Masjid Pusat Serenti, Melaka Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Pusat Serenti merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.

Imam adalah terdiri daripada Ustaz yang bertugas di Pusat Serenti Tiang Dua (kader JAKIM) dan Imam yang dilantik sebagai Guru Sambilan

Sejarah

Masjid Pusat Serenti Tiang Dua asalnya adalah masjid bagi kariah Tiang Dua semenjak dari pentadbiran Unit Keselamatan Kampung (UKK) sehingga beberapa ketika semasa pentadbiran Agensi AntiDadah Kebangsaan sebagai pusat serenti. Ketika ini masjid tersebut telah bertukar menjadi pejabat pentadbiran bagi Pusat Serenti Tiang Dua. Masjid sebagai galang ganti telah dibina di kawasan lain yang berhampiran dalam lingkungan pagar pusat serenti berhampiran kantin dan dewan makan.

Setelah berpindahnya masjid ini, kariah Tiang Dua tidak lagi dibenarkan masuk untuk berjemaah sama ada solat 5 waktu atau solat Jumaat.

Jumlah kapasiti boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu masa.

Maklumat ini dikemaskini pada tahun 2009. http://mypustaka.blogspot.com