Majlis Gerakan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majlis Gerakan Negara
Jata negara Malaysia
Jata negara Malaysia
KependekanMAGERAN
PenggantiMajlis Keselamatan Negara (MKN)
Ditubuhkan16 Mei 1969 (1969-05-16)
Dibubarkan23 Februari 1971; 50 tahun yang lalu (1971-02-23)
TujuanMengambil alih secara sementara urusan pentadbiran kerajaan Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur
ProdukRukun Negara
Orang penting
Organisasi utama
Kerajaan Malaysia
 

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung. Perisytiharan Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149. MAGERAN diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. MAGERAN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.[1] Semasa pentadbirannya, MAGERAN telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. MAGERAN dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL" (PDF). 12 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Mei 2005. Dicapai pada 21 Mei 2021.