Mitologi Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mitos Bulan Sabit Subur
series
Mitologi Mesopotamia
Mitologi Arab Silam
Mitologi Levant Silam
Tuhan Semenanjung Arab Pra-Islam

Mitologi Arab terdiri dari kepercayaan zaman jahiliah silam orang Arab.

Sebelum kedatangan Islam di Semenanjung Arab pada 622, pusat fizikal Islam, Kaabah Mekah, telah diliputi dengan tanda-tanda khurafat dan syirik besar yang mewakili myriad syaitan, jin, separuh dewa dan makhluk-makhluk aneka jenis yang mewakili alam sekitar politeisme secara besar Semenanjung Arab Silam pra-Islam. Kita dapat membuat kesimpulan dari majmuk ini suatu konteks luas yang luar biasa di mana mitologi dapat berkembang maju.[1]

Cerita jin, ghul, lampu ajaib, permaidani terbang, dan permintaan dikandungi dalam kisah cerita dari Hikayat Seribu Satu Malam dan karya lain yang telah diwarisi melalui beberapa generasi.

Konsep Mata kejahatan disebut dalam al-Quran, dalam Surah Al-Falaq (yang mana Nabi Muhammad telah diberitahu langkah / cara untuk mendapatkan perlidungan "dari kejahatan hasad dengki ketika seseorang itu sedang mendengki"). Terdapat segelintir orang Arab yang menggunakan Khamsa untuk menempis kesan Mata Kejahatan.[2] Di kalangan umat Islam traditional dan kini, pelbagai ayat Al-Quran seperti Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq dibaca untuk mendapatkan rahmat bagi menjauhi anasir-anasir jahat berupa gangguan jin, syaitan dan ilmu hitam (sihir).

Tuhan-tuhan Zaman Jahiliah dalam Mitologi Arab[sunting | sunting sumber]

Bapa:

Hubal (Arab: هبل) Dianggap sebagai tuhan utama dari semua tuhan-tuhan dan yang paling terkemuka, berhala Hubal berhampiran Kaabah di Makkah dan diperbuat dari batu akik, dan dibentuk seperti manusia, tetapi dengan tangan kanan dipatah dan diganti dengan tangan emas.[3]

Tiga Dewi:

  1. Allāt (Arab: اللات) Berhala batu semenanjung Arab yang adalah salah seorang dari tiga berhala dihormati oleh orang Arab di Makkah. Dia ditempatkan di Taif[4]
  2. Al-‘Uzzá (Arab: العزى) "Yang Teragung" atau "Yang kuat" adalah seorang dewi kesuburan semenanjung Arab yang adalah salah satu dari tiga dewi utama Mekah, orang Arab hanya memanggilnya Hubal untuk perlindungan dan kemenangan sebelum perang dan itu adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya dia.[5]
  3. Manāt (Arab: مناة) Adalah salah seorang dewi utama Mekah, orang Arab mempercayai Manāt sebagai dewi takdir, Kitab Berhala menjelaskannya sebagai yang terkun dari semua berhala ini. Orang Arab menamakan [anak mereka] 'Abd-Manāt dan Zayd-Manāt. Manāt didirikan di pesisir pantai di kawasan sekitar al-Mushallal di Qudayd, di antara Madinah dan Mekah. Semua orang Arab mpernah memujanya dan berkorban sebelumnya. Kaum Aws dan Khazraj, dan juga penduduk Madinah dan Mekah dan kawasan sekitar mereka, pernah memuja Manāt, berkorban sebelumnya, dan membawa kepadanya persembahan mereka... Kaum Aws dan Khazraj, dan juga di kalangan orang Arab di kalangan orang Yathrib dan tempat lain yang mengambil cara hidup mereka, pergi berhijrah dan memerhati berwaspada di setiap tempat ditetapkan, tetapi tidak menyukur kepala mereka. Di hujung hijrah, sungguhpun, apabila mereka dalam perjalanan pulang, mereka akan pergi ke tempat di mana Manāt berdiri, menyukur kepala mereka, dan tinggal di sana untuk sementara. Mereka tidak menganggp hijrah mereka selesai hingga mereka melawat Manāt.[6]

Tuhan-tuhan terkenal lain:

