Makara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pahatan Makara sebagai ornamen lidah tangga di Candi Bubrah, Jawa

Makara (Bahasa Sanskrit: मकर) adalah sebuah makhluk legenda dalam mitologi Hindu yang kerap digambarkan dalam seni rupa Hindu-Buddha Asia Selatan dan Tenggara. Makara merupakan haiwan yang dikaitkan dengan air dan digambarkan sebagai kenderaan dewa Varuna mahupun dewi Gangga. [1]

Nama[sunting | sunting sumber]

Makara merupakan kata bahasa Sanskrit yang kurang lebih bermakna "naga laut" atau "makhluk air". Mahkluk ini juga dikenal dalam sejumlah bahasa lain dengan nama yang menunjukkan pemahamannya sebagai haiwan gabungan, sebagaimana dalam bahasa Bali yang kadang mengenal makara dengan nama gajah mina (ᬕᬚᬄᬫᬶᬦ, secara harfiah berarti "gajah-ikan").

Rupa dan nama makara lama kelamaan dikaitkan kuat dengan buaya dalam masyarakat yang berikutan di India bahkan menjadi akar kata bahasa Hindi moden memadankan kata "buaya": magar मगर.[2]

Rupa[sunting | sunting sumber]

Hiasan logam makara dari Nepal. Dalam banyak tradisi, makara merupakan haiwan campuran yang umum digambarkan dengan badan ikan, rahang buaya, dan belalai gajah.
Lukisan makara sebagai kenderaan dewa Varuna dari India. Sejumlah tradisi India kerap menggambarkan makara dalam gubahan yang menyerupai buaya

Makara umumnya digambarkan sebagai suatu haiwan kacukan; bahagian badan dan ekor makara mengadaptasi haiwan-haiwan air bersisik seperti ikan atau buaya sementara bahagian kepalanya merupakan campuran dari mamalia yang meliputi gajah, rusa, dan celeng.[3] Rupa makara dengan ekor ikan, rahang buaya, dan belalai gajah kemudian harinya menjadi gubahan umum yang digunakan dalam berbagai tradisi.[4] Sejumlah kajian menunjukkan bahawa haiwan buaya tampaknya menjadi inspirasi awal makara[1] yang seiring waktu menjadi lebih rumit dan dicampur dengan haiwan-haiwan lainnya hingga menjadi sebuah haiwan kacukan legenda.

Sejumlah tradisi India kerap menggambarkan makara dalam gubahan yang masih menyerupai buaya meski memiliki elemen-elemen campuran, dan pemahaman makara sebagai ekivalen buaya hingga kini masih dapat ditemui dalam sejumlah seni rupa dan sastra India.[3] Hewan nyata lainnya yang juga diduga menjadi inspirasi awal makara meliputi dugong[5] dan lumba-lumba Gangga.[2]

Peranan dalam mitologi[sunting | sunting sumber]

Sebagai makhluk air, makara dikonotasikan dengan air yang membawa kehidupan, kesuburan, serta tumbuh-tumbuhan. Namun begitu, makara tidak sepenuhnya dianggap baik dan memiliki aspek haiwan buas yang liar dan mengancam. Kedua aspek ini berkembang dari perkaitan makara dengan dewa-dewi air yang memiliki aspek serupa. Sejak zaman Veda India kuno, Makara dikenal sebagai "vahana" atau kenderaan Dewa Varuna yang menguasai sungai, samudera, dan segala badan air. Varuna yang menguasai samudera memiliki konotasi ketidak-tahuan, alam bawah, dan kegelapan sebagai cerminan keluasan dan kedalaman air samudera yang tidak tentu dalamnya oleh masyarakat India kuno. Sebagai vahana Varuna, makara pun dikonotasikan sebagai makhluk laut misterius yang berbagai aspeknya tidak dapat difahai manusia biasa.

Makara juga disebut sebagai vahana Dewi Gangga, iaitu perlambangan sungai suci Ganges. Meski Dewi Gangga digambarkan sebagai suatu watak penuh belas kasihan dalam sastera India, sungai Gangga sendiri kerap membawa banjir yang menghancurkan kediaman manusia dan dihuni oleh banyak buaya yang ditakuti oleh masyarakat India kuno.[6]

Memasuki abad 2 SM, makara juga dikaitkan sebagai simbol Pradyumna, putera Vāsudeva Kṛṣṇa yang merupakan salah satu perwujudan Kṛṣṇa. Salah satu gelaran Pradyumna yang ditemukan dalam kitab Harivamsa adalah Makaradhvaja yang lebih kurang bererti "ia dengan panji Makara".[7] Dalam beberapa bahagian Mahabharata, Makara dikaitkan dengan Pradyumna serta Kamadeva, lalu ada disimpulkan bahawa keduanya merupakan lembaga yang sama.[7]

Dalam Astrologi Hindu, makara juga merupakan salah satu rasi bintang yang setara dengan zodiak dilambangkan buruj Kambing Duyung atau Jadi[8] serta nama bulan dalam kalender Hindu India.[9] Bahkan, terdapat kesinambungan rupa antara gambaran makhluk -makhluk digambarkan ketiga-tiga budaya India, Barat dan Arab yang menunjukkan ciri rupa kacukan ikan yang sama.

