Mohammed Hanif Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Mohammed Hanif Omar

SSM, PMN; SPSN, DSA (Perak); SPMJ (Johor); SIMP (Pahang); SPNS (NS); SSSA (Selangor); SPTS (Perak); DA (Sarawak); SPMP (Perak); DHMS (Kedah); KMN
Haniff1.jpg
Ketua Polis Negara Malaysia ke-4
Dalam jawatan
8 Jun 1974 – 15 Januari 1994
RajaAbdul Halim
Yahya Petra
Ahmad Shah
Iskandar
Azlan Shah
MenteriGhazali Shafie
Musa Hitam
Mahathir Mohamad
Didahului olehAbdul Rahman Hashim
Digantikan olehAbdul Rahim Mohd Noor
Butiran peribadi
Lahir (1939-01-16) 16 Januari 1939 (umur 83)
Teluk Intan, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
PasanganToh Puan Hamidah Abdul Hamid
Alma materUniversiti Buckingham

Tun Mohammed Hanif bin Omar (lahir 16 Januari 1939) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, negeri Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 1973, beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005[sunting | sunting sumber]

Pada 2004/2005 beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Panel khas siasatan kes Aminulrasyid[sunting | sunting sumber]

Tun Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Panel khas siasatan ke Aminulraashid Hamzah pada 2010. Pelajar sekolah, Aminulrasyid Amzah mati mengejut selepas ditembak mati oleh PDRM ketika memecut melarikan diri kerana memandu kereta tanpa lesen berhampiran rumahnya di Shah Alam.

Pengerusi Panel siasatan Perhimpunan Bersih 3.0[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2012, beliau dilantik sebagai Pengerusi panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Kredibiliti beliau dipersoalkan kerana menganggap peserta perhimpunan itu ada kaitan anasir komunis. Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang meraguinya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bimbang kerana siasatan ini menjadi kabur, bertukar menjadi ‘keganasan’ , menutup penderitaan mangsa-mangsa dan ‘coup d'état’ akan dicipta.[1] [2]

Turut dilantik ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

Tun Hanif Omar dilakonkan oleh Norman Hakim dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanif Omar: Jangan ragui saya, tengok rekod lama Sinar
  2. ^ Tun Hanif Omar Pengerusi Panel Penasihat Bebas Enam Anggota mStar
  3. ^ a b c d e f g h "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  4. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1993" (PDF).
  5. ^ "Hanif heads list of 1,415 people honoured on King's 65th birthday". New Straits Times. 5 June 1993. m/s. 4.
  6. ^ a b "CARIAN REKOD PENERIMA DARJAH KEBESARAN/PINGAT Negeri Perak Darul Ridzuan". pingat.perak.gov.my. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  7. ^ "Hanif Omar heads list of 333 recipients of Perak honours". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2016. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  8. ^ "Former IGP among 333 in Perak Sultan's 60th birthday awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2016. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  9. ^ "Tun Mohammed Haniff Bin Omar". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  10. ^ "Trengganu Ruler tops awards list". New Straits Times. 24 October 1981. m/s. 4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
8 Jun 197415 Januari 1994
Penyandang Kemudian
Tan Sri Abdul Rahman Hashim
Tan Sri Rahim Noor