utara pada 10 Oktober 2012 di Crunchyroll dan Hulu,[28] Aniplex of America melesenkan siri ini dan alih suara bahasa Inggerisnya telah distrim di servis Neon Alley kepunyaan Viz Media.[29][30] Pada Disember 2019, Funimation menambahkan siri ini dalam perkhidmatan penstrimannya.[31] Ia juga telah dilesenkan oleh Viz Media Europe di Eropah,[32] Kazé di United Kingdom[33][34] (diedarkan oleh Manga Entertainment),[35][36] dan oleh Madman Entertainment di Australia.[37]

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Magi: Hajimari no Meikyū (マギ はじまりの迷宮 Magi: The First Dungeon) merupakan sebuah permainan video diadaptasi dari Magi dikeluarkan untuk platform Nintendo 3DS. Permainan ini dihasilkan oleh Bandai Namco Games dan telah dikeluarkan di Jepun pada 21 Februari 2013.[38] Permainan ini telah mendapat sebuah kemaskini dengan lebih banyak watak yang boleh dimainkan, dungeon baru dan lebih banyak cerita.[39] Permainan kedua bertajuk Magi: Aratanaru no Sekai (マギ 新たなる世界, Magi: A Whole New World) untuk 3DS, telah diumumkan pada September 2013.[39] Permainan ini telah dikeluarkan pada 13 Februari 2014.[40][41][42]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Empat bulan selepas pengumuman adaptasi anime siri ini pada Jun 2012, edaran cetakan manga meningkat dari 3 juta salinan untuk 12 jilid pertama menjadi lebih daripada 6.5 juta salinan untuk 14 jilid pertama pada bulan Oktober tahun yang sama.[43] Setakat Oktober 2013, manga ini mempunyai lebih 13 juta salinan dalam peredaran.[44] Nombor itu meningkat ke lebih 18 juta salinan dalam peredaran setakat Mei 2015,[45] dan lebih 23 juta salinan dalam peredaran setakat April 2016.[46] Setakat April 2018, manga ini mempunyai lebih 25 juta salinan dalam peredaran.[47] Di Jepun, Magi: The Labyrinth of Magic merupakan siri manga ke-9 terlaris untuk tahun 2012;[48] ke-4 untuk tahun 2013;[49] ke-8 untuk tahun 2014;[50] ke-20 untuk tahun 2015[51] dan 2016;[52] dan ke-10 untuk tahun 2017, tahun bersiri terakhirnya.[53]

Siri ini berada di kedudukan ke-16 dalam senarai manga terbaik 2013 untuk pembaca lelaki Kono Manga ga Sugoi! oleh Takarajimasha.[54] Siri ini memenangi anugerah manga shōnen terbaik di Anugerah Manga Shogakukan ke-59 pada tahun 2014.[55] Pada undian Manga Sōsenkyo 2021 oleh TV Asahi, di mana 150,000 orang telah mengundi untuk 100 siri manga teratas mereka, Magi: The Labyrinth of Magic menduduki tangga ke-75.[56]

Dalam ulasannya mengenai jilid pertama manga, L.B Bryant menyatakan "ia bukan hanya judul shōnen tetapi juga judul shōnen yang BAIK" dan mengesyorkannya.[57] Rebecca Silverman dari Anime News Network meletakkan jilid pertama sebagai pangkat B. Dia mengkritik bagaimana fan service ditangani dan menunjukkan bahawa cerita itu terasa lebih seperti ke arah permainan berperanan daripada manga, dan seolah-olah Ohtaka tidak pasti dengan arah cerita. Dia membandingkan Aladdin kepada protagonis One Piece Monkey D. Luffy dan memberi komen bahawa seni Ohtaka bertambah baik sejak siri terakhirnya Sumomomo Momomo. Silverman memberi kesimpulan, "secara keseluruhan mereka yang mencari kisah pengembaraan kuno yang baik tentang beberapa anak-anak yang suka bermain (dengan bonus buruan djinn!) yang sedang mengejar impian mereka harus memberikan ini peluang. Ia tidak sempurna, tetapi ia akan memberikan masa yang baik".[58] Leroy Douresseaux dari Comic Book Bin turut memberikan jilid pertama pangkat B, dan membandingkan gaya seni Ohtaka dengan Itsuwaribito oleh Yuuki Iinuma. Dia menggambarkan Magi sebagai "berterus-terang, pengembaraan yang menarik untuk dibaca, sebahagian Prince of Persia dan sebahagian Raiders of the Lost Ark".[59] Kelly Quinn dari The B&N Sci-Fi and Fantasy Blog memasukkan siri ini dalam senarai beliau "7 Manga Shonen yang Kuat oleh Penulis-Penulis Wanita".[60]