  1. Manaf (Arab: مناف) Patung Munaf dibelai oleh wanita, tetapi apabila mereka ada haid mereka tidak dibenarkan menghampirinya.[4]
  2. Wadd (Arab: واد) Tuhan cinta dan persahabatan. Ular dipercayai suci kepada Wadd.[4]
  3. Amm (Arab: أم) Adalah tuhan bulan disembah di Qataban silam. Dia dipuja sebagai tuhan cuaca, oleh kerana penghargaannya termasuk petir.
  4. Ta'lab (Arab: طالَب) Seorang tuhan disembah di semenanjung Arab selatan, khususnya di Sheba. Ta'lab adalah tuhan bulan. Ramalannya dirunding untuk nasihat.
  5. Dhu'l-Halasa (Arab: َذو الحَلاس) adalah tuhan peramal semenanjung Arab selatan. Dia dipuja dalam bentuk sebuah batu putih.
  6. Al-Qaum (Arab: القوم Adalah tuhan perang dan malam Nabataean, dan juga penjaga kabilah.
  7. Dzushara (Arab: ذو شرى) Adalah seorang tuhan Nabataean. Namanya bermakna "Tuhan Gunung"

Makhluk ghaib[sunting | sunting sumber]

Makhluk halus:

  1. Marid (Arab: مارد) Marid sering dijelaskan sebagai jenis jin paling berkuasa, dengan terutamanya mempunyai kuasa hebat. Mereka dalah yang paling sombong dan angkuh juga. Seperti setiap jin, mereka mempunyai kebebasan iradat sedangkan dapat didipaksa melakukan tugas. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk memperuntukkan keinginan kepada manusia, tetapi itu biasanya memerlukan peperangan, dan menurut dengan sesetengah sumber pemenjaraan, upacara amal, atau hanya a great deal of flattery.
  2. Ifrit (Arab: عفريت) golongan jin dahsyat, semangat-semangat di bawah tahap malaikat dan syaitan, dikenali dengan kekuatan mereka dan licik. Seorang ifrit adalah seekor makhluk bersayap besar dari api, sama ada jantan atau betina, yang tinggal di bawah tanah dan sering kerap kali menetap di puing. Ifrits tinggal dalam suatu masyarakat distruktur di kalangan barisan puak Arab silam, dilengkap dengna raja, suku, dan kaum. Mereka biasanya mengahwini sesama sendiri, tetapi mereka juga mengahwini manusia. Sementara senjata dan forces tiada kuasa ke atas mereka, mereka mudah dipengrauh oleh sihir, yang manusia dapat guna untuk membunuh mereka atau menangkap dan menghambakan mereka. Seperti dengan jin, seekor ifrit dapat menjadi sama ada mukmin atau kafir, baik atau jahat, tetapi dia sering digambar sebagai suatu makhluk yang kejam dan tanpa belas kasihan.
  3. Jin (Arab: جن)adalah makhluk ghaib yang memiliki kebebasan idarat, dan dapat menjadi baik atau jahat. Dalam sesetengah hal, jin jahat dikatakan menyesatkan manusia.[7]

Raksasa:

  1. Nasnas (Arab: نسناس) adalah "separuh manusia; dengan separuh kepala, separuh badan, satu lengan, satu kaki, dengan mana ia meloncat dengan banyak ketangkasan". Ia dipercayai anak kepada hantu bergelar Shikk dan seorang manusia.[8]
  2. Ghul (Arab: غول) adalah hantu kediaman padang pasir dan dapat mengubah bentuk yang dapat menganggap samaran seekor haiwan, terutamanya seekor dubuk. Ia mengumpan pengembara ke dalam bunagan padang pasir untuk membunuh dan membaham mereka. Makhluk ini juga memangsakan kanak-kanak, merompak kubur, meminum darah, dan memakan mayat mengambil bentuk orang yang mereka terdahulunya telah makan. Oleh kerana kelakuan yang kemudian, perkataan ghul kadang-kadang digunakan untuk merujukkan pada seorang manusia biasa seperti perompak kubur, atau sesiapa yang keseronokan pada yang mengerikan.[9]
  3. Bahamut (Arab: بهموت Bahamūt) adalah seekor ikan besar yang menyokong bumi dijelaskan mempunyai kepala menyerupai badak air atau gajah.[10]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Karen Armstrong (2000,2002). Islam: A Short History. m/s. 11. ISBN 0-8129-6618-x Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Hamsa at About.com
  3. ^ The Book of Idols (Kitāb al-Asnām) by Hishām Ibn al-Kalbī
  4. ^ a b c Book of Idols Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "book" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Tawil 1993
  6. ^ Hommel, First Encyclopaedia of Islam, Vol. 1. p. 380
  7. ^ Quran 7:11–12
  8. ^ Robert Irwin The Arabian Nights: a Companion (Penguin, 1994)
  9. ^ "ghoul". Merriam-Webster Online Dictionary. Dicapai pada January 22, 2006.
  10. ^ Borges, Jorge Luis (2002). The Book of Imaginary Beings. London: Vintage. m/s. 25–26. ISBN 0099442639. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]