Masjid Kristal
Masjid Kristal مسجد كريستال | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Mula dibina | 2006 |
Siap dibina | 2008 |
Dibuka pada | 8 Februari 2008 |
Status | Beroperasi |
Tempoh pembinaan | 2006-2008 |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | (?) (Imam Besar) |
Bilal | (?) |
Pengerusi | (?) |
Dimiliki oleh | (?) |
No Daftar | (?) |
Maklumat geografi | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | ![]() |
Lokasi | Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia |
Koordinat | 5°19′22″N 103°6′58″E / 5.32278°N 103.11611°E |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Islam Moorish |
Bil. kubah | 51[1] |
Bil. tingkat | 1 |
Bil. menara | 4 |
Ketinggian menara | (?) |
Kapasiti jemaah | 700 orang |
Panjang | (?) |
Lebar | (?) |
Keluasan | 2,146 meter persegi |
Arkitek | Steve Anderson |
Kontraktor | (?) |
Pemaju | (?) |
Bahan binaan | Kaca, keluli |
Kos | RM360 juta[2] |
sunting ![]() |
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong pada ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik.[3]
Pada tahun 2022, Masjid Kristal kembali beroperasi bermula bulan Ramadan sejak ditutup pada tahun 2018 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaikpulih yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.[4]
Garis Masa Anggaran Pembaharuan Masjid Kristal:
- 2019 - 2020
- Kerja-kerja baik pulih awal dilakukan terutama pada struktur asas dan kaca masjid yang mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat faktor cuaca dan usia (lebih 10 tahun waktu itu).
- Sistem audio dan mikrofon masjid juga dinaik taraf agar suara lebih jelas, terutama untuk solat Jumaat dan majlis rasmi.
- 2021 - 2022 (Selepas PKP/Covid-19)
- Penambahbaikan lampu-lampu LED di seluruh masjid termasuk lampu hiasan luar dan dalam masjid supaya lebih moden dan menarik perhatian pelancong.
- Masjid juga mula aktifkan kembali program-program agama dan komuniti selepas pandemik.
- 2023
- Naik taraf kemudahan pelancongan, termasuk tempat letak kereta yang lebih sistematik, laluan untuk OKU, dan tandas baru.
- Masjid mula aktif secara rasmi di media sosial untuk promosi pelancongan dan dakwah.
- Sistem multimedia moden termasuk skrin LED besar untuk kuliah dan paparan maklumat.
- Penjagaan lanskap (hiasan taman dan pokok sekitar masjid) ditambah baik supaya kawasan masjid lebih cantik untuk pengunjung dan jemaah.
- 2024 (Terkini)
- Proses penyelenggaraan rutin terus dijalankan seperti pembersihan kaca masjid, pemeriksaan struktur keluli, dan sistem pendingin hawa.
- Program-program agama seperti kelas Al-Quran, forum, dan sambutan hari kebesaran Islam berjalan aktif dan lebih teratur.
- Penekanan kepada konsep "Masjid Pintar" diteruskan dengan penggunaan teknologi seperti WiFi, info digital, dan kemudahan mesra pelancong.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Garis Panduan Anggaran Pembaharuan Masjid Kristal