Mohd Zaki Mansur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
To'ki
Latar belakang
Nama lahirMohd Zaki bin Mansur
Juga dikenali sebagai
To'ki
Kelahiran1965 (umur 58–59)
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreBalada, Rock, Pop Etnik
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1993–Kini

Mohd Zaki bin Mansur atau lebih dikenali dengan nama To'ki merupakah salah seorang penyanyi popular era 1990an yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik selain turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Lagu seperti Hampa, Selumbar, Biasan dan Seni Berzaman adalah sebahagian daripada deretan lagu popularnya pada era tersebut. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Fauzi Marzuki dan M. Nasir di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, Sheqal, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin. Ketika era kegemilangannya, To'ki pernah mewakili negara dalam Pertandingan Lagu Asia di Hanoi pada 1993 dan memenanginya.

Beliau kini bergiat cergas dalam menulis runut bunyi untuk drama dan filem di Malaysia.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

To’ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar yang menuduhnya menjadi ketua kongsi sehingga menyebabkan dia bertindak untuk menyaman akhbar itu. Pada tahun 2011, beliau dituduh meminta sedekah di Pasar Borong Selayang selain pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah [1].

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. To'ki (1991)
  2. To'ki 2 (1992)
  3. Bersawala (1994)
  4. Diri Ku Diri Mu (1996)
  5. Hujan Emas (1998)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. Kekanda (2005)

Album Duet/Kumpulan[sunting | sunting sumber]

  1. Mel & To'ki (1992)
  2. None: Satu Kelainan

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album
1991 "Biasan" To'ki
"Halusinasi"
1992 "Sketsa Edora"
"Asyikan"
"Seni Berzaman" To'ki 2
"Bara Asmara"
1993 "Di Bayang Senja"
"Selagi Daya"
1994 "Hampa" Bersawala
"Bersawala"
"Jodoh Tak Sampai"
1995 "Puri Khayalanku"
"Antara Intan Atau Kaca"
1996 "Diri Mu Diri Ku" Diri Ku Diri Mu
"Di Kala Aku Lena Beradu"
1997 "Perhamba Penyuluh"
"Selumbar"
1998 "Firasat" Hujan Emas
"Joget Menyanyi"
2005 "Dendang Sahutan"
(duet Andy FP)
Kekanda
"Naluri Cinta"
(duet Rohana Jalil)
"Biasan 2005"
2008 "Sari Maya" OST Drama Sari Maya

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
1993 Anugerah Juara Lagu ke-8 Irama Malaysia "Seni Berzaman" Menang
Pesta Lagu Asia Hanoi Menang
1994 Anugerah Juara Lagu ke-9 Balada "Naluri Cinta" Tercalon
1998 Anugerah Juara Lagu ke-13 Irama Malaysia "Firasat" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 97/98 Penyanyi Paling Popular Tercalon
1999 Anugerah Industri Muzik ke-6 Album Pop Etnik Terbaik Hujan Emas Tercalon
2005 Anugerah Era Lagu Etnik Kreatif Pilihan "Dendang Sahutan" Tercalon
Trivia
  • "Naluri Cinta" adalah merupakan lagu penyertaan beliau bersama Rohana Jalil pada AJL edisi 1994 bagi kategori Balada.

Rujukan[sunting | sunting sumber]