Aidit Noh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aidit Noh
Kelahiran
Ahmad Aidit bin Noh

(1993-10-29) 29 Oktober 1993 (umur 29)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2015–kini
PasanganNur Atiqah Hanani

Ahmad Aidit Noh (lahir 29 Oktober 1993)[1] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan peranan lakonannya sebagai Zafree Khalis dalam drama romantik TV3, Sweetie Nanie.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aidit dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan mempunyai adik-beradik seramai empat orang dan merupakan anak kedua. Beliau merupakan lulusan dalam bidang kejuruteraan pesawat di UniKL-MIAT di Sepang, Selangor.[2]

Pada 29 Mei 2021, Aidit telah bernikah kepada seorang wanita bernama Hanani iaitu kawan baiknya sendiri.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya hiburan setelah memenangi pertandingan pencarian model Him for Hatta pada April 2014 pada usia 21 tahun. Hanya pada tahun 2016, beliau menjadi perhatian umum setelah berlakon bersama Nadia Brian dalam drama romantik Sweetie Nanie yang mana beliau memegang watak sebagai Zafree Khalis.[3]

Beliau juga berlakon bersama Aliff Aziz dan Mira Filzah dalam Meh Sandar Pada Aku (2017).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2021 Seandainya Kau Ada Tengku Iskandar @ Isaac

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Cinta Nasi Ambeng Johan TV1
Jodoh Sebelah Pintu Unifi TV
2016 Sesal Separuh Nyawa
Sweetie Nanie Zafree Khalis TV3
2017 Meh Sandar Pada Aku Lukman
Kisah Dari Mekah Sham Astro Oasis Episod 15
Girlfriend Aku Dari Neraka Astro Ria
2019 Cerita Hantu Asrama Cikgu Sani Astro Prima Episod 4
Rindu Yang Terlarang Aidil Astro Ria
Anugerah Cinta Aisyah TV2
2021 Rudy Vs Jolie Rudy TV Okey
Tahyul Ghazry TV3
2022 Kerana Dia Suka Riz
Dendam Seorang Isteri Naufal Astro Prima
Juliet Muzafar TV1
Anak Beranak Abe Yie Adi TV3
2023 Isteri Halal Zayn Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Girlfriend Aku Dari Neraka Pelakon Astro Ria
2016 Jatuh Cinta Buta Cameo
2017 Dosa Perempuan Daud TV3
2018 Renjana ntv7
2019 Cinta Praktikal TV Okey
Kipas Belum Mati Astro Citra
2020 Satu Bertiga Dani TV Okey
2022 Terbuka Pintu Syurga Kamal Astro Prima
2023 Satu Hari Di Bulan Februari TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2015 Fesyen Mania
2016 Agrotek TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Keputusan
2014 Heshe for Hatta Juara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Aidit Noh, Dari Modeling Ke Dunia Lakonan". Encik Shino. 14 Oktober 2017. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  2. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (6 November 2016). "Tuah Aidit Noh". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online.
  3. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 Oktober 2016). "Nadia, Aidit kongsi romantis". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Kosmo! Online.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]