Si Luncai (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pengarah Omar Rojik
Penerbit Deddy M. Borhan
Dibintangi oleh R Jaafar
Azlina Aziz
Yahya Sulong
Normadiah
Mahmud June

Filem Si Luncai merupakan sebuah filem genre komedi melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1981. Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik dan terbitan Deddy M.Borhan

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan Si Luncai seorang pengembala kambing yang lurus tetapi berhati mulia. Dia telah jatuh hati dengan anak ketua kampung akan tetapi harapannya hancur setelah pinangannya ditolak atas kedudukan pangkat dan darjat memandangkan Si Luncai hanya seorang pengembala kambing. Ketua Kampung yang tahu tentang kelurusan Si Luncai telah menyuruhnya terjun ke sungai bersama dengan sebuah labu. Maka Luncai pun terjun dan labu itu dijadikan sebagai pelampung untuk menyelamatkan diri. Setibanya di tebing sungai dia didatangi oleh jin yang memberikannya harta yang banyak. Untuk membalas balik apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung, Luncai telah menyamar menjadi seorang putera raja yang kaya dan menyuruh Ketua Kampung bersama datuk-datuk menteri pergi ke sebuah padang pasir untuk mengambil hartanya yang ditinggalkan di situ. Maka Ketua Kampung pun pergi mencari apa yang dikatakan oleh Luncai. Kesempatan ini diambil oleh Luncai untuk mengahwini anak Ketua Kampung tersebut. Setelah berbulan-bulan mereka mencari harta yang tiada di padang pasir itu, dan setelah mengetahui sebenarnya putera raja itu adalah Luncai, Ketua Kampung akhirnya meminta maaf kepada Luncai kerana penghinaannya yang lalu.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Biarkan Biarkan

Lagu : *Ahmad Nawab Penyanyi : *Deddy M Borhan, Azlina Aziz, Yahya Sulong