Rukun Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rukun Negara Jawi: روکون نݢارا ialah sebuah ideologi yang telah menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman di dalam negara.

Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan==Teks Rukun Negara==

Bahasa Melayu Terjemahan Bahasa Inggeris

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak[1]:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
  • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai-bagai corak, dan
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

WHEREAS OUR COUNTRY, MALAYSIA nurtures the ambitions of:

  • Achieving a more perfect unity amongst the whole of the society;
  • Preserving a democratic way of life;
  • Creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
  • Guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
  • Building a progressive society that will make use of science and modern technology.

WE, residents of Malaysia, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:

  1. BELIEVE IN GOD
  2. LOYALTY TO KING AND COUNTRY
  3. SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
  4. THE RULE OF LAW
  5. COURTESY AND MORALITY

Kepercayaan Kepada Tuhan[sunting | sunting sumber]

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan yang maha berkuasa yang menciptakan seluruh alam semesta. Melalui kepercayaan didalam beragama kepada yang betul akan berupaya atau mampu menjadikan sesebuah bangsa manusia berjaya dan maju bagi meneruskan lagi usaha untuk memajukan negara ini sebagai sebuah negara mempunyai satu bangsa yang benar-benar maju serta berpegang teguh kepada prinsip kepercayaan kepada kekuasaan-nya tuhan yang maha menguasai alamnya dan juga sebuah tanah negara yang berdaulat dari segi peruntukan undang-undangnya yang mengamalkan sistem undang-undang yang berpelembagaan persekutuan bagi menuruti langkah serta mengikuti sistem yang berpandukan sebuah takrifan yang sudah ditakrifkan sebagai yang mengikuti leraian peruntukan peraturan dasar yang sudah digubal bersama-sama rang undang-undang Perlembagaan Persekutuan dari dasar sesebuah negara yang mempunyai pelbagai jabatan kerajaan serta lembaga institusi Diraja yang mempunyai institusi Dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai raja pelembagaan dari yang berperlembagaan yang dinaunggi dipayunggi payung yang maha perlindung bagi memayunggi kedaulatan institusi Diraja sebuah kemahkotaannya Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda yang di-pertuan Agong Sebagai Raja Tertinggi dan juga ketua utama negara dan juga turut sebagai Raja berpelembagaan elektif Malaysia.

impressum

didalam "impressum" yang sudah diklasikfasikan sebagai sebahagian yang tersirat yang sudah dimaktubkan sebagai yang termaktub didalam peraturan Majlis Raja-raja Berpelembagaan institusi Diraja Malaysia dan juga yang turut diperuntukan bersama-sama nya dengan teramat jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram makmur kemakmuran kesejahteraan pada di mana-mana bahagian di dalam setiap Wilayah Persekutuan. Kecuali beberapa negeri yang mempunyai sistem pemerintahan sendiri seperti Sarawak yang memerintah sendiri sejak daripada 22 Julai pada tahun 1963. Namun ia hanya bagi peruntukan agama rasmi sahaja tetapi bagi sistem undang-undang lain masih berkait rapat dengan dasar asal penstrukturan rang-undang-undang berpelembagaan persekutuan sejak Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara

Bagi Jawatankuasa penggubal Rukun Negara, ia merupakan sekumpulan ahli-ahli yang berjawatankuasa yang telah diklasifikasikan.

Nilai Murni Didalam Prospektif Agama

Dan juga sangat disedari oleh yang amat arif untuk menyedarinya akan bertapa pentingnya pengertian sebuah nilai yang murni serta yang suci kesucian pada jati diri insani setiap warganegara Malaysia yang memang amat diperlukan pada sudut prospektif agama yang sudah diterapkan sebagai nilai yang sangatlah penting bagi yang menerapkan akan nilai tersebut pada akar umbi bagi yang beragama didalam agama yang sudah termaktub sebagai sebuah jalan yang lurus dan juga amat perlu dijadikan sebagai panduan terus sebagai landasan bagi menuju kearah kejayaan yang cermelang serta terbilang sebagai diantaranya negara yang benar-benar optimis serta progresif didalam prospektif penganutan agama didalam konteks keagamaan.

Pegangan & Polar Pemikiran

terus juga yang turut serta di dalam rukun negara sebagai yang jelas nyata dan juga amat perlu dipegang kuat kepada para yang memegang akan prinsip berkenaan yang berpegang kepada sebuah pegangan yang benar-benar teguh kepada satu polar daya permikiran yang benar-benar sangat kompleks sebagai satu bangsa yang berbilangan bangsa kaum serta etnik dan juga turut serta ialah warna-warni amalan tradisi serta adat dan juga budaya dari pelbagai etnik yang diketahui dari segi corak keagamaanya yang pasti amat perlu memiliki satu Ketetapan konsep yang mutlak dan juga turut serta iaitu sesebuah jenis corak pemikiran yang dinamik dan rasional tanpa ada sedikit keraguan didalam preskpektif persoalan bagi mempercayai rukun negara yang menjadi sebagai diantara bahagian prinsip paling penting didalam setiap semua ataupun tiap-tiap rukun-rukun negara yang sudah tersusun dengan teramatlah rapi serta kemas sekali didalam susunan rukun negara malaysia.

