Cinta Roller Coaster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Roller Coaster
Genre
Ditulis olehYus Paul
Izan Aris
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Syazwan Zulkifly
Puteri Aishah
Lagu pembukaan"Polaroid" oleh Sakura Band
Lagu penutup"Polaroid" oleh Sakura Band
PenggubahJamie James (muzik)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitRosyam Nor
Runika Mohd Yusof
Lokasi
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i HDTV 16:9
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal26 November 2016 – 8 Januari 2017
Kronologi
MengikutiNasi Minyak Kuah Cinta
Diikuti olehMeh Sandar Pada Aku

Cinta Roller Coaster ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 arahan Amor Rizan dibintangi oleh Syazwan Zulkifly dan Puteri Aishah.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia TV3 dari 26 November 2016 hingga 8 Januari 2017 menggantikan Nasi Minyak Kuah Cinta.[2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berkisar tentang percintaan Syakir (Syazwan Zulkifly) dan Ziany (Puteri Aishah) yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah mereka begitu manis dan mendapat restu kedua-dua orang tua mereka. Ziany merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Manakala Shakir pula merupakan anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.

Perjalanan percintaan mereka dipenuhi dengan kegembiraan sehingga ke jinjang pelamin. Syakir dan Ziany berkahwin pada usia muda. Pasangan suami isteri muda ini melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kedua mereka mendapat tawaran belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama. Segala kemanisan percintaan mereka berubah menjadi pahit apabila Ziany mula hamil. Oleh kerana tertekan dengan keadaannya yang sering loya, Ziany sering tidak hadir ke kuliah. Tambahan pula Ziany menghidap satu alahan yang teruk ketika hamil itu. Malahan perangai Ziany juga mula dingin terhadap Shakir dan mula berpaling kepada rakan sekelas Shakir, Muzzamil yang jauh lebih kacak. Akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zara.

Walaupun mereka amat cinta dengan satu sama lain, mereka sentiasa bergaduh lalu membawa kepada perceraian. Tetapi mereka takut untuk memberitahu ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahun dan tinggal bersebelahan rumah masing-masing.

Dalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Arissa Afrina sebagai Zara
  • Nur Qaireen Medyna sebagai Baby Zara

Undangan khas[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (9 Disember 2016). Drama Cinta Roller Coaster lakonan hebat Syazwan Zulkifly dan Puteri Aishah Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  2. ^ Drama Cinta Roller Coaster (TV3) My Infotaip (27 November 2016). Dicapai pada 1 Disember 2016.
  3. ^ Cinta Roller Coaster (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  4. ^ Zoe Ibrahim (1 Disember 2018). Rising Malaysian Star Puteri Aishah Loves Playing the Villain Unreserved Media. Dicapai pada 21 Februari 2019.
: Slot Dahlia, Setiap Jumaat- Ahad, 6:58 Petang
Sebelumnya Cinta Roller Coaster Berikutnya
Nasi Minyak Kuah Cinta Eksperimen Cinta (ulangan)