Mawas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hominoid atau Mawas
Julat zaman: Miocene–Holocene
Orang Utan, Semenggok Forest Reserve, Sarawak, Borneo, Malaysia.JPG
Orang utan Borneo (Pongo pygmaeus)
Pengelasan saintifik s
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Klad: Synapsida
Kelas: Mamalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Parvorder: Catarrhini
Superkeluarga: Hominoidea
Gray, 1825
Jenis spesies
Homo sapiens
Linnaeus, 1758
Keluarga

Chororapithecidae
Proconsulidae
Afropithecidae
Pliobatidae
Hylobatidae
Hominidae

Mawas (Hominoidea) adalah salah satu cabang daripada primat antropoid Dunia Lama yang berasal dari Afrika dan Asia Tenggara. Ia merupakan kelompok saudara kepada monyet Dunia Lama yang bersama-sama membentuk klad Catarrhini. Mawas dibezakan daripada primat lain oleh lebihnya kebebasan bergerak pada sendi bahu yang berkembang dengan pengaruh brakiasi. Dalam penggunaan am, istilah "mawas" tidak termasuk manusia, dan oleh itu tidak bersamaan dengan takson Hominoidea. Terdapat dua cabang yang masih wujud dalam superfamili Hominoidea, iaitu ungka (mawas kecil); dan hominid (mawas besar).

  • Keluarga Hylobatidae atau mawas kecil termasuk empat genus dan sejumlah enam belas spesies ungka, termasuk ungka tangan putih dan siamang, semuanya berasal dari Asia. Hidupnya amat tertumpu pada pokok, malah ia gemar berkaki dua di atas tanah. Ia mempunyai badan yang lebih ringan dan kumpulan sosial yang lebih kecil daripada kera yang hebat.
  • Keluarga Hominidae (hominid) atau mawas besar termasuk tiga spesies orangutan dan subspesiesnya, dua spesis gorila dan subspesiesnya, dua spesies cimpanzi dan subspesiesnya, dan satu spesies manusia yang masih ada dalam satu subspesies yang ada . [1] [a] [2] [3]

Kecuali gorila dan manusia, hominoid adalah pemanjat pokok tangkas. Mawas memakan pelbagai makanan asas tumbuhan dan haiwan, tetapi rata-ratanya tumbuhan, yang termasuk buah, daun, tangkai, akar dan biji, termasuk kacang dan biji rumput. Makanan manusia kadang-kadang sangat berbeza dengan mawas sejajar dengan perkembangan teknologi dan pelbagainya habitat. Manusia adalah spesies hominid yang paling banyak, malah mengatasi bilangan semua primat lain sebanyak ribuan kali.

Kebanyakan hominoid bukan manusia adalah spesies yang jarang didapati atau terancam kepupusan. Ancaman utama kepada kebanyakan spesies terancam adalah kehilangan habitat hutan hujan tropika, malah beberapa populasi makin terancam oleh kegiatan memburu untuk daging. Mawas-mawas besar Afrika juga menghadapi ancaman dari virus Ebola. Kini dianggap sebagai ancaman terbesar untuk bertahan hidup kera Afrika, wabak Ebola dipersalahkan atas kematian sekurang-kurangnya sepertiga gorila dan cimpanzi sejak tahun 1990.[4]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan "mawas" dalam bahasa Melayu pada mulanya hanya memaksudkan orang utan, tetapi semenjak itu dikembangkan kepada semua primat yang tidak berekor kecuali manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "mawas" membawa maksud "sejenis monyet besar dalam famili Pongidae, termasuk orang hutan dan cimpanzi,"[5] merujuk kepada takson Pongidae yang kini sudah lapuk.

Istilah hominoid jangan disamakan dengan hominid (keluarga mawas besar) atau hominin, iaitu puak manusia yang juga dikenali sebagai klad manusia; ataupun mana-mana takson primat yang serupa ejaan dan bunyinya. Perbezaan antara mawas dan monyet dirumitkan oleh parafili monyet tradisional, yang mana mawas itu muncul sebagai kelompok saudara bagi monyet Dunia Lama dalam rumpun Catarrhini yang merupakan kelompok saudara bagi monyet Dunia Baru. Oleh itu, dari segi klad, rumpun-rumpun mawas, Catarrhini dan kelompok pupus semasa seperti Parapithecidaea juga dikira monyet, tanpa mengira bagaimana definisi setepatnya.

