Pergi ke kandungan

Heka (dewa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heka
Pusat kultus utama Esna
Maklumat peribadi
ibu bapa Khnum (bapa)

Neith, Mehet-Weret, Menhit, atau Nebtuwi (ibu)

Heka (Mesir Purba: ḥkꜣ(w);[1] Qibtiϩⲓⲕ hik;[2] juga dialih huruf kepada Hekau) ialah dewa konsep sihir dan perubatan[3] dalam kepercayaan Mesir purba. Nama dewa ini perkataan Mesir untuk "sihir" atau "kesaktian". Menurut kesusasteraan Mesir (teks keranda, mantera 261), Heka wujud "sebelum keduaan dijadikan." Istilah ḥk3 juga digunakan untuk merujuk kepada upacara sihir.[4]

Nama Heka sama dengan perkataan Mesir ḥkꜣ(w) "sihir". Ejaan hieroglifnya mempunyai simbol untuk perkataan ka (kꜣ), konsep nyawa Mesir purba. Disebabkan nama amat penting semasa Mesir purba, Heka sering dimasukkan dalam nama peribadi. Beberapa contoh termasuk: Hekawy, Hekaf, ataupun Heka sahaja. Dewi Isis juga kadang-kadang bergabung dengan Heka dan dipanggil Werethekau, Dewi Agung kesaktian.[5]

ḥk3w
dalam hieroglif
HkA
Y1
Z3A40

or
F22
R12
Heka, memegang dua ekor ular bersilang antara satu sama lain dengan belakang singa pada standard nomos melambangkan namanya di atas kepalanya dalam bentuk ajaib

Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]
Heka (ḥkꜣ)

Teks Piramid Kerajaan Lama menggambarkan Heka sebagai tenaga ghaib yang dimiliki oleh para dewa. "Firaun kanibal" mesti memakan dewa-dewa lain untuk mendapatkan kuasa ajaib ini. Lama-kelamaan, Heka diangkat menjadi dewa tersendiri, dan kultusnya berkembang.

Mitos penciptaan

[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Teks Keranda, Heka dikatakan telah dicipta pada awal zaman oleh Atum, dewa pencipta. Kadang-kadang Heka juga dipersonifikasikan sebagai dewa pencipta, digambarkan sebagai seorang lelaki atau kanak-kanak dan dalam beberapa gambaran memegang dua ekor ular. Heka juga dikatakan salah satu daripada tiga aspek pencipta bersama-sama Sia dan Hu.[6]

Mitos umum

[sunting | sunting sumber]

Heka kemudiannya digambarkan sebagai sebahagian daripada tablo bahtera matahari dan sebagai pelindung Osiris di Duat yang mampu membutakan buaya.

Kemudian, semasa dinasti Ptolemaik, peranan Heka adalah untuk mengisytiharkan firaun ditabalkan sebagai anak Isis, dengan Isis memeluknya.[7][8]

Heka juga sebahagian daripada triad dewa di Esna, ibu kota Mesir Ptolemaik dan Rom di Nomos Ketiga Thebaid, Mesir Hulu, di mana dia anak kepada Khnum berkepala bebiri dan ramai orang dewi. Ibunya dikatakan ialah Nebtuwi (salah satu jelmaan Hathor), Menhit berkepala singa, dan dewi lembu Mehet-Weret, sebelum akhirnya mantap sebagai anak Neith, dewi perang dan ibu.[9]

Werethekau yang namanya bermaksud "dia yang mempunyai sihir yang hebat" juga kadangkala dikaitkan dengan kekuatan Heka.

Seperti yang dijelaskan oleh pakar Mesir Ogden Goelet (1994), sihir dalam Kitab Orang Mati bermasalah: Teks tersebut menggunakan pelbagai perkataan yang sepadan dengan 'sihir', kerana orang Mesir benar-benar percaya pada sihir. Seperti Goelet menjelaskan:

Sihir Heka itu banyak perkara, tetapi yang paling utama ia berkait rapat dengan ucapan dan kuasa kata-kata. Dalam bidang sihir Mesir, tindakan tidak semestinya lebih lantang daripada kata-kata—kedua-duanya seringkali adalah satu dan sama. Pemikiran, perbuatan, imej, dan kuasa secara teorinya bersatu dalam konsep Heka.

— O. Goelet (1994)[10]
  1. ^ "Projet Rosette - Dictionary detail". projetrosette.info. Dicapai pada 2017-09-21.
  2. ^ "Coptic Dictionary Online". corpling.uis.georgetown.edu. Dicapai pada 2017-09-21.
  3. ^ "Heka, god of Egypt". landofpyramids.org. Dicapai pada 2018-01-31.
  4. ^ Mirecki, Paul; Meyer (2015-08-24). Ancient Magic and Ritual Power (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 49. ISBN 978-90-04-28381-7.
  5. ^ Riggs, Christina (2020). Ancient Egyptian magic a hands-on guide. Thames & Hudson. m/s. 23. ISBN 978-0-500-05212-9.
  6. ^ Shaw, Garry J. (2014). The Egyptian myths A guide to the ancient gods and legends. Thames and Hudson. m/s. 27. ISBN 978-0-500-25198-0.
  7. ^ Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Psychology Press. m/s. 66. ISBN 978-0415344951. Dicapai pada 22 June 2016.
  8. ^ Dunand, Françoise; Zivie-Coche, Christiane (2004). Gods and Men in Egypt: 3000 BCE to 395 CE. Cornell University Press. ISBN 978-0801441653.
  9. ^ Najovits, Simson R. (May 2003). Egypt, Trunk of the Tree. I: A Modern Survey of and Ancient Land. Algora Publishing. ISBN 9780875862347.
  10. ^ Ani; dll. (1994) [1250 BCE]. Goelet, Ogden Jr. (penyunting). The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going Forth by Day. Diterjemahkan oleh Faulkner, Raymond. preface by Carol Andrews (ed. 1st). San Francisco, CA: Chronicle Books. m/s. 145. ISBN 0811807673. iaitu Papirus Ani (penulis persembahan dewa diraja), ditulis dan digambarkan sekitar 1250 SM, oleh jurutulis dan seniman yang tidak diketahui, termasuk baki bab-bab kitab orang mati yang dikenali sebagai resensi Thebes, yang disusun daripada teks kuno, berasal dari akar tamadun Mesir