IGN menyenaraikan Magi: The Labyrinth of Magic antara siri anime terbaik pada dekad 2010-an dan menambah bahawa ia "tontonan yang menyeronokkan dan mempunyai jumlah aksi yang mengejutkan kepada mereka yang meminati shōnen".[61]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Magi Manga & Anime" (dalam bahasa Inggeris). Viz Media. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  2. ^ Jensen, Paul (3 Julai 2017). "Magi: The Labyrinth of Magic - Shelf Life". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2020.
  3. ^ Loo, Egan (27 Mei 2009). "Sumomomo's Ohtaka Launches Magi in Shōnen Sunday Mag". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Februari 2012.
  4. ^ 「マギ」今号のサンデーで完結、次号「MAJOR 2nd」重大発表. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 11 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Jun 2018.

    『マギ』、「少年サンデー」46号にて最終回!!8年間の大冒険に幕! (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. 11 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.

  5. ^ マギ 1 [Magi 1] (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2012. Dicapai pada 3 Februari 2012.
  6. ^ マギ / 37 [Magi 37] (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2020. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  7. ^ Hodgkins, Crystalyn (14 Februari 2013). "Viz Media Adds Shinobu Ohtaka's Magi Fantasy Adventure Manga". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2019.
  8. ^ "Magi: The Labyrinth of Magic, Vol. 1". Viz Media. Dicapai pada 14 Mei 2019.
  9. ^ "Magi: The Labyrinth of Magic, Vol. 37". Viz Media. Dicapai pada 14 Mei 2019.
  10. ^ Loveridge, Lynzee (20 Oktober 2012). "Magi's 1st Blu-ray to Bundle Exclusive Sinbad Manga". Anime News Network. Dicapai pada 18 November 2018.
  11. ^ Loo, Egan (31 Mac 2013). "Magi's Sinbad Side Story Manga Becomes a Full Series". Anime News Network. Dicapai pada 18 November 2018.
  12. ^ 「銀の匙」アニメポスターがサンデーに、マギ外伝は移籍. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 26 Jun 2018. Dicapai pada 18 November 2018.
  13. ^ 小学館のマンガアプリにiOS版登場!ウシジマくん、神のみなど1000話以上. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 27 Januari 2015. Dicapai pada 4 Januari 2021.
  14. ^ 「マギ」外伝、WEBマンガサイトの裏サンデーにて連載再開. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 17 September 2013. Dicapai pada 18 November 2018.
  15. ^ Pineda, Rafael Antonio (25 April 2018). "Magi: Adventure of Sinbad Spinoff Manga Ends". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mei 2018.
  16. ^ "Shinobu Ohtaka's Magi Fantasy Adventure Manga Gets TV Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2012. Dicapai pada 6 Oktober 2012.
  17. ^ Loo, Egan (12 September 2012). "Magi - The Labyrinth of Magic's 4th Promo Streamed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2021.
  18. ^ マギ The labyrinth of magic (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada February 7, 2021. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  19. ^ Loo, Egan (10 September 2012). "AKB48's 'Rival' Idol Group Nogizaka46 Sings Magi Ending". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2019.
  20. ^ Loo, Egan (7 Disember 2012). "Rock Band Porno Graffitti Performs Opening for Magi Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  21. ^ Loveridge, Lynzee (23 Disember 2012). "Supercell Contributes Magi Anime's New Ending Theme". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  22. ^ Loo, Egan (2013-03-31). "Magi Anime Gets Sequel This Fall". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris).
  23. ^ Nelkin, Sarah (4 Ogos 2013). "Magi Anime's October Sequel Previewed in 1st Promo Video". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2019.
  24. ^ Loo, Egan (8 Julai 2013). "Magi Sequel to Premiere in October on Sundays at 5 P.M." Anime News Network (dalam bahasa Inggeris).
  25. ^ マギ The kingdom of magic (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2021. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  26. ^ Loo, Egan (8 September 2013). "SID, Aqua Timez Perform 2nd Magi Season's Theme Songs". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  27. ^ Bolanos, Reina (21 Disember 2013). "ViViD, 9nine to Perform New Magi: Kingdom of Magic Theme Songs". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  28. ^ "Crunchyroll to Stream Magi Fantasy Adventure Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 3 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2012.
  29. ^ Hodgkins, Crystalyn (4 Julai 2013). "Viz's Neon Alley to Stream Magi Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2019.
  30. ^ "Aniplex USA Adds Sword Art Online, Blast of Tempest, Magi Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 2012-10-12.
  31. ^ Mateo, Alex (16 Disember 2019). "Funimation Adds Magi: The Labyrinth of Magic, Magi: The Kingdom of Magic Anime to Catalog". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2019.