Primat-primat yang kini dikenali sebagai "mawas" (ape dalam bahasa Inggeris) mula dikenali oleh orang Eropah selepas abad ke-18. Sejajar dengan perkembangan ilmu zoologi, jelaslah bahawa ketiadaan ekor didapati pada beberapa spesies yang berbeza-beza. Sir Wilfrid Le Gros Clark adalah antara ahli-ahli primatologi yang mengemukakan gagasan bahawa terdapat arah-arah aliran dalam evolusi primat, malah ahli-ahli yang wujud dapat disusun secara "meningkat" dari "monyet" hingga "mawas" hinggalah manusia. Atas kelaziman inilah "mawas" memaksudkan semua ahli superkeluarga Hominoidea kecuali manusia.[6] Oleh yang demikian, penggunaan "mawas" merupakan pengelasan parafili, iaitu walaupun semua spesies mawas diturunkan dari leluhur yang sama, namun pengelasan ini tidak merangkumi semua spesies keturunan kerana manusia terkecuali daripada kalangan mawas.[b]

Kladogram superkeluarga Hominoidae menunjukkan hubungan antara hominoid ekstan yang diterima umum kini.[7][8][9] Setiap klad dinyatakan berapa juta tahun dahulu (jtd) berpancarnya klad-klad baharu.[10]

 Hominoidea/mawas (20.4 jtd)
 Hominidae/mawas besar (15.7 jtd)
 Homininae (8.8 jtd)
 Hominini (6.3 jtd)

manusia (genus Homo) Bechuana of Distinction-1841 (white background).jpg



cimpanzi (genus Pan) PanTroglodytesSmit (white background).jpg




gorillas (genus Gorilla) Gorila de llanura occidental. Gorilla gorilla - Blanca Martí de Ahumada (white background).jpg




orang utan (genus Pongo) Simia satyrus - 1837 - Print - Iconographia Zoologica - Special Collections University of Amsterdam - White Background.jpg




ungka (keluarga Hylobatidae) Le gibbon (white background).jpg




Cercopithecoidea Cynocephalus doguera - 1700-1880 - Print - Iconographia Zoologica - Special Collections University of Amsterdam - (white background).tiff monyet Dunia Lama


Filogeni[sunting | sunting sumber]

Yang berikut merupakan kladogram dengan spesies-spesies yang sudah pupus. Dinyatakan kira-kira berapa juta tahun dahulu (jtd) klad-klad berikut berpecah menjadi klad-klad baharu.[11][12][13]

Crown Catharrhini (31)
(29)

Saadanioidea (†28)


Cercopithecoidea (24)

Victoriapithecinae (†19)



Crown Cercopithecoidea




Hominoidea (30)

Proconsulidae (†18 jtd)




Ekembo (†17 jtd)


(29)

Equatorius (†16)



Pliobates (†11.6 jtd)


(29)
Afropithecidae (28)

Morotopithecus (†20)


(28)

Afropithecus (†16)



Nyanzapithecinae (†7)




Crown Hominoidea (22)

Hominidae



Hylobatidae








Pengelasan dan evolusi[sunting | sunting sumber]

Rangka-rangka daripada ahli-ahli Hominoidea. Terdapat dua keluarga yang wujud, iaitu Hominidae (mawas besar) dan Hylobatidae (ungka atau mawas kecil).

Seperti yang dibincangkan, taksonomi hominoid telah banyak melalui perubahan. Analisis genetik yang digabungkan dengan bukti fosil menandakan bahawa hominoid berpecah dari monyet Dunia Lama kira-kira 25 juta tahun dahulu (jtd), menghampiri sempadan Oligosen-Miosen.[14] Ungka pula berpecah dari yang lain sekitar 18 jtd, sementara hominid berpecah 14 jtd (Pongo), 7 jtd (Gorilla), dan 3–5 jtd (Homo & Pan). Pada 2015, dihuraikannya sebuah genus dan spesies baharu iaitu Pliobates cataloniae yang pernah hidup 11.6 jtd dan nampaknya mendahului perpecahan antara Hominidae dan Hylobatidae.[15]

Dari kiri: Perbandingan saiz ungka, manusia, cimpanzi, gorila dan orang utan. Mawas biasanya tidak berdiri tegak.