Sebagai ornamen[sunting | sunting sumber]

India[sunting | sunting sumber]

Penggunaan motif Makara sebagai ornamen arsitektural memiliki akar yang kuno dalam tradisi India.[1] Dalam berbagai kuil Hindu, makara dapat digunakan sebagai motif pahatan yang menghiasi relief, kepala tiang, ambang pintu, lidah tangga, talang air, dan berbagai bahagian bangunan lainnya.

Kitab seni bina Mānasāra yang seringkali dijadikan rujukan dalam kitab-kitab sebidang tradisional India membutirkan salah satu penggunaan pahatan makara sebagai hiasa ambang pintu. Dalam Mānasāra bait 133-136, bab XV mengenai tiang, dituturkan bahawa Makara sebaiknya digunakan sebagai sebagai kepala tiang di hujung lengkung (toraṇa) yang membingkai bahagian atas pintu.[10] Penggunaan serupa sebagai kepala tiang dapat ditemukan pada salah satu pahatan makara tertua yang ditemukan di India, yakni pada Tiang-tiang Heliodorus yang diperkirakan dibangun pada sekitar abad 2 SM.

Ornamen Makara di India

Jawa Kuno[sunting | sunting sumber]

Makara merupakan salah satu ornamen arsitektural yang paling lumrah ditemukan dalam candi Mataram Kuno, umumnya dalam bentuk kesatuan kala-makara sebagai bahagian dari bingkai pintu mahupun relung.[11][12] Penerapan dalam masyarakat ini berbeza berbanding penerapan di India di mana hiasan rupa ini selalu digunakan di dasar pintu dan dipahat dengan kepala yang saling membelakangi sementara makara pintu India digunakan di bahagian atas pintu dan umumnya saling berhadap-hadapan.

Selain bingkai pintu, makara juga sering ditemukan sebagai talang air dan lidah tangga.[13] Sebagai lidah tangga, ornamen makara Jawa kuno sering ditemukan dengan mulut atau belalai yang didiami oleh haiwan lain, sebagaimana terlihat pada lidah tangga prambanan di gambar bawah yang belalai dan mulutnya didiami pahatan singa.

Ornamen Makara di Jawa Kuno

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Darian, Steven (1976). "The Other Face of the Makara". Artibus Asiae. 38 (1): 29–36. doi:10.2307/3250095. ISSN 0004-3648.
  2. ^ a b Janaki Lenin (14 Januari 2011), "My Husband and Other Animals - The beast within", The Hindu, ARTS » HISTORY & CULTURE, Kasturi & Sons Ltd, dicapai pada 14 Januari 2011
  3. ^ a b K. Krishna Murthy (October 1985). Mythical animals in Indian art. Abhinav Publications. halaman 37, 41, 44. ISBN 978-0-391-03287-3. Dicapai pada 17 January 2011.
  4. ^ Archaeological Institute of America (1970). Archaeology. Archaeological Institute of America. halaman 41–43. Dicapai pada 17 January 2011.
  5. ^ Meulenbeld, Gerrit Jan (1974), The Mādhavanidāna and Its Chief Commentary, Chapters 1-10, Parts 1-10, Brill Archive, m/s. 484, ISBN 978-90-04-03892-9
  6. ^ Darian, Steven (1976). "The Other Face of the Makara". Artibus Asiae. 38 (1): 29–36. doi:10.2307/3250095. ISSN 0004-3648.
  7. ^ a b Austin, Christopher R. (2019). Pradyumna: Lover, Magician, and Son of the Avatara (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 65. ISBN 978-0-19-005411-3.
  8. ^ Bangalore V. Raman (2003). Studies in Jaimini Astrology. Motilal Banarsidass. halaman 10–19. ISBN 978-81-208-1397-7.
  9. ^ Robert Sewell; Śaṅkara Bālakr̥shṇa Dīkshita (1896). The Indian Calendar. S. Sonnenschein & Company. halaman 5–11, 23–29.
  10. ^ Acharya, Prasanna Kumar (1934). Manasara Series Vol II: Indian Architecture according to Mānasāra-Śilpaśāstra (dalam bahasa Inggeris). Jakarta: Oxford University Press. m/s. 159. ISBN 0834803496.
  11. ^ John Micsic (2002). Indonesian Heritage vol 6: Architecture. Grolier International. ISBN 9813018305.
  12. ^ Parul Pandya Dhar (July 2018). Cultural and Civilisational Links between India and Southeast Asia. Palgrave Macmillan. halaman 325–345. ISBN 9789811073168.
  13. ^ Halim, Andre; Herwindo, Dr. Rahadhian Prajudi (2017). "Makna Ornamen pada Bangunan Candi Hindu dan Buddha di Pulau Jawa (Era Klasik Tua – Klasik Tengah – Klasik Muda)". RISA (Riset Arsitektur). 01 (02): 49–68. ISSN 2548-8074.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]