Mokhtaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mokhtaruddin
Pasung puaka 02.jpg
Mokhtaruddin dalam filem Pasung Puaka
KelahiranMokhtaruddin Haji Mohd Said
(1954-12-22) 22 Disember 1954 (umur 64)
Tambun Tulang, Arau,  Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini  Malaysia)
WarganegaraMalaysia
Tahun aktif1970-an-kini
PasanganSharifah Tahiyah Syed Mahamood

Mokhtaruddin Haji Mohd Said (juga dikenali sebagai Mokhtaruddin; lahir pada 22 Disember 1954 di Tambun Tulang, Arau, Perlis), merupakan seorang pelakon Malaysia pada era 1970-an hingga 1980-an. Selepas itu, beliau tidak lagi aktif berlakon dan banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan, terutamanya di sekitar Perlis.

Ketika zaman kegemilangan[sunting | sunting sumber]

Wajah Mokhtaruddin, pelakon popular era tahun 1970-an hampir seiras dengan Ed Osmera (Allahyarham) menjadikan kemunculan mereka kadang-kadang agak mengelirukan penonton. Bahkan, kedua-duanya pernah digandingkan dalam filem Raja Laut arahan Z. Lokman pada 1976.

Malah, antara Mokhtaruddin, Ed Osmera dan Z Lokman juga mempunyai iras wajah hampir sama menjadikan mereka kelihatan seolah-olah seperti bersaudara pula.

Mokhtaruddin, adalah antara hero filem Melayu dekad 1970-an sehingga 80-an. Kali terakhir beliau diundang muncul di layar perak pada 2002 menerusi filem Mendam Berahi, juga arahan Z Lokman. Beliau diperkenalkan ke layar perak oleh M Shahdan, menerusi filem Kapal Siam pada awal 70-an. Sejak itu, bakatnya semakin terserlah dalam dunia lakonan dan sering diberikan watak utama.

Kemahirannya bersilat menyebabkan tokoh pengarah veteran, Naz Achnas mengambilnya sebagai pelakon filem Loceng Maut pada 1976. Filem itu turut dibintangi Hussein Abu Hassan dan Teh Faridah. Selepas filem itu, beliau diberi kepercayaan memegang watak pembantu dan utama dalam filem produksi tempatan ketika itu, terutama filem bercorak purba dan aksi.

Sebenarnya, sebelum menjadi pelakon, Mokhtaruddin sememangnya terlebih dahulu menjadi jurulatih silat di Studio Merdeka Hulu Klang (sekarang Kompleks Finas), bermula pada tahun 1974.

Antara filem yang pernah dibintanginya sama ada watak pembantu atau utama, ialah filem Langkah Sumbang, Binjai Masin atau Kapak Siam, Langit Tidak Selalu Cerah, Pertentangan, Ribut Barat, Cahaya Sakti, Pasung Puaka, Cikgu Sayang dan Jauh Di Sudut Hati.

Di era kegemilangannya, Mokhtaruddin pernah 2 kali dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia iaitu menerusi filem Pasung Puaka pada 1980 dan diikuti filem Pertentangan pada 1984. Biarpun tidak menang, bakat beliau diiktiraf antara yang terbaik ketika era 80-an.

Beliau juga turut berlakon dalam beberapa drama terbitan RTM, antaranya Wira iaitu drama televisyen warna pertama, menjadi pelakon utama berpasangan dengan Aznah Hamid dan Abdullah Zainol.

Aktiviti kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Selain aktif berlakon, Mokhtaruddin juga aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan menubuhkan Persatuan Seni Silat Pancang 12. Dalam persatuan itu, beliau sebagai guru silat dan mengembangkan seni silat ini ke seluruh negara.

Beliau mula mengajar silat sejak tahun 80-an di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selepas tidak aktif berlakon. Bahkan, beliau juga pernah menjadi jurulatih seni mempertahankan diri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1985 hingga 1986.

Pada 1998, Mokhtaruddin bersama isterinya, Sharifah Tahiyah Syed Mahamood mengasaskan Pondok Penyayang Raudah di Gombak, Selangor untuk menjadi pusat pendidikan remaja bermasalah, seperti terlibat dalam gejala dadah, buli, lepak dan sebagainya dengan menganjurkan kegiatan keagamaan dan sosial dalam usaha membantu kerajaan menyelesaikan sebahagian permasalahan masyarakat.

Mokhtaruddin juga menganjurkan kem musim panas setiap minggu sebagai kem motivasi untuk pelajar sekolah dan membantu penghasilan serta penerbitan drama berunsur nasihat dan teladan kepada masyarakat.

Sebagai menghargai sumbangannya dalam dunia perfileman dan kemasyarakatan, beliau diberikan Anugerah Bintang Seniman - Kukum 2006: Tokoh Seni Negeri Perlis di Kangar, pada 6 Mei 2006. Beliau sekarang menetap di Kangar bersama isterinya, Sharifah Tahiyah Syed Mahamood.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1976 Loceng Maut Pendekar
1979 Pasung Puaka
1981 Ribut Barat Azmi
Langit Tidak Selalu Cerah Amran suami Zaimah lakonan Uji Rashid
1982 Raja Laut
1983 Cikgu Sayang
Pertentangan Zabidi
1984 Jauh Di Sudut Hati
2002 Mendam Berahi
2018 Mahaguru

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]