Meruwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Meruwi
𐦨𐦡𐦷𐦡𐦥𐦢‎
Di Meruwi, piramid-piramid pemerintah Kush
Piramid-piramid pemerintah Kush di Meruwi, dari 300 SM ke 350 TM
Nama alternatifMeroë, Meroe, Meroi
LokasiSungai Nil, Sudan
WilayahKush
Koordinat16°56′00″N 33°43′35″E / 16.93333°N 33.72639°E / 16.93333; 33.72639Koordinat: 16°56′00″N 33°43′35″E / 16.93333°N 33.72639°E / 16.93333; 33.72639
JenisPenempatan
Nama rasmi
Tapak Arkeologi Pulau Meruwi
JenisBudaya
Kriteriaii, iii, vi, v
Ditetapkan2011 (sesi ke-35)
No. rujukan
1336
RantauAfrika

Meruwi (Jawi: مرووي, /ˈmɛru/;[1] juga dieja Meroë, Meroe, Meroi;[2] Meroitik: Medewi; Arab: مرواه, rumi: Meruwah dan Arab: مروي, rumi: Meruwi; Bahasa Yunani Kuno: Μερόη, Meróē) ialah sebuah bandar purba di sebelah timur Sungai Nil kira-kira 6 km timur laut dari stesen Kabushiya berhampiran Shendi, Sudan, dan kira-kira 200 km timur laut Khartoum. Berhampiran tapak itu terdapat beberapa kampung yang dipanggil Bagrawiyah (Arab: البجراوية). Bandar Meruwi dahulu ibu bandar Kerajaan Kush selama beberapa abad dari sekitar 590 SM, hingga ia jatuh pada abad ke-4 Masihi. Kerajaan orang Kush di Meruwi mendapat namanya sempena "Pulau Meruwi", wilayah Butana moden, wilayah yang bersempadan dengan Sungai Nil (dari Sungai Atbarah hingga Khartoum), Atbarah dan Sungai Nil Biru.

Bandar Meruwi berada di pinggir Butana. Terdapat dua lagi bandar Meroitik di Butana: Musawwarat es-Sufra dan Naqa.[3][4] Yang pertama diberi nama Meruwi oleh raja Parsi, Cambyses, sempena saudara perempuan baginda dipanggil dengan nama itu. Bandar tersebut asalnya disebut Saba dalam zaman purba, sempena nama pengasas asal negara itu.[5] Nama eponim Saba, atau Seba, dinamakan untuk salah seorang anak lelaki Kush (lihat Kejadian 10:7). Bilangan tapak Meruwi yang banyak di barat wilayah Butana, malah berhampiran Butana, adalah penting untuk memahami bagaimana kawasan tengah wilayah itu diduduki. Cara susun atur penempatannya menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal pengeluaran bahan keperluan untuk rakyat.[6]

Kerajaan Kush yang diduduki bandar Meruwi merupakan antara negeri-negeri terawal yang terletak di tengah-tengah Nil. Ia salah satu negeri terawal dan paling maju yang diasaskan di benua Afrika. Jika negeri-negeri awal sekitar kawasan Nil tengah diteliti, pemahaman tentang Meruwi, bersama-sama perkembangan sejarah negari-negari bersejarah lain, dapat diperkaya melalui memerhatikan bagaimana Meruwi mempengaruhi negeri-negeri Lembah Nil yang lain.[6]

Tapak bandar Meruwi dipenuhi dengan dua ratus piramid yang dibina bertiga-tiga, namun kebanyakannya telah runtuh. Piramid-piramidnya mengikut saiz dan ukuran unik piramid Nubia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

mjrwjwꜣt[7]
dalam hieroglif
mirwiwAt niwt
xAst
Barat Jauh pada 200 SM, menunjukkan Kerajaan Meruwi dan jiran-jirannya.

Meruwi merupakan ibu kota selatan Kerajaan Kush. Kerajaan Kush wujud pada s. 800 SM – s. 350 AD dan, pada mulanya, ibu kota utamanya terletak lebih jauh ke utara di Napata.[8] Raja Aspelta memindahkan ibu kota ke Meruwi, lebih jauh ke selatan daripada Napata, mungkin sekitar 591 SM[9] sejurus selepas Napata dijarah oleh Firaun Mesir Psamtik II.

Warisan Dunia[sunting | sunting sumber]

Pemandangan satelit moden wilayah Merwi (Oktober 2020)

Pada Jun 2011, Tapak Arkeologi Meruwi telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Meroë" in the American Heritage Dictionary of the English Language (2020).
  2. ^  Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ a b "Archaeological Sites of the Island of Meroe". UNESCO World Heritage Centre. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Dicapai pada 15 March 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "UNESCO" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Elkhair, Osman; Ali, Imad-eldin. "Ancient Meroe Site: Naqa and Musawwarat es-Sufra". Ancient Sudan–Kush. Ancientsudan.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2006. Dicapai pada 6 September 2012.CS1 maint: unfit URL (link)
  5. ^ Josephus, Titus Flavius, Antiquities of the Jews, Book 2, Chapter 10, Section 2, Paragraphs 245–247 and 249, diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2020, dicapai pada 19 February 2017
  6. ^ a b Edwards, David N. (1998). "Meroe and the Sudanic Kingdoms". The Journal of African History. 39 (2): 175–193. doi:10.1017/S0021853797007172. JSTOR 183595.
  7. ^ Gauthier, Henri (1926). Dictionnaire des Noms Géographiques Contenus dans les Textes Hiéroglyphiques. 3. m/s. 12.
  8. ^ Török, László (1997). The Kingdom of Kush: Handbook of the Napatan-Meroitic Civilization. Handbuch der Orientalistik. Erste Abteilung, Nahe und der Mittlere Osten. 31. Leiden: Brill. ISBN 90-04-10448-8.
  9. ^ Festus Ugboaja Ohaegbulam (1 October 1990). Towards an understanding of the African experience from historical and contemporary perspectives. University Press of America. m/s. 66. ISBN 978-0-8191-7941-8. Dicapai pada 17 March 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]