Sebiumeker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebiumeker
Patung Sebiumeker di muzium Carlsberg Glyptotek, abad ke-1 SM
Pusat kultus utamaMeroe, Kush
Maklumat peribadi
Adik-beradikArensnuphis ?

Sebiumeker ialah seorang dewa besar hal memperanakkan dan kesuburan dalam mitologi Nubia yang dahulu dipuja di Meroe, Kush, di Sudan masa kini. Dia kadangkala dianggap sebagai penjaga pintu gerbang kerana patung-patungnya kadang-kadang ditempatkan berhampiran pintu. Dia ada banyak persamaan dengan Atum tetapi mempunyai ciri-ciri Nubia, dan juga dianggap sebagai dewa pertanian.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Meroitiknya mungkin Sabomakal, yang menjadi Sebiumeker dalam bahasa Mesir purba.[1]

Peranan dalam Kush purba[sunting | sunting sumber]

Sebiumeker ialah dewa besar hal memperanakkan dan kesuburan di Meroe, Kush (Sudan masa kini).[2][3]

Dia digelar Dewa Musawwarat, sebuah bandar dan tapak arkeologi. Patung-patungnya sering dijumpai berhampiran pintu di tapak arkeologi Tabo dan Musawwarat es-Sufra, Nubia,[4] jadi mungkin dia seorang dewa penjaga.[2] Tetapi tafsiran lain percaya dia mewakili transformasi, itulah sebab dia diletakkan di pintu-pintu kuil.[2]

Walaupun sememangnya seorang dewa Nubia, dia mempunyai banyak simbol dan legenda Mesir.[5]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Temannya (atau mungkin abang) ialah Arensnuphis.[5] Hubungannya dengan Arensnuphis ini serupa dengan hubungan dengan Set dan Osiris.[5]

Imej[sunting | sunting sumber]

Dia memakai sebuah mahkota berganda, janggut dan ureus dan mempunyai telinga yang besar, tanda yang dia seseorang yang penting. Dengan mahkota berganda, janggut palsu, kain sarung dan tunik,[5] dia menyerupai Atum.[2][6][7]

Sebuah bepala daripada batu pasir tanpa tulisan berada di Meroe. Ia juga mempunyai mahkota berganda dengan ureus. Ia mempunyai beberapa ciri yang nampak seperti ciri Mesir tetapi juga mempunyai permukaan yang tidak dimodelkan seperti gaya Nubia.[8]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Dia salah seorang dewa dalam senario Gifts of the Nile dalam permainan video strategi Civilization VI.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Scholz, Piotr O. (2006). Nubien: Geheimnisvolles Goldland der Ägypter. m/s. 153. ISBN 978-3-8062-1885-5.
  2. ^ a b c d Mark, Joshua J. "Egyptian Gods - The Complete List". World History Encyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2019. Dicapai pada 27 March 2019.Mark, Joshua J. "Egyptian Gods - The Complete List". World History Encyclopedia. Archived from the original on 27 March 2019. Retrieved 27 March 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "complete" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Fisher, Marjorie M.; Lacovara, Peter; Ikram, Salima; d'Auria, Sue (2012). Ancient Nubia: African Kingdoms on the Nile. m/s. 134. ISBN 978-977-416-478-1.
  4. ^ Török, László (2002). The Image of the Ordered World in Ancient Nubian Art: The Construction of the Kushite Mind, 800 Bc-300 Ad. m/s. 302. ISBN 978-9004123069.
  5. ^ a b c d Richard A Lobban JR (9 December 2003). Historical Dictionary of Ancient and Medieval Nubia. m/s. 343–344. ISBN 9780810865785. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "dict" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Wildung, Dietrich; Kuckertz, Josephine (1996). Sudan: Antike Königreiche am Nil ; Kunsthalle der Hypo-Kulturstiftung, München, 2. Oktober 1996 - 6. Januar 1997 ... Reiss-Museum, Mannheim, 14. Juni - 20. September 1998 ; [eine Ausstellung des Institut du Monde Arabe, Paris und der Kunsthalle der Hypo-Stiftung, München]. m/s. 267. ISBN 978-3-8030-3084-9.
  7. ^ "Rival to Egypt, the Nubian kingdom of Kush exuded power and gold". National Geographic. 15 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2019. Dicapai pada 26 March 2019.
  8. ^ Bianchi, Robert Steven (2004). Daily Life of the Nubians. m/s. 237. ISBN 9780313325014.