Berikut adalah keluarga-keluarga hominoid serta genus-genus dan spesies-spesies yang dirangkuminya:

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Walaupun Dawkins jelas menyebut "apes" untuk Hominoidea, namun beliau juga menggunakan "great apes" yang mengecualikan manusia. Maka dalam Dawkins, R. (2005). The Ancestor's Tale (edisi p/b). London: Phoenix (Orion Books). ISBN 978-0-7538-1996-8 : "Long before people thought in terms of evolution ... great apes were often confused with humans" (p. 114); "gibbons are faithfully monogamous, unlike the great apes which are our closer relatives" (p. 126).
  2. ^ Terdapat pelbagai definisi bagi parafili; untuk yang digunakan di sini rujuk cth. Stace, Clive A. (2010a). "Classification by molecules: What's in it for field botanists?" (PDF). Watsonia. 28: 103–122. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 26 July 2011. Dicapai 7 February 2010 , p. 106

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dixson, A.F. (1981). The Natural History of the Gorilla. London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 978-0-297-77895-0 , p. 13
  2. ^ Grehan, J.R. (2006). "Mona Lisa Smile: The morphological enigma of human and great ape evolution". Anatomical Record. 289B (4): 139–157. doi:10.1002/ar.b.20107. PMID 16865704 
  3. ^ Benton, Michael J. (2005). Vertebrate palaeontology. Wiley-Blackwell. ISBN 978-0-632-05637-8. Dicapai 10 July 2011 , p. 371
  4. ^ Rush, James (23 January 2015). "Ebola virus 'has killed a third of world's gorillas and chimpanzees' – and could pose greatest threat to their survival, conservationists warn". The Independent. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2015. Dicapai 26 March 2015. 
  5. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mawas
  6. ^ Dixson, A.F. (1981). The Natural History of the Gorilla. London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 978-0-297-77895-0 , p. 13
  7. ^ M. Goodman; D. A. Tagle; D. H. Fitch; W. Bailey; J. Czelusniak; B. F. Koop; P. Benson; J. L. Slightom (1990). "Primate evolution at the DNA level and a classification of hominoids". Journal of Molecular Evolution. 30 (3): 260–266. Bibcode:1990JMolE..30..260G. doi:10.1007/BF02099995. PMID 2109087. 
  8. ^ Dixson 1981, halaman 16
  9. ^ Benton, Michael J. (2005). Vertebrate palaeontology. Wiley-Blackwell. ISBN 978-0-632-05637-8. Dicapai 10 July 2011 , p. 371
  10. ^ Nengo, Isaiah; Tafforeau, Paul; Gilbert, Christopher C.; Fleagle, John G.; Miller, Ellen R.; Feibel, Craig; Fox, David L.; Feinberg, Josh; Pugh, Kelsey D. (2017). "New infant cranium from the African Miocene sheds light on ape evolution". Nature. 548 (7666): 169–174. Bibcode:2017Natur.548..169N. doi:10.1038/nature23456. PMID 28796200. 
  11. ^ Nengo, Isaiah; Tafforeau, Paul; Gilbert, Christopher C.; Fleagle, John G.; Miller, Ellen R.; Feibel, Craig; Fox, David L.; Feinberg, Josh; Pugh, Kelsey D. (2017). "New infant cranium from the African Miocene sheds light on ape evolution". Nature. 548 (7666): 169–174. Bibcode:2017Natur.548..169N. doi:10.1038/nature23456. PMID 28796200. 
  12. ^ Alba, D. M.; Fortuny, J.; Moyà-Solà, S. (2010-07-22). "Enamel thickness in the Middle Miocene great apes Anoiapithecus, Pierolapithecus and Dryopithecus". Proceedings of the Royal Society of London B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 277 (1691): 2237–2245. doi:10.1098/rspb.2010.0218. ISSN 0962-8452. PMC 2880156Boleh dicapai secara percuma. PMID 20335211. 
  13. ^ Grabowski, Mark; Jungers, William L. (2017-10-12). "Evidence of a chimpanzee-sized ancestor of humans but a gibbon-sized ancestor of apes". Nature Communications (dalam bahasa Inggeris). 8 (1): 880. Bibcode:2017NatCo...8..880G. doi:10.1038/s41467-017-00997-4. ISSN 2041-1723. PMC 5638852Boleh dicapai secara percuma. PMID 29026075. 
  14. ^ "Fossils May Pinpoint Critical Split Between Apes and Monkeys". redOrbit.com. 15 May 2013. 
  15. ^ "A new primate species at the root of the tree of extant hominoids". 29 October 2015. 
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MSW3 tidak disediakan
  17. ^ Cochrane, Joe (2 November 2017). "New Orangutan Species Could Be the Most Endangered Great Ape". The New York Times. Dicapai 3 November 2017.