Hemen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hemen
Taharqa membuat persembahan kepada Hemen. Patung dari Louvre.
Simbol Falkon

Hemen ialah seorang dewa falkon dalam agama Mesir Purba.

Tempat pemujaan[sunting | sunting sumber]

Perspektif lain yang menunjukkan Hemen dengan lebih terperinci.

Dia selalunya dipuja sebagai dewa yang telah bersatu dengan Horus, sebagai Horus-Hemen, dewa bandar Asphynis[1] atau Horakhte-Hemen di bandar Hefat. [2] [3] [4] Flinders Petrie, ahli kaji purba Mesir British, memanggil Hemen dewa bandar Tuphium. Hemen juga digunakan untuk nama sebuah bandar Mesir purna (seperti yang disebut oleh Flinders Petrie semasa pengajiannya di Abydos).[5]

Beberapa contoh artifak yang merujuk Hemen[sunting | sunting sumber]

Hemen disebut dalam seberapa inskripsi dan teks. Antaranya termasuk:

  • Dalam Teks Piramid, Ungkapan 231. [6]
  • Ankhtifi, seorang nomark (= gabenor daerah) dari Tempoh Perantaraan Pertama, ditunjukkan sedang memeriksa armada, membunuh seekor badak air di Hefat semasa perayaan dan mempersembahkan badak air itu kepada Hemen.[7]
  • Sebuah stele bulat dari dinasti ke-13 menyeru Ptah-Sokari-Osiris dan Horus-Hemen dewa Asphynis. Stele itu dahulunya dalam koleksi V. Golenishchev tetapi kini berada di Moscow, di Muzium Seni Halus Negeri Pushkin.[8]
  • Ketua pemahat Userhat yang hidup pada akhir dinasti ke-18/permulaan dinasti ke-19 menyebut "menyebabkan patung pujaan bersemayam di keramat mereka". Hemen dari Hefat ialah salah satu dewa yang Userhat bertanggungjawab menjaga.[9]
  • Patung dari zaman Amenhotep III; Kini di Avignon, Musée Calvet.[10][11]
  • Dalam dinasti ke-22 Hemen dari Hefat disebut sebagai tukang ramal. Seorang lelaki bernama Ikeni menghadap Hemen di Hefat dan dewa itu berkata "Ikeni betul! Dia sudah bayar (dll.)".[12]
  • Firaun dinasti ke-25 Taharqa ditunjukkan di hadapan dewa Hemen dalam sebuah patung yang kini berada di Louvre.
  • Sekitar 300 SM, Kultus Hemen masih aktif seperti yang dibuktikan oleh inskripsi seorang pegawai bernama Hornefer.[2]
  • Dalam penyenaraian Institut Griffiths: Objek batu dengan Hemen yang mungkin berkepala helang menunjukkan teks Amenophis III "yang dikasihi Hemen, dewa perayaan sed".[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Griffiths Institute
  2. ^ a b "Text of Hor-nefer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 2010-04-29. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Hor-nefer" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ The Griffiths Institute formerly in V. Golenishchev colln. 4157, now in Moscow, State Pushkin Museum of Fine Arts
  4. ^ Henri Wild, Statue de Hor-Néfer au Musée des Beaux-Arts de Lausanne, BIFAO 54 (1954) pp.173-222 via Text of Hornefer Diarkibkan 2012-03-03 di Wayback Machine
  5. ^ Mentioned in Jean Capart, Primitive art in Egypt, 1905, accessed at Primitive Art in Egypt retrieved 12/09/2011
  6. ^ "Pyramid Texts Online - English Translation".
  7. ^ J.M.A. Janssen, Annual Egyptological Bibliography, 1947
  8. ^ Griffith Institute working document on Stela, page 208. retrieved 20/09/2011
  9. ^ Elizabeth Frood, John Baines, Biographical texts from Ramessid Egypt, 2007
  10. ^ location (listed 14th on page)Statues of Deities), Oxford: Griffith Institute, 1999 Diarkibkan 2011-07-25 di Wayback Machine ISBN 0-900416-69-6 retrieved 20/09/2011
  11. ^ (with D. Magee and E. Miles) Topographical Bibliography of Ancient Egyptian Hieroglyphic Texts, Statues, Reliefs and Paintings, viii, Objects of Provenance Not Known, Part 2. Private Statues (Dynasty XVIII to the Roman Period). Statues of Deities. Oxford: Griffith Institute. 1999. ISBN 0-900416-69-6 description of statue from page 1041 of Griffiths Institute of Oxford retrieved 20/09/2011
  12. ^ Kim Ryholt, A Pair of Oracle Petitions Addressed to Horus-of-the-Camp, The Journal of Egyptian Archaeology, Vol. 79 (1993), pp. 189-198
  13. ^ (with D. Magee and E. Miles) Topographical Bibliography of Ancient Egyptian Hieroglyphic Texts, Statues, Reliefs and Paintings, viii, Objects of Provenance Not Known, Part 2. Private Statues (Dynasty XVIII to the Roman Period). Statues of Deities. Oxford: Griffith Institute. 1999. ISBN 0-900416-69-6 description of statue from page 1041 of Griffiths Institute of Oxford retrieved 20/09/2011

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]