Candi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Candi (Jawi: چندي) adalah bangunan purba atau kuno yang terbuat daripada batu yang lazimnya mempunyai kegunaan sebagai tempat sembahyang untuk penganut agama Hindu dan Buddha di kepulauan Melayu merangkumi Malaysia dan Indonesia moden pada zaman dahulu. Di Malaysia, peristilahan lazim untuk tempat sembahyang penganut Hindu disebut kuil, dan tempat sembahyang untuk penganut Buddha dipanggil tokong.

Candi juga boleh menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha di sesuatu tempat. Hal ini dapat diperlihat melalui karya ukiran atau arca yang terdapat pada dinding candi. Candi juga merujuk kepada monumen-monumen agama Hindu-Buddha yang telah wujud sebelum kedatangan agama Islam di Nusantara.

Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia - Candi Buddha terbesar di dunia

Di Malaysia, kuil tertua yang dipercayai ialah Lembah Bujang, Kedah, utara Malaysia Barat. Beberapa artifak telah ditemui dalam beberapa aktiviti arkeologi dan kini disimpan dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan candi meminjam dari Bahasa Sanskrit: चण्डी Caṇḍī atau चण्डीक Caṇḍīka melalui bahasa Kawi (Hanacaraka: ꦕꦤ꧀ꦝꦶ) yang bermaksud nama atau jelmaan Durga, dewi kematian dalam kepercayaan Hindu.[1][2] Penamaan ini tercermin pada kegunaan candi sebagai bangunan peringatan atau "pedarmaan" untuk memuliakan raja yang sudah mangkat, contohnya candi Kidal yang dibina bertujuan memuliakan Raja Anusapati.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 383. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 48.
  2. ^ Soekmono, Dr R. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2. Yogyakarta, Indonesia: Penerbit Kanisius. m/s. 81. ISBN 979-413-290-X.