Perintah & Pembentukan Prinsip

sebagaimana diketahui para awam serta umum sebagai rakyat jelata dan juga turut serta sebagai induvidu yang diketahui sebagai warganegara yang perlu memandang secara konvensional dan juga melalui sebuah kefahaman yang komprehensif bagi menuruti. memahami sebaik yang mungkin atau meneliti segala yang sudah diusahakan bagi yang memahaminya atau yang mahu menuruti sesebuah sifat yang bersifatkan satu sifat yang amat perlu bagi menuruti sesuatu keperluan bagi setiap warganegara yang benar-benar setia kepada setiap baris rukun negara malaysia akan penting dan juga perlunya menunjukan tunjuk sebab bagaimana menghormati selepas memahami secara terperinci bagaimana sifatnya warganegara yang benar-benar menghormati kepada segalanya yang termaktub.

Intipati Norma Kehidupan & Nilai Moral

Norma sebuah kehidupan yang bewarna-warni dengan pelbagai perpekstif nilai sentiviti yang amat memerlukan sikap yang bemoral tinggi dan juga turut perlu disertakan sekali ialah merupakan keperibadian yang bermaruah iaitu suatu sikap ataupun sebentuk sifat akhlak mulia untuk para induvidu atau bagi seseorang yang memiliki maruah dan pasti akan menjadi punca serta sebab penting kenapa yang memiliki sifat serta sikap sebergitu harus ataupun mesti dihormati serta sikap pribadi tiap yang mempunyai nilai moral yang sangat disegani melalui realisasi intipati sebentuk sifat jati diri yang tinggi sebagai rakyat jelata dan juga turut serta sebagai satu bangsa warganegara malaysia yang amat perlu menghormati kedaulatan institusi Majlis Raja-raja Berpelembagaan institusi Diraja Malaysia. Sebagai entiti ataupun sesebuah lembaga yang wajib dihormati dan juga harus disegani selepas dipertimbangkan.

Daya Kekuatan Gabungan

setelah dipikirkan dengan baik. Sebagai satu bentuk terjemahan yang menterjemahkan suatu jenis sifat keperilakuan sebagai rakyat jelata dan juga warganegara yang mempunyai daya kekuatan, sebuah bangsa yang bergabung tenaga sebagai menghargai kenikmatan dari nikmatnya sebagai satu titik tolah punca bagaimana terbit sebuah kecintaan yang tidak akan berkompromi kepada kesetiaan kepada pekara yang telahpun ditakrifkan sebagai rukun negara yang berprinsipkan sebuah atau satu bentuk prinsip yang menuruti perintah yang menjurus terus kepada keperluan penting bagi tiap-tiap lapisan umur mahupun usia bagi setiap individu-individu warganegara malaysia yang perlu patuh kepada prinsip.

Maksud Sebenar Kepercayaan Kepada Tuhan

kepercayaan kepada Tuhan dalam norma kehidupan yang penuh bewarna-warni padat dengan segalanya nikmat dari kenikmatanya sebuah negara yang harmoni dengan keharmonian yang datangnya dari pelbagai sudut perspektif adat resam budaya ekologi sosiologi kehidupan manusia. Ketiadaan agama juga boleh menyebabkan kekurangan kefahaman berkenaan pencipta ia juga mampu serta berupaya untuk meruntuhkan struktur sifat mulia yang berada bersama-sama keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan warganegara bagi mana-mana negara diperingkat benua mahupun global dan juga bagi negara Malaysia.

Kemulian Keteguhan Kesucian Pegangan

Selepas dan juga setelah menyedari betapa pentingnya keteguhan sikap bersama-sama kemuliaan yang penuh dengan sifat kesucian pegangan para awam para anggota-anggota am-nya para umum. serta rakyat tempatan sebagai penduduk kalangan golongan masyarakat setempat terhadap ajaran agama yang nyata dan juga amat jelas disertakan sebagai sesuatu ajaran agama yang dinaunggi para yang terasul sebagai pembela agama yang terpilih serta untuk yang menganutinya berikut terus serta dan yang berikut bagi para tiap-tiap satu daripada rakyat jelata masing-masing, prinsip ini merupakan yang telah dipilih secara secara lahiriah dan telahpun dijadikan sebagai prinsip yang pertama berada di dalam Rukun Negara Malaysia yang berdaulat dengan kedaulatannya yang mengamalkan undang-undang yang berpelembagaan.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara[sunting | sunting sumber]

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.[perlu rujukan]

Keluhuran Perlembagaan[sunting | sunting sumber]

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.[perlu rujukan]

Kedaulatan Undang-Undang[sunting | sunting sumber]

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.[perlu rujukan]

Kesopanan dan Kesusilaan[sunting | sunting sumber]

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.[perlu rujukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku Rasmi Malaysia 2017 (PDF). Jabatan Penerangan Malaysia. 2017.