Pergi ke kandungan

Badrul Muhayat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Badrul Muhayat
بدر الحياة
Kelahiran
Badrul Muhayat bin Ahmad Jailani

(1968-04-18)18 April 1968
Meninggal dunia28 Oktober 2023(2023-10-28) (umur 55)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–2023
Karya
Filemografi
Pasangan
  • Julia Daud (k. 1994; c. 2010)
  • Norhayati Zulkapli (k. 2023–2023)
Anak-anak2
IbuDatin Zaharah Othman
BapaDatuk Ahmad Jailani
SaudaraDatin Sri Maria Farida (sepupu)

Badrul Muhayat Ahmad Jailani (18 April 1968 – 28 Oktober 2023) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas peserta Hero Remaja dan sepupu kepada pelakon Maria Farida.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Badrul berkahwin dengan Julia Daud dan bercerai. Pasangan ini mempunyai dua orang anak.[3]

Beliau berkahwin dengan Norhayati Zulkapli pada 18 April 2023, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-55.[4]

Badrul menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 28 Oktober 2023 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang di sisi isterinya Norhayati Zulkapli di sebuah rumah inap desa. Menurut Norhayati, beliau meninggal dunia dalam keadaan tidur dan ketika itu Norhayati ingin mengejutkan Badrul untuk bersiap pergi ke sebuah karnival di daerah berkenaan. Tetapi arwah tidak memberi respon sehingga Norhayati bertindak memanggil dua rakannya yang juga pelakon iaitu Zazly Baginda dan Aida Aris namun mengesahkan Badrul sudah meninggal dunia sebelum memanggil pihak polis dan membawa arwah ke Hospital Seberang Prai untuk dibedah siasat.

Jenazah Badrul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves keesokan harinya pada 29 Oktober 2023 dan dihadiri petugas media hiburan, rakan artis antaranya Riezman Khuzaimi, Azhar Sulaiman, Zed Zaidi, Aris Ariwatan, Mubarak Majid, Didie Alias, Salwa Abdul Rahman, Esma Daniel dan ramai lagi.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. Hanisah Selamat (25 April 2019). Momen bersama anak lebih penting - Badrul Muhayat Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  2. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/03/11/usia-55-tahun-badrul-muhayat-masih-jadi-rebutan-ada-rahsia-kekal-muda-dan-bertenaga-segan-dipanggil-hero-kacak
  3. Ridzuan Abdul Rahman (29 Disember 2021). ""Saya tak culik, saya ambil atas permintaan mereka' - Badrul Muhayat". Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  4. Badrul Muhayat bertemu jodoh dengan graduan England

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]