  32. ^ "Viz Europe Licenses Magi Anime in Europe". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 2012-10-25.
  33. ^ "Magi: The Labyrinth of Magic Volume 1". Anime UK News. 28 Februari 2014. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  34. ^ "Magi: The Kingdom of Magic Volume 1". Anime UK News. 7 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  35. ^ Osmond, Andrew (28 November 2013). "Manga Entertainment to Release Magi on Blu-ray and DVD in February (Update)". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 January 2020.
  36. ^ Osmond, Andrew (20 Disember 2015). "Chaika - The Coffin Princess, Samurai Flamenco, Magi Released Monday". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2020.
  37. ^ "Madman Entertainment Loads Up On New Anime Acquisitions". Madman Entertainment (dalam bahasa Inggeris). 12 November 2012.
  38. ^ Loo, Egan (3 Disember 2012). "Magi - The Labyrinth of Magic 3DS RPG's 1st Ad Streamed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2019.
  39. ^ a b Nelkin, Sarah (24 September 2013). "Magi: Aratanaru Sekai 3DS Game's Promo Streamed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2019.
  40. ^ "Second "Magi" Game Hits 3DS in Japan on February 13". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). 13 Januari 2014. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  41. ^ Nelkin, Sarah (20 Januari 2014). "Magi: Aratanaru Sekai 3DS Game Previewed in Promo". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2019.
  42. ^ "Namco Bandai Showcases First 'Magi: Aratanaru Sekai' 3DS Game Promo". The Fandom Post (dalam bahasa Inggeris). 20 Januari 2014. Dicapai pada 20 Januari 2020.
  43. ^ Hodgkins, Crystalyn (16 Oktober 2012). "Magi Manga Print Circulation Doubles in 4 Months After Anime Announcement". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2019.
  44. ^ Loveridge, Lynzee (18 Oktober 2013). "Magi Manga Has 13 Million Copies in Circulation". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Disember 2019.
  45. ^ Pineda, Rafael Antonio (14 Mei 2015). "Magi Manga Has 18 Million+ Copies in Print". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Disember 2019.
  46. ^ "Shinobu Otaka's "Magi: The Labyrinth of Magic" Manga Ends Its Eight-Year Serialization Today". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). 11 Oktober 2017. Dicapai pada 5 April 2019.
  47. ^ オリエント:「マギ」作者が「マガジン」で新連載 5月30日スタート. Mantan Web (dalam bahasa Jepun). 4 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2020. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  48. ^ "10 Top-Selling Manga in Japan by Series: 2012". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 3 Disember 2012. Dicapai pada 2018-05-31.
  49. ^ "Top Selling Manga in Japan By Series: 2013". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 1 Disember 2013. Dicapai pada 7 November 2014.
  50. ^ "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2014". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 1 Disember 2014. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  51. ^ "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2015". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2015. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  52. ^ "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2016". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 1 Disember 2016. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  53. ^ "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2017". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 31 Mei 2018. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  54. ^ Loveridge, Lynzee (10 Disember 2012). "Top Manga Ranked by Kono Manga ga Sugoi 2013 Voters". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2021.
  55. ^ Hodgkins, Crystalyn (21 Januari 2014). "Magi, Kano-Uso, Zekkyō Gakkyū Win Shogakukan Manga Awards". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2014.
  56. ^ テレビ朝日『国民15万人がガチで投票!漫画総選挙』ランキング結果まとめ! 栄えある1位に輝く漫画は!?. animate Times (dalam bahasa Jepun). Animate. 3 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-03. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  57. ^ "Review: 'Magi' Vol. 1 TP (manga)" (dalam bahasa Inggeris). ICv2. 27 Ogos 2013. Dicapai pada 4 September 2013.
  58. ^ Silverman, Rebecca (10 Ogos 2013). "Magi: The Labyrinth of Magic GN 1 - Review". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2020.
  59. ^ Douresseaux, Leroy (11 Ogos 2013). "Magi: The Magic of the Labyrinth Volume 1 manga review". Comic Book Bin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Januari 2020.
  60. ^ Quinn, Kelly (21 June 2017). "7 Butt-Kicking Shonen Manga by Women Writers" (dalam bahasa Inggeris). Barnes & Noble. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
  61. ^ "The Best Anime of the Decade (2010 - 2019)". IGN (dalam bahasa Inggeris). 1 Januari 2020. Dicapai pada 4 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]